3. Liga
| Negara | |
|---|---|
| Konfederasi | UEFA |
| Ditubuhkan | 2008 |
| Musim pertama | 2008–09 |
| Bilangan pasukan | 20 |
| Kelayakan ke | 2. Bundesliga |
| Disingkirkan ke | Regionalliga |
| Piala domestik | DFB-Pokal |
| Juara semasa | Arminia Bielefeld (gelaran ke-2) (2024–25) |
| Kejuaraan terbanyak | Arminia Bielefeld Dynamo Dresden 1. FC Magdeburg VfL Osnabrück (2 gelaran) |
| Penjaring gol terbanyak | Anton Fink (136) |
| Rakan TV |
|
| Tapak sesawang | dfb.de/3-liga |
3. Liga[a] ialah liga bola sepak profesional di Jerman dan merupakan divisyen ketiga dalam sistem liga bola sepak negara tersebut. Dalam sistem liga bola sepak Jerman, ia berada di antara 2. Bundesliga dan liga tahap keempat, Regionalliga.
Liga moden ditubuhkan untuk musim 2008–09, menggantikan Regionalliga yang sebelum ini berfungsi sebagai divisyen ketiga di negara itu. Di Jerman, 3. Liga juga merupakan divisyen tertinggi yang boleh disertai oleh pasukan simpanan sesebuah kelab.
Kelab
[sunting | sunting sumber]Sejak penubuhan 3. Liga pada tahun 2008, sebanyak 68 kelab telah bermain dalam divisyen ini. Pada musim 2023–24, SSV Ulm menyertai liga ini buat kali pertama.
Kelab terakhir yang berada dalam 3. Liga tanpa terputus sejak ia ditubuhkan pada 2008 ialah FC Rot-Weiß Erfurt, yang tersingkir pada tahun 2018. Kelab dengan tempoh penyertaan berterusan paling lama dalam sejarah 3. Liga ialah Hallescher FC (12 musim antara 2012–13 hingga 2023–24), manakala kelab dengan rentetan penyertaan berterusan yang masih berlangsung ialah TSV 1860 Munich (2018–19 hingga kini).
Kelab yang paling banyak musim keseluruhan dalam 3. Liga ialah SV Wehen Wiesbaden dengan 14 musim.
Berikut merupakan pasukan yang bertanding di 3. Liga pada musim 2024-25:
Pasukan juara
[sunting | sunting sumber]| Musim | Pasukan juara |
|---|---|
| 2008–09 | 1. FC Union Berlin |
| 2009–10 | VfL Osnabrück |
| 2010–11 | Eintracht Braunschweig |
| 2011–12 | SV Sandhausen |
| 2012–13 | Karlsruher SC |
| 2013–14 | 1. FC Heidenheim |
| 2014–15 | Arminia Bielefeld |
| 2015–16 | Dynamo Dresden |
| 2016–17 | MSV Duisburg |
| 2017–18 | 1. FC Magdeburg |
| 2018–19 | VfL Osnabrück |
| 2019–20 | FC Bayern München II |
| 2020–21 | Dynamo Dresden |
| 2021–22 | 1. FC Magdeburg |
| 2022–23 | SV Elversberg |
| 2023–24 | SSV Ulm |
| 2024–25 | Arminia Bielefeld |
Nota
[sunting | sunting sumber]- ↑ Nama penuh ditulis sebagai Dritte Liga dan lebih tepat lagi ialah 3. Fußball-Liga.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Deutscher Fußball-Bund (DFB) (dalam bahasa Jerman)
- kicker.de (dalam bahasa Jerman)
- 3. Liga at Weltfussball.de (dalam bahasa Jerman)
- German 3.Liga (www.3-liga.com) (dalam bahasa Jerman)
- 3. Liga at Soccerway.com
- League321.com