Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts

21 March 2012

Cara Nak Jadi Jutawan yang Halal..





Assalamualaikum dan salam muhibbah, 

Siapa yang tak nak jadi Jutawan kalau pun tidak masuk senarai orang terkaya di dunia sekurang-kurangnya untuk diri sendiri. Bukan mudah nak jadi Jutawan tidak seperti mengutip sampah tepi jalan. Kalau kita baca biodata mereka yang telah menjadi jutawan pasti ada ciri-ciri yang sama yang menjadikan mereka insan yang paling kaya di dunia.
Selain mempunyai sifat-sifat seperti bangun awal, menepati masa, berdisiplin, kerja kuat ada satu ciri yang unik yang ada pada semua orang paling kaya di dunia dan di Malaysia. Hampir semua orang terkaya ini mempunyai yayasan yang bertujuan membantu mereka yang memerlukan. Mereka mengeluarkan berbillion dollar peruntukan untuk yayasan mereka.
The Bill and Melinda Gates Foundation — which has been handed $31 billion of Warren Buffett’s money — has turned its considerable charitable funds to help poor farmers in Africa. – WSJ(11/12/11)
Di Malaysia ramai yang sedia maklum bagaimana Tan Sri Syed Mokhtar telah mengeluarkan berjuta-juta ringgit untuk membiayai berbagai projek membantu masyarakat. Adakah mereka semua ini yakin semakin banyak mereka memberi maka semakin banyak mereka akan dapat?
Mari kita baca firman ALLAH SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 261 yang maksudnya :”Perumpamaan orang yang menginfaqkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuh tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki Dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui
Juga firman ALLAH SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 245 yang maksudnya : “Siapa yang meminjami (infaqkan) Allah dengan pinjaman yang baik maka Allah melipatgandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya kamu dikembalikan.”
Mungkinkah ini boleh dijadikan Tips menjadi jutawan. Seandainya kita mengambil kira setiap infaq, sedekah atau zakat yang ikhlas di balas ALLAH SWT dengan dilipatgandakan seratus kali maka kalau hendak mengumpul 1 juta maka kita perlu memberi RM10,000, (RM10,000 x 100 = RM1 juta) dan jika inginkan RM10 juta perlulah memberi RM100,000 (RM100,000 x 100 = RM10 juta). Yang penting memberi dengan ikhlas hanya kita dan ALLAH SWT sahaja yang tahu. Memberi mengikut kemampun sedikit-sedikit lama-lama terkumpullah RM10,000 atau RM20,000 atau RM100,000.

Yang pasti untuk menjadi Jutawan tidak datang sekelip mata dan perlu disertakan dengan usaha-usaha yang lain selain memberi. Selain daripada itu ALLAH SWT akan memilih manusia yang paling layak menjadi Jutawan kerana menjadi Jutawan juga adalah ujian besar daripada NYA kerana buka semua mampu memegang status Jutawan.

kredit:blog

23 February 2012

Cara Nak Remove Facebook Timeline.Terbukti Berkesan!



ini entri simple sahaja..sebab ramai rakan maya aku yang bertanya

''Saveq,ko tahu kah mcm mana nak remove fb timeline ni,ish jelek(x bgus) bha diguna"

kalau dulu aku jawab begini

1.: ''Guna sajala bukan ko bayar pun ,free juga mau lagi demand!!!"

2.: ''Apa ko rasa enak ka yang ko gatal tangan mau tukar kenapa???''

3.: ''Kalau menyebalkan sangat ada sana butang logout kan klik seja la"

4.: '' Cari sendiri la pandai ko ubah sendiri kan"..

ada 1 lagi paling sandi tahap gaban

5.: message tu dibaca tanpa ada perasaan..bila susah baru nak PM..
senang pula hilang entah kemana..xixixiixix

Tapi sekarang ni berkat rakan maya aku juga,si nunui, dia ada post pasal timeline remove ni,so aku rasa sesuai sangatlah untuk aku share..

