MyRAKAN

Memaparkan catatan dengan label INFO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label INFO. Papar semua catatan

03 Jun 2015

ISU GST: CAJ DARI PENIAGA

http://irrahady.blogspot.com/2014/07/pertanyaan-gst.html#gpluscomments
Salam Bahgia,
Terima satu pertanyaan dari Adriana (KLIK SINI)...tapi tak tau lah mungkin dah lama. maaf banyak-banyak atas kelewatan. Di sini saya just bagi pendapat saya sahaja...untuk penerangan lebih jelas sila dapatkan dari pihak berwajib seperti Kastam, MOF atau KPDNKK.

Setiap syarikat atau pekedai yang ingin mengenakan GST kepada kita sebangai pengguna, dia mesti berdaftar dengan Jabatan Kastam. Boleh semak kat SINI, folo je tatacara yang diberi.

Orang berniaga siapa nak rugi kan. walhal harga minyak naik lima sen pun diorang berkira..inikan pulak sampai 6%. Bagi kedai-kedai yang tidak mendaftar, mereka tidak dibolehkan mengenakan GST ke atas kita. Jadi ape yang mereka boleh lakukan adalah dengan menaikkan harga barang tersebut seperti mana yang telah dilakukan ke atas si penanya di atas. Tidak salah bagi mereka untuk meletakkan harga barang tersebut, tetapi jika kita rasakan ia melampaui batasan, kita boleh membuat aduan ke KPDNKK.

Apa yang boleh kita lakukan sebagai pengguna, kita boleh membuat perbandingan harga dengan kedai-kedai lain. contoh

KEDAI A: Tidak berdaftar GST
Harga baju RM11.00 (katanya dah termasuk gst)
Jumlah kita kena bayar RM11.00

KEDAI B: Berdaftar GST
Harga baju RM10.00
GST 6%  RM0.60
Jumlah kita kena bayar RM10.60

Jadi dari situ kita boleh lihat mana lebih berpatutan. Pilihan di tangan kita. Mari sama-sama kita menjadi pengguna yang bijak.

PERHATIAN:
Semua penerangan tersebut adalah pendapat dan kefahaman saya sahaja. untuk lebih terperinci dan tepat sila menghubungi pihak berkaitan. Saya memohon maaf jika ada kesilapan dan sila terus menghubungi saya di email irrahady@gmail.com. Terima Kasih dan semoga ia memberi manfaat.

01 April 2015

CARA MENYEMAK STATUS GST

Salam bahgia,
Hari ini meriah sungguh dengan status rakan-rakan di mukabuku...kebanyakkannya bercerita berkenaan GST. rasa ada bagus jugak kalau kerajaan umumkan hari ini sebagai HARI GST.

Sama ada kita faham apa itu GST atau tidak...yang penting kita perlu tahu..tidak semua peruncit atau syarikat yang boleh mengenakan GST kepada pengguna. Mereka perlu mendaftar di JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA.

Syarikat yang berdaftar dengan pihak Kastam DiRaja Malaysia boleh mengenakan GST kepada pelanggan untuk barangan yang dijual atau perkhidmatan yang diberikan, selagi barangan atau perkhidmatan tersebut tidak berkadar sifar, dikecualikan atau diberikan pelepasan GST. Sebagai pelanggan atau pengguna, kita boleh memastikan kita hanya membayar GST kepada syarikat yang berdaftar dan mempunyai kebenaran untuk mengenakan GST.

BAGAIMANA CARA UNTUK MENYEMAK STATUS PENDAFTARAN GST SESEBUAH SYARIKAT?

Kita boleh melawat laman web Taxpayer Access Point (TAP) yang disediakan oleh Kastam DiRaja Malaysia di https://gst.customs.gov.my/TAP/
Untuk versi Bahasa Melayu, klik pada “Bahasa Melayu” di sebelah kanan:
Laman Web Taxpayer Access Point dalam Bahasa Melayu:
Klik pada “Carian Status GST” di sebelah bawah kanan untuk memulakan semakan.
Kita boleh menyemak status pendaftaran dengan memasukkan samada Nama Perniagaan, No. Pendaftaran Perniagaan atau No. GST.

Klik pada butang “Nama Perniagaan” dan masukkan nama syarikat tersebut.
Atau klik pada butang “No. Pendaftaran Perniagaan” dan masukkan nombor dalam ruang yang disediakan, tanpa simbol.
Atau klik pada butang “No. GST” dan masukkan nombor dalam ruang yang disediakan.
Apabila GST dilaksanakan, semua invois yang dikeluarkan oleh syarikat yang berdaftar dengan GST mestilah mempunyai Nombor GST syarikat tersebut. Untuk memastikan kesahihan nombor dan pendaftaran tersebut, kita boleh menyemak dengan memasukkan Nombor GST syarikat tersebut. Pastikan nombor GST dan Nama Syarikat yang ditunjukkan adalah sepadan dengan invois yang dikeluarkan.

Jika ada padanan, ini bermakna syarikat tersebut sudah mendaftar untuk GST dan boleh mengenakan GST.

Jika tiada padanan syarikat tersebut dalam sistem, ini bermakna syarikat tersebut tidak boleh mengenakan GST terhadap pelanggan. Sebagai pengguna, kita harus membuat aduan kepada pihak KPDNKK agar tindakan boleh diambil terhadap syarikat tersebut.  

Sila layari laman WEB RASMI GST untuk maklumat lanjut.

24 Disember 2014

TAYAR KERETA

Salam bahgia,
Alhamdulillah ada jugak yang perihatin memberikan kita panduan berkaitan harga tayar..kalau dah masa untuk tukar memang akan memeningkan kepala...mana nak cari harga yang murah dan terbaek...takut kena tipu pun ada...takut mekanik buat sambil lewa pun ada...maklumlah kita tukar tayar entah 2-3 tahun sekali.

