Jumaat, 31 Julai 2015

EEMAN HADEEF

8.6.2015 jam 12.53am.. seorang lagi bayi selamat dilahirkan oleh Puan Mazlinawati Mohamed.. putera yang kedua dan anak yang ke lima..  yang akhirnya diberi nama Eeman Hadeef. (eeman - iman, hadeef - yang bermatlamat).. Nak panggil eeman ja.. hadeef tu penambah perisa.. ejaan sengaja digandakan 'e' bagi menggantikan bunyi 'i'..

Kalau Faheem dulu banyak kali jugak false alarm, sakit tapi pergi belum nak bersalin, tapi Eeman nasib baik tak macam tu.. tapi ada cabaran lain la pulak bagi mama dia.. Pengalaman tak berapa bagus di hospital Putrajaya menyebabkan persediaan kelahiran Eeman kami daftar di PPUM tempat 3 orang kakak dia dilahirkan.. Faheem sorang je lah IC lain sikit yer.. hehe

Semasa mama Eeman rasa sakit, masih awal pagi, 7.6.2015 .. nasib baik Hasya sedang bercuti sekolah.. so yang lain termasuk Faheem Haseef tinggal kat rumah..

Pemeriksaan menunjukkan bukaan masih kecil dan jangkaan lewat lagi untuk bersalin, tapi puan Maz kena tahan dulu di hospital.. Petang bawa anak2 ziarah mama depa.. then balik dulu sb macam lambat lagi.. sekitar jam 11pm Maz call dan ketika sampai telahpun masuk labor room..

Cumanya PPUM punya sistem baharu ni tak boleh tunggu di luar bilik tetapi kena tunggu di bawah.. so kejap2 telefon ssehinggalah diberitahu telah selamat melahirkan Eeman pada jam  12.53 pagi.. Welcome Eeman.. semoga menjadi anak yang soleh..


 Istimewanya Eeman ni dilahirkan dengan sebatang gigi.. hehe.. Hari yang sama boleh check out (petang) kami terus stay di Shah Hotel PJ sb nak check gigi Eeman.. namun tangguh dulu sb kena appontment petang dan pn mask dah tak tahan duduk tunggu lama2.. Sister pun cakap tak ada apa yang bahaya kecuali kalau mengganggu semasa proses penyusuan mungkin dicadang untuk dicabut. kesian ngat aih..

 Minggu ke-3 kami setelah baepantang di rumah di BBB, kami bergerak pulang ke kampung melalui Raub (sebab kena ambil Hasya dulu), Cameron Highland, Simpang Pulai dan seterusnya ke Kedah.. masa ni bulan puasa..


 Rambut Eeman dicukur pada minggu ke-dua tapi lambat tumbuh.. mata eeman sebelah kiri pulak selalu berair..

 gigi sebatang Eeman..

 Masa bulan pertama dia kerap jaga malam dan boleh tahan suka menangis.. tapi semakin lama Eeman semakin ok dan baik.. tak gaduh sangat.. terima kasih Eeman mudahkan mama dengan abah..


Ni gambar eeman di pagi raya .. 1 Syawal 1436 bersamaan 17 Julai 2015



Sabtu, 24 Januari 2015

Hasya New Life - SEMESTA

Tarikh tutup permohonan ke SBP adalah pada 30.10.2014.. malam sebelum tu Hasya buat keputusan supaya abah minta juga SBP dgn pilihan pertama Sek. Sri Puteri, Cyberjaya, Pilihan Kedua Sek Tunku Kurshiah, Enstek (dua ni sekolah elit, kalau dapat memang best) dan Pilihan Ketiga Sek Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa, Sg Petani (dekat kampung)..

Dengan harapan kalau dapat mana-mana pun tak kisah, ada kelebihan, kalau tak dapat masih ada permohonan ke MRSM.. sebab pilihan pertama memang nak ke MRSM bagi mengikuti program IGCSE, MRSM sebab Hasya lebih berminat untuk belajar dalam bahasa Inggeris..

Isunya adalah kalau dapat SBP, nama takkan dipanggil lagi untuk MRSM.. dan persetujuan antara KPM dan Mara adalah SBP pilih dulu baru MRSM pilih.. sebab tu pada awalnya Hasya tak nak minta SBP supaya dia dapat MRSM.. Persoalannya boleh ke dapat MRSM?