Okey kalau korang masih berminat nak remove tu fb timeline,
korang klik seja link dibawah ni :

http://www.timelineremove.com/#

dan sila pilih browser anda dan ikut arahan selanjutnya..kalau tak faham tanya seja..
kalau malu konfom sesat..

09 February 2012

Cara Hack Broadband Habis Limit



Salam...Tadi aku dapat mesej dari maxis sebab broadband aku dah cecah limit..haha..buat jelek mood ja maxis ni..dan semestinya bagi pengguna bband tahu akan kesan jika bband korang dah cecah limit kan.pastinya menyebalkan!!..so aku try la cuba link yang dah berkurun lama aku bookmark ni..dan akhirnya BERJAYA!!..haha..so kalau korang hadapi masalah yang sama korang boleh terjah dan zoom sekali dibawah ni..


Cara Melajukan Broadband Yang Kehabisan Limit:

1) Pastikan pada waktu ini anda sudah disambungkan ke internet.
Klik start --> Run... Taipkan "cmd" dan tekan Enter.







                                          Gambar ini adalah untuk Windows 7 atau Windows Vista






2). Tetingkap Command Prompt akan keluar. taipkan ipconfig/all dan tekan Enter.






3). Kemudian, senarai sambungan (connection) akan keluar. cari nama modem anda. lihat gambar dibawah.



4). Setelah itu taipkan ping [alamat IP anda] -t
Contoh: ping 10.175.53.131 -t
Sekiranya tiada sebarang balasan diterima, itu bermakna ping anda tidak berjaya.
sila cuba lagi.









5). Biarkan proses tersebut berjalan selama anda di atas talian (online). jika sudah tidak menggunakannya (offline) klik pangkah.


6). Boleh juga menggunakan fail batch untuk tidak mengulangi proses yang sama..sila salin kod dibawah ke dalam notepad dan simpan sebagai (namayangandasuka).bat




@echo off
cd\
ping 10.176.44.70 -t


p/s: Sila gantikan 10.176.44.70 dengan gateway@dns broadband anda.


tutorial asal disini:myhackersarehere

anda berjaya? tahniah la..haha..kalau baik hati klik sini lagi arr:






02 February 2012

Password Anda Cukup Kuat? Fikirkan Semula!


Assalamualaikum dan salam muhibbah..





Beberapa hari yang lalu,ada seorang rakan mengadu tentang akaun fb beliau telah di hack oleh seseorang yang tidak dikenali..Sebenarnya tidak susah untuk mendapatkan akaun fb korang kembali,asalkan ingat dengan email yang digunakan ketika mendaftar untuk akaun fb.Cuma klik sahaja Forgot Pasword di Facebook dan check semula password asal di email..Mudah bukan...

Namun rakan ini juga tidak mengingati kata laluan email beliau.So maknanya kena buat akaun FB baru ja la.Memang sangat merugikan jika akaun FB anda telah di hack,apatahlagi jika anda memiliki akaun Says dan ChurpChurp yang saling berhubung dengan FB..$$$ kata GO!..Makanya kita semua kena berhati-hati dan mengambil berat soal kata laluan/password bagi mengelakkan di hack oleh seseorang yang berniat jahat.



Dalam bab kata laluan,ramai pengguna tidak menyedari bahawa mereka sering menggunakan kata laluan biasa yang mudah diteka.Tapi apa yang lebih membimbangkan,adalah penggunaan kata laluan yang sama untuk pelbagai akaun,seperti email,FB,g+,twitter,nuffnang,adverlets dan sebagainya.




Dengan serangan siber semakin meningkat setiap tahun, kita harus melakukan apa yang patut untuk melindungi maklumat peribadi dari terjerumus ke tangan yang salah. Dan langkah pertama ke arah ini bergantung pada kata laluan kita. Salah satu blog teknologi popular, Gizmodo bersetuju dengan ini malah mengisytiharkan 1 Februari sebagai “Change Your Password Day”.