Dari post aku yang lalu bertajuk TAYAR BARU...ada jugak seorang pembaca memberikan website yang dapat kita jadikan panduan berkaitan harga tayar...kalau nak terus buat kat bengkel-bengkel yang dicadangkan terus pun boleh..sebab harga memang dah tertera di website...ada lebih kurang 20 bengkel katanya di area lembah klang.

Caranya cukup mudah:
masukkan butiran mengenai tayar yang dikehendaki, jarak dan kawasan tempat tinggal kita. contoh seperti dibawah (diwarnakan kuning)
Selesai mengisi di butiran yang diwarnakan kuning tu..terus tekan GET YOUR SEARCH RESULT... dan akan keluarlah keputusan macam ini
Nampakkan harga kat bawah tu...boleh tahan jugak hehehe. aku dah cuba search tayar hankook yang macam aku guna tu tapi takde dalam senarai kalau ikut spec tayar 205/45/16 tu. Kalau rasa mahal kita boleh je tick kat jenama-jenama blah kiri tu dan search......
Dapatkan hehehe....aku pilih dua ni sebab ini memang antara jenama tayar-tayar pilihan aku hehehe.. korang boleh lah cuba sekurang-kurangnya kita ada sikit info tentang harga untuk bajet kita.

Ohh ya website dia http://mytayar.com moga bermanfaat.

10 Disember 2014

BONUS 2014

http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2014/pp062014.pdf
Salam bahgia,
Dah akhir-akhir tahun ni...mesti semua orang yang bergelar pekerja tunggu bonus dari bos...tak kiralah kerja kerajaan atau swasta...sape tak suka kan...setahun kita bekerja keras dan akhirnya akhir tahun dengar-dengar bos nak bagi bonus...memang macam-macam perkara lah yang berlegar-legar kat kepala otak ni...ada yang rancang nak bercuti, shopping barang sekolah anak atau tuk diri sendiri dan tak kurang jugak ada yang plan tuk simpan je...macam-macamlah ikut masing-masing punye perancangan...tapi adalah member aku sorang ni, duit bonuslah sepatutnye kita guna untuk bercuti kat mana-mana selepas penat kita bekerja selama setahun...kalau duit gaji bulan-bulan tu memang harus kita ada simpanan sedikit...pendapat dia lah

Masa belanjawan 2015 yang lalu...PM ada sebut bonus untuk penjawat awam setengah bulan gaji atau minimum rm500...alhamdulillah ok lah kan dari tak ada..ikutkan hati memang tak cukup..nak beli keperluan sekolah anak pun tak cukup...tapi boleh lah. menurut PM hari itu bayaran akan dibuat pada januari 2015...so masing-masing mesti target awal tahun akan dapat. sekali bila pekeliling keluar bonus akan dibayar pada 22 JANUARI 2015...memang pening dah, mana nak korek untuk bayar duit sekolah anak ni...guna duit gaji lepas tu makan batu je lah
Walaupun pekeliling dah dikeluarkan oleh pihak JPA...tapi masih berharap sangatlah agak pihak kerajaan mengkaji semula agak dipercepatkan bayaran bonus ini dibuat...sila klik SINI atau pada gambar untuk membaca pekeliling penuh pasal pemberian dan pembayaran bonus.
http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2014/pp062014.pdf

11 November 2014

JPJ vs KEMALANGAN & KEMATIAN JALAN RAYA

 
 Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,
diharapkan maklum balas oleh admin FB JPJ ini tidak terlewat untuk memberi sedikit pencerahan terhadap video dan kenyataan-kenyataan yang sedang tersebar melalui media sosial terhadap JPJ.
Saya akan bawa pembaca ke suatu bentuk persoalan dan jawapan pencerahan terhadap tomahan yang dilemparkan kepada JPJ.

1) Apa punca kuasa yang ada pada JPJ?
JPJ merupakan sebuah AGENSI PENGUATKUASA JALAN RAYA DI MALAYSIA. Kuasa yang diberikan kepada agensi JPJ termaktub di bawah AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 yang mana secara umumnya JPJ berkuasa utk menjalankan penguatkuasaan terhadap pemandu, kenderaan dan jalan raya.
Sebab itu JPJ tidak boleh mendakwa penjual aksesori cermin gelap dan nombor plat. Namun begitu, walaupun penguatkuasaan tak boleh diambil keatas kedai aksesori tetapi JPJ tidak biarkan sahaja. JPJ telah turun ke kedai2 ni untuk sebarkan garis panduan yang ditetapkan oleh undang-undang.

2) Apa matlamat JPJ sebenarnya?
Saya percaya semua sedia maklum melalui video yang disebarkan. Semua tahu JPJ bermatlamat untuk MENGURANGKAN KADAR KEMALANGAN DAN KEMATIAN DI ATAS JALAN RAYA.
Mungkin perlu saya jelaskan dengan lebih terperinci atau 'rephrase' kenyataan Ketua Pengarah JPJ bahawa, kematian di atas jalan raya merupakan pembunuh nombor 3 di Malaysia. Menurut statistik pada tahun 2013, sebanyak 6,915 kematian dicatatkan. Daripada jumlah tersebut satu kajian telah dibuat dan mendapati sekiranya tiada langkah penguatkuasaan diambil terhadap pengguna jalan raya maka unjuran kes kematian pada tahun 2020 akan mencecah kepada 10,716 kematian.
Melihat kepada jangkaan tersebut JPJ sebagai agensi yang bertanggungjawab perlu lakukan sesuatu. Oleh itu, Ketua Pengarah JPJ dengan penuh iltizam bersama2 dengan anggota JPJ telah tekad untuk memastikan jumlah kadar kematian ini perlu dikurangkan. Penunjuk Prestasi indeks (KPI) telah dijadikan kayu ukur kepada semua warga JPJ untuk mencapai matlamat murni Ketua Pengarah tersebut.
KPI yang telah ditetapkan pada tahun 2020 adalah pengurangan jumlah kadar kematian di jalan raya sebanyak 50%. Makna kata, daripada jumlah unjuran yang dijangka iaitu 10,716 kematian pada tahun 2020, JPJ perlu memastikan kadar kematian tersebut tidak melebihi 50% (atau 5,358 kes kematian). 

