Wednesday, November 08, 2017

Tips Untuk Mengembara Menaiki Keretapi Dari KL Ke Bangkok

KL – Padang Besar

Beli tiket ETS dari KL Sentral ke Padang Besar. 
Link: http://www.ktmb.com.my/ktmb_ui/

Beli tiket pagi, sebaiknya bertolak jam 9.00 am dan akan tiba di Padang Besar pada jam lebih kurang 3.00 pm. Jadi ada masa untuk membeli solat, makan dan urusan chop passport.

Harga tiket bergantung kepada kelayakan masing-masing dan mengikut jenis keretapi. Tentukan anda sampai di Padang Besar SEBELUM JAM 4.00 PM untuk urusan chop passport. Jika keretapi delay pun anda masih ada masa.

Perjalanan KL ke Padang Besar akan mengambil masa lebih kurang 5 jam. PENTING: Sampai di Stesen Padang Besar, perkara pertama anda perlu lakukan ialah pergi ke Kaunter Imigresen Malaysia di Tingkat Bawah untuk chop passport keluar Malaysia. Selepas chop passport di Kaunter Imigresen Malaysia, terus ke Kaunter Imigresen Thailand yang terletak di sebelah Kaunter Imigresen Malaysia. Kaunter-kaunter ini akan ditutup pada jam 4.00 pm!

Padang Besar – Bangkok

Beli tiket melalui Website State Railway of Thailand: 
https://www.thairailwayticket.com/ eTSRT/default.aspx?language=1

Jenis keretapi yang perlu dipilih ialah Train 46. Ada 1 aja, tiada pilihan. Train ini akan bertolak dari Stesen Padang Besar pada jam 6.00 pm waktu Malaysia (5.00 pm waktu Thailand). Jenis koc adalah tempat duduk dan tempat tidur. Pada waktu siang, katil di sebelah bawah dijadikan tempat duduk. Apabila malam, tempat duduk bawah akan dijadikan katil dan katil disebelah atas akan diturunkan daripada siling untuk menjadikan tempat tidur 2 tingkat. Jika travel dua orang, eloklah beli tiket atas dan bawah. Tikat di sebelah bawah lebih mahal daripada tingkat atas.




Harga tiket: THB870/RM111 (atas) dan THB960/RM122.5 (bawah). 
Nota: RM1 = THB7.8

Perjalanan daripada Padang Besar ke Bangkok adalah selama lebih kurang 17.5 jam. Semasa naik keretapi, ada steward datang ambil order makanan untuk dinner dan breakfast. Makanan di dalam keretapi ini sekarang disediakan oleh orang Islam dan halal. Bagaimanapun jika masih was-was, anda boleh tapau makanan untuk dinner dari kafe Stesen Keretapi Padang Besar.

Selepas jam 8 malam, seorang petugas keretapi akan datang dan menyiapkan tempat tidur. Tempat duduk di sebelah bawah akan ditukar kepada katil dan katil untuk deck atas akan diturunkan dari siling. Selepas jadi katil, barulah anda selesa untuk menunaikan solat. Ruang kepala di sebelah bawah lebih luas daripada atas. Jadi lebih selesa solat secara duduk mengadap kiblat di katil di sebelah bawah. Kelengkapan katil seperti bantal, cadar dan selimut sangat bersih. Insyallah guna tanpa was-was. Kalau nak selamat lagi, gunakanlah sejadah. Nak ambil wuduk tiada masalah, boleh guna sinkidi hujung gerabak atau gunakan spray wuduk.

Aircond di dalam gerabak agak sejuk. Bawa baju sejuk atau jaket serta stoking. Untuk mendapatkan penerangan lebih lanjut, boleh Google saja pengalaman yang ditulis oleh blogger-blogger lain di dalam internet.

Selamat mencuba!

Wednesday, February 26, 2014

Good To Be Back

It was just a short trip to my former workplace. Will come back here again more often, insyallah.

Wednesday, September 19, 2012

Wetland Putrajaya

Mata Baruku

Saturday, September 01, 2012

Friday, August 31, 2012

Lagu Ketahanan Rakyat

Hari ini saya nak bawak perhatian pembaca blog ini kepada sebuah lagu tema hari kebangsaan yang sangat saya gemari sehingga kini. Lagu Ketahanan Rakyat. Mula diperkenalkan pada sambutan Hari Kemerdekaan 1976 yang mengambil nama sempena dengan tema pada tahun tersebut iaitu Ketahanan Rakyat.

Lagu ini dicipta oleh Allahyarham Cikgu Abd Hamid Baharuddin yang kebetulannya adalah bapa saudara saya sendiri. Saya pernah bertemu dengan beliau secara peribadi di tahun 1970-an ketika beliau berkunjung ke rumah saya dan sempat mengajar saya membaca nota sambil bermain skor musiknya yang berjodol Suasana Pagi. Skor musiknya telah pun hilang, namun lagu tersebut masih saya ingati dan dapat bermainnya dengan baik sehingga kini. Itulah guru musik saya yang pertama (dan terakhir).

Dengar lagu Ketahanan Rakyat...



Rakyat Malaysia bersatu
Teguh di dalam barisan
Gagah berani perkasa
Sa
nggup menentang musuh

Rakyat Malaysia bersatu
Teguh di dalam barisan
Gagah berani perkasa
Tabah hati pahlawan

Chorus:
Kami rakyat Malaysia
Yang mempertahankan negara
Kedaulatan abadi
Kemerdekaan sejati

Kami rakyat Malaysia
Yang mempertahankan negara
Kedaulatan abadi
Negara kita tetap berjaya

Rakyat Malaysia bersatu
Teguh di dalam barisan
Gagah berani perkasa
Tabah hati pahlawan

Saturday, August 11, 2012

Rendang Dendeng Ibu

Saturday, May 12, 2012

Happy Birthday to me

Mabuk cheesecakes. Here are the cheesecakes that i 've got yesterday.

Sunday, May 06, 2012