Memaparkan catatan dengan label Tutorial. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tutorial. Papar semua catatan

Isnin, 14 Mei 2012

Tutorial Memakai Shawl Silang (Turban Style)





Langkah 1
Bahagikan selendang kepada 2 bahagian. Pastikan salah satu bahagian lebih panjang. Ambil hujung bahagian yang pendek tadi dan sematkan pin diatas kepala seperti di Gambar1.

Langkah 2
Tarik bahagian selendang yang panjang ke belakang leher, dan bawa ke hadapan

Langkah 3
Sematkan pin dibahagian sisi kepala

Langkah 4
Seterusnya pusingkan bahagian yang panjang tadi ke atas kepala untuk menutupi bahagian belakang.

Langkah 6
Sematkan pin di sisi untuk lebih kemas atau boleh juga digantikan dengan aksesori pin yang lebih menarik.

Siap!

SELAMAT MENCUBA!!!

Rabu, 14 Mac 2012

Tutorial Memakai Selendang Zulaikha

1. Pastikan sebelah kiri lebih panjang daripada sebelah kanan atau sebaliknya. (Ikut keselesaan)

2. Sematkan kerongsang di bahagian belakang leher.

3. Ambil bahagian yang pendek tadi, bawakan ke hadapan dan pin kan di bahagian belakang telinga.

4. Ambil bahagian yang panjang tadi bawa ke bahagian hadapan, kemudian pusingkan ia ke atas kepala.

5. Sematkan pin dibahagian atas kepala.

6. Sematkan pin dibahagian tepi pipi.

7. Ok..siap!!