3) Kenapa tidak KPI jumlah kematian dikurangkan sehingga 100%?
JPJ sentiasa realistik dalam isu penguatkuasaan, kerana perlu diketahui bahawa jumlah kenderaan baharu sentiasa meningkat saban tahun, malah purata hampir 600,000 pemandu baharu bakal didaftarkan setiap tahun. Justeru itu KPI tersebut adalah sesuatu yang rasional seiring dengan matlamat antarabangsa untuk menjadi negera maju pada tahun 2020 nisbah kematian dijalan raya sebanyak 2:10,000 kenderaan.

4) Penguatkuasaan nombor pendaftaran kenderaan (no plat) boleh menyebabkan kemalangan dan kematian ke?
Saya cukup bersetuju bahawa plat no kenderaan tidak langsung menjadi punca kemalangan. Tapi anda semua juga perlu bersetuju bahawa plat no kenderaan merupakan medium KAWALAN KESELAMATAN kepada 7 KESALAHAN UTAMA yang menjadi punca atau penyebab kemalangan dan kematian:
-tali pinggang/topi keladar
-telepon bimbit
-potong garisan berkembar
-langgar lampu isyarat
-potong garisan
-lorong kecemasan
-had laju

Langkah PENCEGAHAN/KAWALAN/PENGUATKUASAAN ke atas 7 Kesalahan Utama ini hanya boleh dilaksanakan sekiranya identiti kenderaan (melalui spesifikasi no plat kenderaan yang ditetapkan) dapat dikenal pasti.
Contoh kesalahan had laju tidak dapat dicegah sekiranya no plat 'fancy' digunakan. Contoh lain pula laporan polis yang dilaporkan oleh orang awam untuk kesalahan langgar lari akan menjadi sukar sekiranya pengadu tidak menyatakan no plat kenderaan. (Alasan yang selalu diterima ialah plat no kurang jelas).

5) Penguatkuasaan Lampu HID dan strobe light pula apa kaitannya?
Sebagai pengguna bagi kedua2 item ini anda mungkin anggap ianya sesuatu 'keperluan' (mudah dilihat/ nak nampak cantik) kenderaan anda tapi perlu diingatkan bahawa daripada uji kaji yang dibuat pengguna kedua2 item ini boleh menyilaukan mata pengguna jalan raya yang lain serta kebarangkalian untuk gagal mengawal kenderaan dan terbabas akan berlaku. Mengambil kira faktor untuk memastikan SEMUA PENGGUNA JALAN RAYA SELAMAT, JPJ perlu menguatkuasakan item2 ini.

6) Penguatkuasaan cermin gelap adalah undang-undang lapuk?
Kita semua perlu bersetuju bahawa mentaliti rakyat Malaysia masih di kelas ketiga (lain dengan negara maju yang membenarkan penggunaan cermin gelap). Mengambil kira perkara ini, seperti isu no plat kenderaan, penguatkuasaan cermin gelap juga merupakan medium bagi KAWALAN KESELAMATAN.
Contoh, sekiranya pemandu bagi kenderaan yang menggunakan cermin gelap ini tidak memakai tali pinggang keladar atau menggunakan telepon bimbit semasa memandu, anggota penguatkuasa sukar untuk melaksanakan tindakan pencegahan terhadap kesalahan tersebut sedangkan kesalahan yang dilakukan ini boleh menjadi punca berlakunya kemalangan.
Untuk makluman semua, peraturan penggunaan cermin gelap dibuat adalah berdasarkan kepada input dan pandangan daripada beberapa agensi yang berkepentingan seperti PDRM, MIROS, JKJR, SPAD, MOT, dan beberapa agensi penguatkuasaan yang lain. Mereka terlibat atas alasan membawa matlamat agensi masing2. Masihkah anda ingat kes Noor Suzaily Mukhtar yang dirogol di dalam bas bercermin gelap. Kesemua ini telah diambil kira dalam mencapai satu keputusan yang relevan untuk kesejahteraan bersama. 

Kesimpulannya, keselamatan jalan raya sebenarnya isu sejagat yang memerlukan perhatian dan tindakan secara bersepadu oleh kita semua rakyat Malaysia. Selaku agensi yang bertanggungjawab melaksanakan penguatkuasaan di atas jalan raya, kami memohon jasa baik dan kerjasama daripada semua untuk kita bersatu padu dalam menangani isu kemalangan dan kematian di atas jalan raya.
Diharapkan penjelasan ini dapat memberi sedikit sebanyak perkongsian untuk semua.


SUMBER DARI FB JPJ

01 Oktober 2014

ADUAN RAKYAT

Salam bahgia,
Sebelum ini saya ada post satu komplen kat mukabuku berkenaan kon-kon oren yang disusun sebagai amaran tidak boleh parking di pejabat kerajaan...tapi tidak diendahkan oleh orang ramai dan menyebabkan laluan disitu menjadi kecik dan menyusahkan pengguna lain..kadang tu memang hampir-hampir nak bergesel pun ada...mana tidaknya semakin kon tu ke tengah jalan...di parking jugak sebelah kon tu.