Kesilapan pertama yang kerap dibuat apabila menaip kata laluan buat pertama kali ialah menggunakan kata laluan yang lemah. Saya tidak pasti sama ada ia disebabkan oleh kekurangan kreativiti atau hanya kemalasan yang membuat kita memilih kata laluan lemah. Beberapa contoh kata laluan yang kerap digunakan ialah “password”, “123456”, “abc123”, “qwerty” dan “letmein”. Sebahagian daripada anda mungkin ketawa tetapi ia tidak mengubah fakta yang ramai orang masih tidak mengambil kata laluan mereka dengan serius

Jadi soalan yang anda harus tanya diri anda, “Adakah kata laluan saya cukup kuat?”
Satu kata laluan yang kuat perlu mempunyai satu campuran abjad-abjad, nombor-nombor dan karakter-karakter khas. Beberapa laman web menilai kata laluan anda dan menentukan sama ada ia lemah atau kuat dengan menggunakan warna dengan merah sebagai 'lemah' dan hijau sebagai 'kuat'.


Berikut adalah satu cara mudah untuk mewujudkan kata laluan yang kuat.


Langkah 1: Pilih satu ungkapan biasa yang anda mudah ingat seperti “the cow jumped over the moon”.


Langkah 2: Ambil huruf awalan setiap perkataan dan jika boleh gantikan perkataan atau huruf yang kelihatan atau berbunyi seperti nombor. (Tcj0tm)


Langkah 3: Tambah karakter-karakter khas. (!Tcj0tm.)


Langkah 4: Anda boleh mengubah kata laluan anda mengikut satu akaun khusus seperti PayPal. (!Tcj0tm.PyPl)


Jika anda terlalu malas untuk mewujudkan kata laluan anda sendiri, terdapat banyak perisian percuma yang boleh melakukannya untuk anda. Satu pilihan yang amat popular ialah KeePass. Ia adalah pengurus kata laluan sumber terbuka yang membantu anda menguruskan kata laluan anda dalam satu cara yang terjamin. Anda boleh meletakkan semua kata laluan anda dalam satu pangkalan data yang mana dikunci dengan satu kunci induk atau satu fail kunci. Jadi anda hanya perlu ingat satu kata laluan induk tunggal atau memilih fail kunci untuk membuka seluruh pangkalan data.






Pangkalan data telah dikodkan menggunakan pertandaan algoritma selamat terkini dikenali (AES dan Twofish). Apa yang menarik ia boleh didapati di setiap platform termasuk Windows, Mac OS X, Android, iPhone malah BlackBerry. Dengan extension dan add-on, KeePass serasi dengan semua pelayar laman terbaik termasuk Chrome dan Firefox


Jika anda memiliki satu kata laluan unik untuk setiap akaun dalam talian anda, anda dinasihatkan agar menukar kata laluan secara kerap. Untuk sesetengah syarikat yang memiliki kepentingan yang besar, mandatori untuk kakitangan secara berkala mewujudkan kata laluan baru untuk profil mereka. Mereka melakukannya setiap dua bulan dan tidak boleh menggunakan semula kata laluan lama. Ia satu amalan yang baik kerana anda tidak tahu bila dan jika akaun anda telah dikompromi.


Keselamatan dalam talian ialah satu isu serius dan tidak patut dijadikan topik gurau senda. Anda mungkin tidak menyedari potensi ancaman sekarang tetapi janganlah menangis apabila anda diugut apabila muncul sekeping gambar bogel anda yang telah di ''superimpose'' dan digodam dari akaun Facebook atau bil kad kredit berjumlah ribuan ringgit dari laman-laman web dewasa. bermula Februari ini, mari kita semua menukar kata laluan kita dan melindungi identiti diri serta data berharga kita, jauh dari anasir-anasir yang berniat jahat!.



30 December 2011

Jom Tukar Shoutmix dengan Cbox !