Pada 15 November kami ke Alor Gajah, Melaka untuk ujian dan interview IGCSE MRSM.. Hasya confident dengan interview tp goyah sikit dengan Math..

Walau bagaimanapun  semakan online ke SBP memberitakan antara perlu gembira atau tidak kerana SBP yang dapat adalah SBP yang tidak diminta iaitu Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (SEMESTA), Raub.. Alamak.. Raub tuuu... 

Termenung jugak kami sekeluarga memikirkan untuk tekan button accept atau tidak.. kalau tak accept pun nama dah tiada lagi di MRSM.. semuanya bergantung kepada keputusan Hasya Diyanah. Akhirnya Hasya membuat keputusan "pergi jelah.." dan button accept pun di tekan pada keesokan harinya. Segala dokumen dicetak. Pendaftaran pada 7.1.2015 (kemudiannya dianjak ke 13.12015 kerana banjir besar yang melanda pantai timur).

Dipendekkan cerita yang tak panjang mana, setelah medical check up dan segala barangan persekolahan serta asrama dibeli, hanya menanti saat untuk pendaftaran.. tetiba pada 11.1.2015 abah Mat Major dimasukkan ke wad ccu, hospital Sultan Abd. Halim, SP kerana masalah jantung.. Kami bergegas pulan ke kampung dan pada 13.1.2015 panggilan dibuat ke SEMESTA untuk mohon lewatkan pendaftaran sehari iaitu pada 14.1.2015.

14.1.2015 - Dinie dan Aina ke sekolah seperti biasa. Mama, abah, Hasya dan Faheem menuju ke Raub.. Perjalanan perlu melalui jalan alternatif Mempaga dan Lebu kerana jambatan di Bentong rosak dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan. Jam 12.00 kami tiba di SEMESTA dan mula mendaftar Hasya. Sebagai panduan, yuran pendaftaran (yang tidak pernah diberikan maklumat dalam surat) adalah seperti berikut:

Yuran pendaftaran : RM750
Yuran PIBG : RM290

Hasya kemudian diserahkan kepada kaka angkat yang bernama Nazirah dan seorang fasilitator untuk membantu bagi urusan seterusnya.. kami meminta untuk di bawa ke asrama terlebih dahulu sebelum teruskan dengan urusan lain..

Gambar: Sekitar asrama puteri SEMESTA




Rumah Musytari - semua kena warna kuning; cadar, tuala, timba etc.. oleh kerana timba Hasya warna merah kena cari lain (yang akhirnya dicatkan sahaja sebab susah cari timba kuning). Tuala beli baru.. bagaimana agaknya jika keluarga yang tidak mampu, mungkin akan berfikir 2,3,4 kali sebelum membuat keputusan untuk meneruskan pendaftaran atau balik bersekolah di kampung halaman..





Hasya dan kakak angkatnya yang baik hati..


Ampaian yang sesak.. hari-hari pelajar asrama dikehendaki membasuh pakaian dalam dan baju yang telah dipakai.. (Hasya bangun seawal 4 pagi untuk basuh baju sebelum mandi) gambar ehsan http://cik-teng.blogspot.com/2012/02/sm-sains-tengku-abdullah.html
Tandas dan shower.. Pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 3 tidak boleh mandi shower pada aras yang sama.. tandas pada setiap aras hanya untuk tingkatan 4 dan 5.. junior kena mandi di aras 1.. (what a rules.. another way of bullying?) Tak nak berebut, junior kena bangun awal untuk mandi.. bila tanya senior dulu-dulu ex SEMESTA, peraturan begini tidak wujud dulu.. tidak pasti bila bermula dan kenapa pengurusan asrama merestui peraturan begini.. Tidak bertepatan dengan motto SEMESTA ke arah asrama 5 bintang dan tidak bertepatan dengan objektif ke-6 SBPSK iaitu meningkatkan tahap kemudahan fizikal dan prasarana sekolah bagi mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif;

gambar ehsan http://cik-teng.blogspot.com/2012/02/sm-sains-tengku-abdullah.html.

tempat untuk tingkatan 1 - tingkatan 3 mandi.. gambar ehsan blog http://cik-teng.blogspot.com/2012/02/sm-sains-tengku-abdullah.html.

Saya cuma ingin memetik kembali pendapat Cik Teng yang tidak saya kenali dalam blognya :-