Kita ni bukan nak marah dekat penguatkuasa...tapi kadang tu marah jugak..diorang meletakkan kon lepas tu tinggal...ada orang parking depan mata dia pun..dia buat tak tau je...lain lah kalau kon tu boleh bercakap atau keluarkan perasaan marah..jadi bolehlah kon tu sound terus kat pemandu pemalas itu.

Tapi alhamdulillah...aduan saya telah mendapat jawapan positif dari pihak terbabit walaupun aduan itu hanya di wall mukabuku saya. Terima Kasih kepada yang berkenaan...ini menunjukkan mereka sentiasa mengambil maklum di atas setiap aduan yang diterima...

Sekarang ni kon-kon telah diletakkan di tepi sebagai amaran "No Parking"...kalau parking jugak keluar surat saman dari polis trafik atau perbadanan putrajaya.

Tahniah dan Terima Kasih kepada Kementerian Kewangan Malaysia.....

19 September 2014

ISU GST

Salam Bahgia,
Baru-baru ini dapat lagi satu pertanyaan mengenai GST ni...katanya ramai yang sedang memperkatakan kerisauan yang mana harga barang akan naik dengan terlaksananya GST pada 1 April 2015 nanti...bagi aku senang je...laksana atau tidak harga barang tetap naik...peniaga akan mengambil segala ruang yang ada untuk menjadi alasan menaikkan harga barang.

Kalau mengikut pemahaman dan pemerhatian keadaan semasa lah...tidak dapat dinafikan tentang kenaikan harga barang itu...tak banyak sikit pun pasti akan naik walaupun kerajaan ada mengumumkan beberapa kategori produk atau perkhidmatan yang tidak dikenakan GST...yerlah kan nak cover kos pengankutanlah penyenggaraanlah dan macam-macam lagi.

Bagi aku, dengan terlaksananya GST ini sistem percukaian akan lebih teratur dan mengelakkan kita tertipu melainkan kalau dah memang kita amik tau...dengan GST peniaga dikehendaki mengeluarkan invois atau resit dengan menyatakan harga barang dan cukai yang dikenakan...contoh paling senang sekarang ni tengok kat resit yang dikeluarkan oleh restoran makanan segera macam KFC, McD, PizzaHut dan lain-lain.

Satu contohlah: Kalau satu barang tu harga RM10.00..besok masa GST kat resit kita akan nampak

Harga Barang : RM10.00
Tax/Cukai 6% : RM0.60 (Kadar GST)
Jumlah/total : RM10.10 (Jumlah yang perlu kita bayar)

Tapi kalau ikutkan sekarang ni..kita tak tau pun harga sebenar barang tu..sebab kat resit (kalau adalah) ditulis secara lansam...silap-silap kita kena bayar sampai RM15.00 tuk barang yang sama berharga RM10.00 yang katanya dah masuk tax/cukai sekali.

Bukankah kalau macam ini GST lebih sistematik? kita pun tau berapa banyak cukai yang kita bayar. cukai tu nanti pun untuk kemudahan kita jugak dan orang lain di sekitar kita jugak...anggaplah sebagai sedekah secara tak lansung...sebab dengan cukai yang kita bayar tu lah kerajaan membuat jalanraya, membina masjid dan bangunan-bangunan yang lain.

p/s: semua catatan ini adalah pendapat dan pemerhatian dari saya sahaja. untuk maklumat yang lebih tepat atau lanjut sila layari laman web RASMI GST

21 Julai 2014

PERTANYAAN GST

Salam Bahgia...
Bersedia atau tidak...mulai 1 april 2015, GST akan berkuatkuasa..sekarang ni adalah masa untuk kita memahami apa itu gst.

Baru-baru ini ada seorang kenalan bertanya apa yang aku paham pasal gst ni...mana tidaknya, baru-baru ini dia ada mendengar penerangan pasal gst ni kat opis dia..tapi satu pun dia tak paham..bosan mendengar lagi ye...aku dulu dengar pun tak paham..tapi selepas dengar 2-3 kali barulah paham sikit..

Kita biasa akan mendengar penceramah atau kat surat khabar..dengan gst harga barang akan turun, akan lebih menguntungkan rakyat serta kutipan cukai lebih efektif...dan penerangan pun bla..bla dan bla...kita pun tak paham...mana idaknya..mereka terangkan dengan bahasa ala-ala formal..bincang pasal ekonomi..tentang law dengan orang kampung..macam mana nak paham..kalau ko cerita dekat pengilang atau ahli perniagaan..in shaa allah boleh lah diorang paham.

Penerangan aku senang je...sebelum ini ada jugak aku post pasal GST ni..tapi takdelah aku olah sangat..sebab just sebagai hebahan sahaja. sekarang ni kita dikenakan cukai sehingga 10% untuk satu-satu barang atau perkhidmatan..ada yang 6% je dan ada jugak yang kita kena kedua-dua tax iaitu total 16% dan kita sebagai pengguna tidak tahu pun berapa banyak cukai yang kita bayar..tapi dengan gst nanti, hanya satu kadar sahaja yang akan dikenakan iaitu 6% dan harga barang dan cukai ada tercatit di resit pembayaran.

Mesti ramai yang nak tau..macam mana gst boleh menurunkan harga barang dan menguntungkan kita sebagai rakyat dan pengguna...sekarang kita beli baju harga rm50 dah termasuk tax..kita pun tak tau tax dia letak berapa..entah-entah rm20..tapi dengan gst harga baju tu akan jadi rm47.70...selepas ditolak 10% (kadar tax sekarang ni, rm5) dan ditambah 6% (kadar tax gst, rm2.70)....jadi dari segi logik turunlah harga barang kan...hehehe

Ini hanyalah pemahaman dan pendapat aku sahaja...untuk maklumat lanjut dan penerangan detail boleh lah layari LAMAN WEB RASMI GST atau hubungi pihak yang bertanggungjawab.