Okay,kali ni Saveq nak kongsikan tentang Shoutmix yang paling popular digunakan oleh setiap blogger..Mesti korang dah dapat notis dari pihak Shoutmix kan,yang mereka akan mengenakan bayaran untuk menggunakan Shoutmix dorang..


Perghhh..memang terbaikla mereka..dah popular pastu baru nak cas blogger..takpa juga kalau kitorang semua ni boleh claim duit nuffnang beribu riban setiap bulan..Ni nak dapat seringgit pun susah sebab NUFFNANG ni kedekut tahap gaban!!..ahakss..



So memandangkan Shoutmix dah berbayar start lusa.,so aku terpaksala cari alternatif lain untuk menggantikan Shoutmix..Minta maaf banyak-banyak la kalau aku nak sewa kotak teriak korang tu bulan-bulan..haha

Korang lihat sendiri la ye apa beza Shoutmix dengan Cbox..
Bagi aku semua sama je..haha..
So daripada berbayar lebih baik ambil yang free ja kan..
kalau korang nak join aku guna Cbox ni,korang pegi ja di sini
<< CBOX LINK >>










p/s: banyak songeh pula..nak tido la..nanti pagi nak keja lagi..hakhak..so selamat menukar semua!!






28 December 2011

Cara Cas I-Phone,I-Pod,I-Pad guna Durian




Assalamualaikum,salam bahagia!!!

Tawau sekarang ni banjir dengan durian..
Sebelah rumah aku ni pun ada sebatang pokok durian,
memang terbaik la...asal bangun pagi ja jenguk kat tepi tingkap,
kalau-kalau ada yang gugur semalam kan..ahakss..

Okey hari ni aku nak kongsi sikit kepada pengguna gadget Apple ni,
tentang cara nak cas 
IPHONE,IPOD ATAU IPAD korang guna durian..
Manala tahu kan kot-kot korang pi rumah kawan ke,kebun durian ke,
kebetulan pula bateri IPHONE,IPOD,IPAD korang low..
ahah..pengguna Apple product ni tahu juga kan apa yang bakal terjadi kepada
gadget anda jika kehabisan bateri..
konfom korang habis sekali..haha..
kecuali mak bapak atau korang sendiri kaya raya
so boleh beli baru la kan...ahakss...

tanpa banyak bicara korang layan je la tutorial camna nak cas gadget korang tu guna durian.
memang ohhsemmm la...





# jika anda hendak keluar rumah ke tempat yang jauh,pastikan anda membawa sekali wayar charger gadget korang ya..haha...sebagai langkah keselamatan la tu kunun..

30 July 2011

How to remove Facebook virus | Macam mana nak buang virus Facebook

Assalamualaikum...selamat malam..

Ramai pengguna facebook kini dihantui
oleh virus-virus yang cuba menceroboh masuk
ke dalam sistem komputer mereka..Saban hari
ada sahaja mesej ganjil yang mengandungi link berbahaya ataupun yang terbaru melalui gambar yang kununnya
ada wajah pengguna FB..untuk lebih lanjut lagi
mengenai virus-virus terkini di FB boleh
 KLIK SINI UNTUK LEBIH TAHU

Pasti ramai pengguna belum tahu bagaimana
hendak membuang virus-virus jahanam ini
jika sudah terkena kan..okay,hari ini
saveq nak share sama korang semua..
ini pun saveq dapat dari member blogger lain..
yang lebih arif lagi..nak terjah??
KLIK SINI...



How to remove Facebook virus | Macam mana nak buang virus Facebook
                                           

1-kill the processes
    fbtre6.exe
   mstre6.exe

caranya ialah:


                       
           Korang right click window bar (yang kat bawah tuh) dan klik 'Start Task Manager'






Klik pada tab yang kedua iaitu 'Processesdan cari dan tekan image name fbtre6.exe dan mstre6.exe satu persatu, dan klik pada End Process






2- Delete this regidtry values:



HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\Current Version\Run\”systray” = “c:\windows\mstre6.exe”
HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\Current Version\Run\”systray” = “C:\Windows\fbtre6.exe”
HKEY_CURRENT_USER\AppEvents\Schemes\Apps\Explorer\Navigating

caranya ialah:




Korang klik pada Start button, dan taip run kat bar bawah tu. Boleh tekan Enter terus atau klik pada yang pertama tuh.




