Pergi ke kandungan

Joey BPR

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Joey B.P.R.
Nama lahirJohari bin Mat Rozekhi
Juga dikenali
sebagai
Joey BPR Sunting nilai ini di Wikidata
Kelahiran(1963-05-16)16 Mei 1963
Johor Bahru, Johor, Malaysia
WarganegaraMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
Meninggal dunia29 Ogos 2026(2026-08-29) (umur 63)
Hospital Kuala Lumpur
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • komposer
  • penulis lirik
Alat muzikVokalis
Tahun aktif1977–2026
Anggota bagiBumi Putra Rockers Sunting nilai ini di Wikidata
Kegiatan berkaitan
sunting ¡ sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Johari Mat Rozekhi (16 Mei 1963 - 29 Ogos 2026) atau lebih dikenali sebagai Joey B.P.R. ialah seorang vokalis, komposer dan penulis lirik lelaki Malaysia. Beliau dikenali sebagai vokalis utama bagi kugiran rock Bumiputra Rockers (B.P.R.). Mulai aktif dalam bidang muzik seawal tahun 1980, beliau pernah menghasilkan sebuah album bersama kumpulan Split Times pada tahun 1982 sebelum bergabung bersama empat orang rakannya iaitu Awang (gitar utama), Enal (dram), Yem Bai (bes) dan Yem C (gitar kedua) untuk membentuk B.P.R. pada 1985.

Bersama B.P.R., Joey mencapai populariti bersama empat album pertama B.P.R., iaitu Selamat Pagi Malaysia (1986), Bisa (1987), Kelab Jiwa Luka (1990) dan Era 90'an (1991) sebelum meninggalkan kumpulan tersebut pada 1992 akibat masalah pada peti suaranya. Pada 2002, beliau kembali semula ke B.P.R. dan mengeluarkan album Semangat Melayu (2002) setelah berehat selama 10 tahun. Beliau aktif sehingga tahun 2026.

Beliau telah meninggal dunia pada 29 Ogos 2026 di Hospital Kuala Lumpur akibat pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung.[1]

  1. ↑ B.P.R. vocalist Joey dies at 63. MSN. Dicapai pada 30 Ogos 2026.