ZAKAT DRIVETHRU

Salam 23 Ramadhan,
Sekejap je kan dah hari ke-23 kita berpuasa...in shaa allah minggu depan raya lah kita..tapi sebelum tu jangan lupe untuk menunaikan kewajipan kita...zakat fitrah. Kita kongsi rezeki yang kita terima bersama orang-orang yang kurang bernasib baik di hari yang mulia itu.

Alhamdulillah..tahun ni aku diberi peluang lagi membayar zakat fitrah kepada ahli keluarga aku..kalau tahun lepas bayar tuk 3 orang sahaja, tahun ni tambah seorang lagi jadi 4 orang..tahun lepas aku bayar kat kuanter bayaran zakat, tapi tahun ni aku cuba kuanter drive thru kat masjid putra pulak hehehe saje nak mencuba suasana dia macam mana..
Untuk makluman semua, Masjid Putra ada menyediakan kuanter drive Thru untuk membayar zakat bagi mereka-mereka yang takde masa nak ke masjid katanya...zaman sekarang, sepatut takde alasan dah atau terlupe untuk membayar zakat fitrah...dalam tengah-tengah kita ghairah menyopping pun ada wakil-wakil majlis agama yang menanti kita menunaikan kewajipan tersebut di shopping-shopping komplek atau pasar-pasar...sungguh besar pengorbanan mereka untuk kemudahan kita semua.

Dulu masa aku bujang-bujang memang suka bayar zakat kat kampung je..tapi lepas pak imam kampung aku tu bagi tau..sebaiknya bayar zakat ni biarlah tempat kita tinggal atau mencari rezeki..lepas tu memang aku selesaikan zakat sebelum pulang ke kampung...penerangan dia mudah sahaja...biarlah hasil zakat kita tu diagihkan kepada orang-orang yang berhampiran dengan kita..tapi tak salah pun kalau kita nak bayar kat mana pun...

13 Jun 2014

JANGAN SALAH GUNA SURAT SOKONGAN

Salam bahgia,
Kalau korang ingat lagi dulu penah aku buat satu entry pasal SURAT SOKONGAN..dan hasilnya sekarang itu adalah antara post yang femes orang bukak.
Mungkin takdelah sebanyak macam belog otai-otai yang femes tu..tapi bagi aku oklah dengan belog aku yang tak seberapa ni hehehe..oh ya aku ada terbaca dalam surat khabar UTUSAN ONLINE hari ni 13 Jun 2014 berkenaan amaran SPRM mengenai surat sokongan dari ahli politik terutama urusan dengan kerajaan.

Jangan salah guna surat sokongan - SPRM

SEREMBAN 13 Jun - Memang tidak menjadi kesalahan dari segi undang-undang untuk ahli politik mengeluarkan surat sokongan tetapi ia tidak boleh dianggap sebagai suatu bentuk arahan, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Beliau berkata, mengeluarkan surat sokongan adalah sebahagian daripada tugas dan tanggungjawab ahli politik untuk menolong orang ramai, bagaimanapun penjawat awam harus memastikan sesuatu keputusan tidak dibuat hanya berdasarkan kepada surat sokongan berkenaan.
Surat sokongan tidak boleh menjadi penyebab keputusan hendak dibuat ataupun asas keputusan dibuat, katanya.
``Mereka harus dan mesti mengikut peraturan kewangan yang ada dan berasaskan pada peraturan itu, barulah sekiranya keadaannya semua sama dan sekiranya tidak ada perbezaan antara beberapa penenda, mungkin mereka boleh mengambil surat sokongan itu sebagai pertimbangan,'' katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan ceramah pada Seminar Anggota Parlimen dan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), Negeri Sembilan bersama SPRM di sini hari ini.
``Ini kerana mereka (penjawat awam) nanti terpaksa menjawab sekiranya siasatan dibuat dan kami akan berteraskan kepada peraturan kewangan,'' katanya.
Mengenai laporan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar baru-baru ini bahawa ujian integriti atau psikometrik akan dilakukan ke atas setiap anggota polis atau rekrut baharu yang akan mengisi jawatan dalam pasukan itu, Abu Kassim berkata pihaknya menyokong penuh apa juga usaha untuk meningkatkan integriti sesebuah organisasi itu.
``Bagi kami, terutama soal pengambilan pegawai baharu, ia kalau salah di peringkat pengambilan maka kesannya jauh dan lama kerana kalau kita silap mengambil orang yang tidak berintergriti, proses untuk `membuangnya' bukan senang.
``...dan mungkin dia tidak dapat dikesan, perbuatannya dan sebagainya dan merosakkan reputasi organisasi itu. Jadi, cukup wajar sekiranya proses pengambilan dibuat secara teliti dan pastikan elemen integriti dijadikan elemen utama sebelum seseorang itu dilantik memegang jawatan dalam organisasi,'' katanya.
Mengenai seminar itu, Abu Kassim berkata, beliau menyampaikan ceramah kepada anggota politik di negeri ini mengenai perkara yang mereka harus faham mengenai kebebasan SPRM.
``Ini kerana saya dapati banyak ahli politik yang mungkin tidak mendapat maklumat yang sejelasnya mengenai struktur baharu SPRM termasuk kebebasan SPRM yang ada. Seperti yang diketahui, SPRM ialah sebuah badan bebas dari segi operasinya sejak 2009.
``Pada masa yang sama, kami maklumkan bahawa kami juga sedang meminta ahli politik bersatu hati menyokong pindaan perlembagaan mengenai pengwujudan suruhan jaya perkhidmatan SPRM, sekiranya pihak kerajaan membawa perkara tersebut ke Parlimen.
``Itu sebabnya kami minta mereka memahami bahawa tujuan pindaan tersebut adalah untuk memperkasa SPRM dan juga untuk memenuhi perkara yang terdapat dalam `United Nation Convention Against Corruption' iaitu piagam atau konvensyen yang ditandatangani kerajaan Malaysia pada 2004 dan diratifikasikan pada 2008,'' kata Abu Kassim.
Beliau berkata sebagai negara yang telah membuat ratifikasi, semua pihak harus memastikan perkara dalam konvensyen itu diikuti.
``Ini sebabnya saya menerangkan dalam semakan kita terhadap konvensyen tersebut ada dua perkara besar yang harus dibuat dan perkara ini memerlukan pindaan Perlembagaan,'' katanya. - BERNAMA