Window baru akan keluar dan taip regedit. Klik Ok




Cari file step by step seperti yang tertera di atas, contoh
HKEY_LOCAL_MACHINE > SOFTWARE > Microsoft > Windows > Current Version > Run > ”systray” 
Untuk lebih kepastian, pada ruang Data, akan tertera ini “c:\windows\mstre6.exe
Klik dan delete


PERHATIAN: JANGAN SEWENANG-WENANGNYA DELETE FAIL YANG ANDA TAK PASTI. LAPTOP/PC ANDA MUNGKIN TAK DAPAT START KALAU TERSALAH DELETE


3- Delete this file
     
C:\\Windows\\fbtre6.exe
C:\\Windows\\fmark2.dat


Caranya mudah saja macam korang cari fail dan folder. Mula daripada My Computer.






1;tukar pasword facebook
2:Delete facebook application yg tak pernah korang pakai.


kalau kurang faham klik saja perkataan SUMBER KEDUA diatas tu...







sumber ketiga
Ni yang aku dapat daripada Facebook sendiri. 
Rasanya untuk keterangan lebih lanjut,
 boleh click perkataan sumber ketiga tu
                                         


okay,dah cukup...nak lagi???
korang try la dulu..kalau tidak menjadi juga,
korang komen jak..nanti saya update lagi..

SELAMAT BERJAYA!!!

sini saveq nak share bagaimana nak elak
kena virus jahanam ni..tapi dalam bahasa OMPUTIH la..
kalau nak dalam bahasa ibunda juga,
guna jak google translate..
senang,mudah dan cepat.....
Here are some ways to be smart and aware on Facebook and across the Internet:

  • Don’t click on links or open attachments in suspicious emails. If the email looks weird, don’t trust it, and delete it from your inbox immediately.
  • Be wary of where you enter your password. Just because a page on the Internet looks like Facebook or another site you use, it doesn’t mean that it is. Check the address bar in your browser, and learn to tell the difference between a good URL and a bad one. If you ever have doubts about the legitimacy of a link, simply type the website’s URL (for example, http://www.facebook.com) into the address bar.
  • Be suspicious of any email or message that contains an urgent request or asks you to update your information or provide new information.
  • Be suspicious of emails or messages that contain misspellings or use bad grammar, especially if they’re from someone who is usually a good writer.
  • Make sure you have an up-to-date web browser equipped with an anti-phishing blacklist.Some examples are Internet Explorer 8.0 and Firefox 3.0.10.
  • Make sure you have up-to-date comprehensive security software on your computer that includes anti-virus, anti-spyware, anti-phishing, and a firewall.
  • Make sure you've set your operating system to update automatically.
  • Make sure you’ve listed a security question and answer for your online accounts. This will come in handy if you ever lose access and need to prove who you are. You can do this on Facebook from the Account Settings page. You should also add a mobile phone numberfrom this page, which will help if we ever need to send you a text message to confirm your identity.
  • Don’t share your passwords with anyone. Don’t do it. Most reputable online services will never ask for your password through any form of communication.
  • Use different passwords for your various online accounts. If you use the same password everywhere, and it’s stolen, you could lose access to all of your accounts at once.
  • Use a complex password that can’t be easily guessed. Avoid common words, and make sure your password is at least eight characters long and includes capital and lower case letters, numbers, and symbols.
  • Remember that you choose what you share and with whom you share it. Think before you post, especially if the information is sensitive or personal in nature. You can learn more about how to control your information on Facebook, including how to choose an audience for each and every post you make, in our Privacy Guide.
  • Use caution when accessing or sending information over an unsecured public wireless network. Unless you can verify that a Wi-Fi network is secure, you may want to avoid transmitting sensitive information.