Klorofil

Klorofil atau zat hijau[1] merupakan pigmen fotosintesis yang boleh dijumpai dalam kebanyakan tumbuhan, alga dan sianobakteria.[1][2] Klorofil berfungsi menukarkan tenaga cahaya matahari kepada makanan pada tumbuhan dalam proses yang dikenali sebagai fotosintesis. Klorofil yang berbentuk merupakan bintil berpigment hijau dikenali sebagai kloroplas.
Klorofil menyerap cahaya yang paling baik pada spektrum elektromagnet bahagian biru, diikuti oleh bahagian merah.[3][4] Sebaliknya, ia kurang menyerap bahagian-bahagian hijau dan hampir hijau spektrum, lalu tisu-tisu daun yang mengandungi klorofil kelihatan berwarna hijau.[5] Molekul klorofil secara khusus teratur pada dan sekitar fotosistem yang terbenam dalam membran tilakoid pada kloroplas. Dua jenis klorofil wujud dalam fotosistem tumbuhan hijau, iaitu klorofil a dan b.[6]
Klorofil pertama kali diasingkan oleh Joseph Bienaimé Caventou dan Pierre Joseph Pelletier pada tahun 1817, mereka menamakan bahan ini chlorophyll dalam bahasa Perancis yang menggabungkan kata-kata χλωρός chloros "hijau" dan φύλλον phyllon "daun" dalam bahasa Yunani.[7]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- 1 2 Juariah Adang Sobri, penyunting (1985). "chlorophyll". Kamus Istilah Matematika dan Ilmu Pengetahuan Alam (ed. ke-5). Bandung, Jawa Barat, Indonesia: FPMIPA IKIP. m/s. 59.
- ↑ May, Paul (Mei 2000). "Chlorophyll". The Molecule of the Month. Universiti Bristol. Dicapai pada 26 Julai 2026.
- ↑ Ray, C. Claiborne (22 Julai 2013). "How Does a Plant With Red Leaves Support Itself Without Green Chlorophyll?". Q&A. The New York Times. m/s. 4.
- ↑ Muneer S, Kim EJ, Park JS, Lee JH (March 2014). "Influence of green, red and blue light emitting diodes on multiprotein complex proteins and photosynthetic activity under varying light intensities in lettuce leaves (Lactuca sativa L.)". International Journal of Molecular Sciences. 15 (3): 4657–70. doi:10.3390/ijms15034657. PMC 3975419. PMID 24642884.
- ↑ Virtanen, Olli; Constantinidou, Emanuella; Tyystjärvi, Esa (Oktober 2022). "Chlorophyll does not reflect green light – how to correct a misconception". Journal of Biological Education. 56 (5): 552–559. doi:10.1080/00219266.2020.1858930.
- ↑ Speer, Brian R. (1997). "Photosynthetic Pigments". UCMP Glossary. Muzium Paleontologi Universiti California. Dicapai pada 20 Jun 2017.
- ↑ Lihat:
- Delépine, Marcel (September 1951). "Joseph Pelletier and Joseph Caventou". Journal of Chemical Education. 28 (9): 454. Bibcode:1951JChEd..28..454D. doi:10.1021/ed028p454.
- Pelletier, Pierre Joseph; Caventou, Joseph Bienaimé (1817). "Notice sur la matière verte des feuilles" [Makluman tentang bahan hijau daun-daun]. Journal de Pharmacie (dalam bahasa Perancis). 3: 490.
Nous n'avons aucun droit pour nommer une substance connue depuis long-temps, et à l'histoire de laquelle nous n'avons ajouté que quelques faits; cependant nous proposerons, sans y mettre aucune importance, le nom de chlorophyle, de chloros, couleur, et φύλλον, feuille : ce nom indiquerait le rôle qu'elle joue dans la nature.
[Kami tiada hak menamakan bahan [yang telah] diketahui sekian lama, dan pada sejarahnya kita telah menambahkan beberapa sedikit fakta; walau bagaimanapun, kami akan mencadangkan, tanpa memberikannya sebarang kepentingan, nama chlorophyll, dari chloros, warna, dan φύλλον, daun: nama ini menunjukkan peranan yang ia mainkan di alam sekitar.]