© Utusan Melayu (M) Bhd 

10 Jun 2014

GANTIAN MYKAD ANDA

Salam Bahgia,
Tahukan anda sekarang ni kita boleh menggantikan kad pengenalan atau mykad kita dengan satu panggilan sahaja tanpa beratur menunggu giliran..
melalui MYPHONE-IN kita dapat menukar mykad tanpa perlu beratur dan menuggu giliran di jabatan pendaftaran...
berikut adalah syarat permohonan...semua bayaran hanya dilakukan semasa mengambil mykad dikuanter..jadi hanya sekali sahaja kita ke jpn. untuk makluman juga perkhidmatan pengambilan mykad hanya di ibupejabat jpn di putrajaya dan di ibupejabat jpn negeri.

Selain itu, kita juga boleh melakukan permohonan melalui online. tetapi kita perlu mendaftarkan diri untuk log-in. Klik SINI dan follow step berikutnya.

Aku pun baru tahu benda ni..bila belek-belek laman web jpn untuk dapatkan info pasal nak mohon mykid tuk anak aku yang kedua

06 Jun 2014

PRINT SCREEN

Salam bahgia,
Mesti ramai yang tahu dan dah mahir pun pasal ni...aku selama ni print screen guna yg ada logo gunting tu "snipping tool"..senang cerita macam gambar di bawah ni hehehe
Nampak kan..yang dibulatkan merah tu...tapi tiba-tiba bila dah pindah tempat baru ni..dapat komputer pulak yang pesyen lama..xde pulak butang tu huhuhu..jadi kais-kaislah kat tenet nak cari pasal print screen ni..bukan tak penah buat sebelum ni..tapi ingat-ingat lupe dah..

Ok mula-mula sekali bukak lah besar-besar ape yang korang nak print screen tu..bila dah bukak tekan butang Print Screen kat keyboard tu macam gambar dibawahhhhh...
Dah sudah tu boleh lah korang paste kan dia kat microsoft word atau paint
Haa nampak kan macam gambar diatas tu...bila dah pastu korang nak kurap crop ke terpulanglah..kalau tak dapatlah hasilnya macam ni
Kalau dah selesai semua tu..jangan lupe pulak untuk Save as kan dia..kalau tak sia-sia je korang dah crop edit gambar bagai...kalau jenis pemalas macam aku ni ok je..boleh je paste semula hehehe

Selamat mencuba...

05 Jun 2014

BUFFET LUNCH CAFE @ PICC

Salam Bahgia,
Ingat lagi kan entry aku yang lepas, pasal LUNCH@PICC tu hehehe...menunya, ikut katanya ada 65 jenis masakan..tapi memang banyaklah..semuanya nampak menyelerakan..cuma tekak dan perut kita je boleh tahan ke tidak hehehe

Ayam, daging, kambing serta ikan dengan berbagai masakan seperti rendang, kari, asam pedas dan tidak ketinggalan ikan bakar serta masakan makanan laut yang lain...makanan lain seperti laksa juga ada disediakan..sebagai pencuci mulut seperti bubur kacang, jagung dan pelbagai jenis manisan seperti jelly juga ada.
Ini adalah contoh menu yang sempat aku snap...tp ni kira makanan yang dapat aku rasalah..nampak memang rugi kan sebabnya aku memang jenis tak makan banyak mana pun..tapi bubur tu memang semua aku rasa cuma tak sempat nak snap gambar hehehe

Rasa...ikut tekak aku memang terbaek...cukup rasa...lagi-lagi bab desert tu memang aku suka sangat-sangat..sampai licin lah dibuatnya...

Ohh ya sebelum terlupa untuk makluman cafe dibuka dari Isnin hingga Jumaat..dari jam 11.00 pagi hingga 3.00 petang sahaja...booking boleh dibuat jika datang berkumpulan minimum 10 orang..call 03-88876000..kalau kurang dari 10 orang ahli...datang terus je lah tapi kena datang awal..takut-takut penuh pulak...dan kedai makan terdekat selain tu MEDAN IKAN BAKAR PUTRAJAYA kat empangan. 

Jom..PICC

02 Jun 2014

ISU HALAL

e-Halal
Salam Bahgia,
Hari ni terajin plak kan nak update belog ini hehehe...almaklumlah keje semua dah beres, cuma tunggu bos semak dan minggu depan bakal selambak kerja aku akan menimbun..masa tu tak tau lah sama ada aku sempat update belog ke tidak..apa pun aku cuba yang terbaekkk hehehe..Isu halal ni pun dah banyak kali keluar..cuma berlainan produk..sebelum ni pun ada dah aku buat entry pasal HALAL
Sila Klik untuk paparan
Baru je Datuk Seri Jamil Khir ni buat pengumuman pasal isu coklat cadbury..tapi dah kecoh kat laman sosial yang ngata macam-macam kat JAKIM..sampai ada yang kata "aku dah agak dah" huhuhu.

Memang tak dinafikan sekarang ni macam-macam orang boleh lakukan sampaikan status makanan kita pun kita tak dapat nak tentukan..bukan tu je..sumber kewangan kita pun kadang-kadang kita tak dapat nak tentukan statusnya.
Klik untuk paparan
Pihak jakim dah keluarkan kenyataan dan memberi jaminan bahawa produk yang telah mendapat sijil halal malaysia adalah terjamin kesuciannya..jadi kita boleh gunakan tanpa was-was lagi..kalau bukan pihak jakim yang boleh kita percayai..sapa lagi yang hendak menyediakan dan menyelia makanan kita, keluarga kita dan anak-anak kita.

Ramai yang kata kita makan coklat lain lah...yang lain-lain tak sama ke, lagi-lagi yang tidak mendapat pengesahan halal dari pihak jakim
Sila Klik untuk paparan
Papero...takde isu kan...tapi yang pasti ia tidak mendapat sijil halal dari jakim.

Ini adalah pendapat aku...aku taknak lah bincang isu ni lebih lanjut sebab aku ni pun bukan makan sangat coklat ni. cuma sekadar membuka minda kita untuk menerima hujah orang lain walaupun ia bercanggah dengan hujah kita...senang je..kalau kita masih was-was..tinggalkan sahaja, tak payah makan, tak payah beli, tak payah tengok dan tak payah nak cakap-cakap..

01 April 2014

JANGAN SAMPAI KITA TERLUPA

Salam bahgia,
Rasa macam terpanggil pulak nak share satu post dari mukabuku seorang rakan...bukan ape untuk ingatan pada diri sendiri jugak...

JANGAN SAMPAI KITA TERLUPA

Ada SUAMI yang lupa bahawa ibu lebih utama dari isteri,
Ada ISTERI yang lupa bahawa suami lebih utama dari ibu,
Ada IBUBAPA yang lupa anak perempuan mereka perlu mengutamakan suaminya lebih dari ibubapa,
Ada ISTERI yang lupa bahawa si suami perlu mengutamakan ibu si suami melebihi si isteri,
Ada ANAK LELAKI yang terlupa bahawa tanggungjawab menjaga ibubapa tergalas dibahu mereka dan bukan pada anak-anak perempuan,
Ada ANAK PEREMPUAN yang terlupa dia lebih terikat dengan tanggungjawab kepada suami dan ibubapa suami lebih daripada ibubapa kandungnya sendiri...
_______________________________________________________________________

Dalam sebuah hadis sahih, diriwayatkan bahawa Aisyah RA bertanya kepada Rasulullah SAW,

"Siapakah yang berhak terhadap seorang wanita?"
Rasulullah menjawab, "Suaminya" (apabila sudah berkahwin)
Aisyah RA bertanya lagi, "Siapakah yang berhak terhadap seorang laki-laki?"
Rasulullah menjawab, "Ibunya".....(HR. Muslim)

Seorang sahabat, Jabir RA menceritakan; suatu hari datang seorang laki-laki kepada Rasulullah SAW, ia berkata,

"Ya Rasulullah, saya memiliki harta dan anak, dan bagaimana jika bapa saya menginginkan (meminta) harta saya itu?"
Rasulullah menjawab, "Kamu dan harta kamu adalah milil ayahmu"...(HR. Ibnu Majah dan At-Thabrani)

Ini bererti apabila orang tua memerlukan bantuan, maka kita tidak boleh menolak, apatah lagi sampai menyakiti hatinya.

wallahu a'lam

04 Mac 2014

MUSIM JEREBU

Selamat sejahtera semua,
Sekarang ni bukan sahaja musim kemarau, sampaikan air paip pun kena catu..tapi jerebu pun on off, kadang ok kadang tu k.o lebih-lebih lagi kawasan lembah klang memang tak boleh lari dahh..nak tak nak terpaksa juga kita hadapi dan tempuhi.

Jerebu ni pulak berpunca dari berbagai cara..ada tu memang kita tak boleh elak..namun ada jugak beberapa punca yang boleh kita kawal seperti PEMBAKARAN TERBUKA, ASAP KILANG DAN ASAP KENDERAAN..Marilah bersama-sama kita hindari dari perbuatan yang boleh menyebabkan JEREBU.

IPU atau Indeks Pencemaran Udara adalah digunakan sebagai panduan untuk mengetahui tahap kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan kita.
Kita perlu mengikuti perkembangan semasa jerebu melalui media massa seperti surat khabar, radio dan televisyen untuk mengetahui tahap jerebu terkini ditempat kita supaya kita dapat mengambil langkah-langkah pencegahan.

Untuk bacaan Indeks Pencemaran Udara / Air Pollution Index (API), sila layari www.doe.gov.my/apims

27 Disember 2013

PENYERAGAMAN WAKTU BEKERJA NEGERI JOHOR

Salam Jumaat...
Selaras dengan penghijrahan hari cuti minggu di johor, initu hari jumaat mulai awal tahun depan..maka maka waktu bekerja beperingkat bagi kakitangan agensi kerajaan persekutuan adalah seperti berikut:
http://www.jpa.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=2567%3Adistributed-letter-jpas-3714-klt4-20&catid=182%3A2013-distribution-letter&lang=ms
Nampak macam best kan..hari khamis dapat balik awal hehehe...mungkin mulai tahun depan berebut-rebutlah orang nak buat kerja kawen hari sabtu...sebab hari itu sahajalah cuti bagi semua negeri di malaysia...terutama bagi mereka-mereka yang mempunyai ramai sedara mara yang bekerja di wilayah tengah.

ps; klik pada gambar jadual 2 itu untuk ke Surat Edaran: JPA(S) 371/4 Klt.4 (20) di laman web JPA.

18 Disember 2013

JADUAL GAJI KERAJAAN 2014

http://portal.anm.gov.my/public_html/pek/spanm42013.pdf
Jadual gaji kakitangan awam bagi tahun 2014. Klik SINI atau pada gambar untuk paparan penuh pekeliling akauntan negara.

Ada 2 bulan dapat gaji awal..bulan 10 dan 12. Alhamdulillah..kita menghormati sempena musim perayaan. Yang selain kakitangan awam tu tak perlulah bising-bising, macam kami bersalah pulak...kami kakitangan awam dapat gaji akhir bulan, banyak lagi pekerja swasta yang dapat gaji awal bulan..dapat bonus 3-4 bulan, kami di sektor kerajaan dapat setengah bulan..syukur alhamdulillah. rezeki masing-masing...tak perlulah rasa iri hati, kalau ada pun jadikanlah ia pemangkin untuk kita terus maju dan maju dan maju lagi sehingga kita dapat lebih dari lagi dan lagi dan lagi.

Tuhan tidak akan mengubah nasib seseorang itu kalau dia sendiri tidak berusaha untuk berubah.

28 Oktober 2013

CUTI DEEPAVALI

 Salam Sejahtera,
HAPPY DEEPAVALI

Awal lagi ke kalau nak ucap selamat mennyambut deepavali. kalau rasa-rasa awal lagi tunggu sabtu ni baru baca ekk hehehe.

Dan deepavali tahun ni penuh dengan kekongfiussan ekk..mane tidaknya, ada kalendar tulis situ hari sabtu, ada pulak yang hari ahad...kalau yang hari ahad tu betul memang best sebab boleh bawak ke isnin cuti tu...selasa pulak memang dah cuti awal muharam...memang best dok umah 4 hari..boleh besarkan perut haha

Tapi malang seribu kali malangnye, cuti deepavali telah pun ditetapkan oleh kerajaan malaysia pada sabtu, 2 november 2013. cara dia tetapkan aku tak tau lah...tapi ini aku rujuk kepada BAHAGIAN KABINET JPM. nak rujuk cuti 2014 pun dah ada hehehe

ataupun korang boleh klik SINI untuk sumber rujukan aku.

SUMBER: LAMAN SESAWANG BAHAGIAN KABINET, PERLEMBAGAAN DAN PERHUBUNGAN ANTARA KERAJAAN

ps; untuk maklumat cuti hari sabtu takde nak bawak bawak ke isnin ek

16 September 2013

ISU AES

Salam semua...
Isu AES ni memang dah lama..ada yang menyokong ada yang sebaliknya...tapi aku ketengahkan semula isu ini sebab ada terbaca satu artikel yang aku rasa terjawab dah luahan aku sebelum ini dalam entry yang lalu. (klik SINI)

SUMBER: Harian Metro Sabtu, 14 September 2013

PENGAMBILALIHAN OPERASI AES, JPJ TIDAK TERIKAT PERJANJIAN

"Bila di bawah kerajaan (diambil alih) kita ada formula lain yang boleh digunakan termasuk guna budi bicara dan pelaksanaannya juga tidak lagi terikat kepada perjanjian seperti sebelum ini", kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Ismail Ahmad.

Beliau berkata, pengambilalihan operasi dan penguatkuasaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) oleh kerajaan juga akan menyaksikan beberapa pertimbangan baru dibuat termasuk penetapan kadar hadlaju, lokasi dan jumlah pemasangan kamera.

Katanya, mengikut perjanjian asal dengan syarikat pengendali, sebanyak 1,093 kamera akan dipasang di seluruh negara di mana 14 darinya sudah dipasang di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang dan Perak.

"Dulu kita terikat dengan perjanjian itu yang jadi masalah...mengikut perjanjian kena pasang 1,093 kamera di seluruh negara, dan ia juga menetapkan kadar saman yang perlu dibayar RM300 setiap kesalahan, dan perjanjian itu memang tak boleh buat apa.

"Tapi bila dibawah kerajaan kita boleh timbang dari semasa ke semasa mana yang penting dulu. Kita tengok mana penting buat dulu...Kita akan meletakkan kamera di kawasan yang mempunyai hadlaju 110 kilometer sejam (km/j) dan kawasan lampu isyarat yang membahayakan pengguna", katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Omar Osman dan Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia.

"Sebelum ini Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dipetik berkata, kerajaan akan mempertimbangkan untuk mengambilalih operasi dan penguatkuasaan AES daripada syarikat pengendali sedia ada menerusi lantikan sebuah syarikat milik penuh kerajaan.

Beliau dilaporkan berkata, perkara itu diputuskan selepas Majlis Mesyuarat Ekonomi (EC) yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi memutuskan penyelesaian adil serta tepat berhubung AES.

Ismail juga tidak menolak kemungkinan lokasi yang sudah ditetapkan pemasangan kamera sebelum ini akan berubah, selain jumlah kamera yang akan dipasang berbeza dengan yang ditetapkan syarikat pengendali.

Katanya, proses pengambilalihan operasi dan penguatkuasaan AES juga mungkin akan mengambil masa berikutan banyak isu yang perlu diperkemas dan diselesaikan terutama dari segi perundangan.

Bagaimanapun, beliau tidak boleh memberi tempoh masa proses itu selesai kerana ia dilaksanakan Kementerian Kewangan.

p/s: berharap sangat yang AES ini diletakkan di kawasan hadlaju berpatutan dapat dilaksanakan.