Pergi ke kandungan

Arthur Boka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Arthur Boka
Boka bermain untuk Ivory Coast
Maklumat peribadi
Nama penuh Etienne Arthur Boka[1]
Tarikh lahir (1983-04-02) 2 April 1983 (umur 43)
Tempat lahir Abidjan, Ivory Coast
Ketinggian 1.66 m (5 ka ​5 3⁄8 in)
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Málaga
Nombor 19
Kerjaya remaja
1996–2002 ASEC Mimosas
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2002–2004 Beveren 59 (4)
2004–2006 Strasbourg 66 (2)
2006–2014 VfB Stuttgart 154 (5)
2014– Málaga 20 (0)
Pasukan kebangsaan‡
2004– Ivory Coast 81 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 1 May 2015
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 7 July 2014

Etienne Arthur Boka (lahir 2 April 1983 di Abidjan) merupakan pemain bola sepak profesional Ivory Coast yang bermain untuk kelab Sepanyol, Málaga CF dan pasukan kebangsaan Ivory Coast sebagai pertahanan.

Dia merupakan ahli skuad Côte d'Ivoire di dua edisi Piala Dunia FIFA dan lima Piala Negara-Negara Afrika diantara 2006 sehingga 2013.

Karier kelab

[sunting | sunting sumber]

Seperti kebanyakan pemain yang berjaya dari Côte d'Ivoire, dia memulakan kariernya bersama kelab tanah air, ASEC Abidjan, selepas datang dari pasukan belia mereka yang terkenal, yang juga telah menghasilkan pemain-pemain seperti Kolo Touré, Emmanuel Eboué, dan Aruna Dindane. Dia menyertai kelab itu selepas berjalan dari ibu negara Côte d'Ivoire, Abidjan dan meminta untuk menjalani ujian percubaan. Selepas menamatkan pengajian di akademi itu, dia berpindah ke kelab Belgium, K.S.K. Beveren pada tahun 2002, dimana aksi cemerlangnya membolehkan dia berpindah ke kelab Ligue 1, RC Strasbourg di Perancis pada musim 2004–05. Dia terus beraksi cemerlang di Strasbourg, tetapi susulan penyingkiran mereka pada akhir musim 2005–06, dia meninggalkan kelab itu untuk menyertai kelab Jerman, VfB Stuttgart.[2] Dia diberi gelaran "Roberto Carlos Afrika". Pada musim 2006–07, Boka memenangi kejuaraan Bundesliga bersama VfB Stuttgart.

Pada 14 Januari 2009, dia melanjutkan kontraknya bersama VfB Stuttgart sehingga musim panas tahun 2012.[3]

Pada 30 Mei 2012, Boka menandatangani kontrak baru satu tahun dengan pilihan untuk menyambung setahun lagi bersama VfB Stuttgart.[4] Boka kebiasaannya bermain sebagai pertahanan kiri, tetapi pada pertengahan musim Bundesliga 2012–13 dia mula bermain sebagai pemain tengah pertahanan.

Pada 1 Mei 2014, Boka bersetuju untuk berpindah ke kelab La Liga, Málaga CF, menandatangani perjanjian dua tahun dengan kelab Andalusia itu.[5] Dia membuat penampilan sulungnya pada 29 Ogos, ketika kekalahan 0–3 kepada Valencia CF.[6]

Karier antarabangsa

[sunting | sunting sumber]

Dia telah membuat 72 penampilan untuk pasukan kebangsaan Ivory Coast, menjaringkan satu gol, dan dipanggil untuk Piala Dunia 2006, dimana dia bermain ketiga-tiga perlawanan peringkat kumpulan untuk mereka. Dia beraksi cemerlang dan berjaya membuat satu bantuan gol. Dia juga dipanggil untuk Piala Dunia 2010, dimana dia bermain dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Korea Utara dimana dia membuat dua bantuan gol.

Dia mewakili Côte d'Ivoire ketika Piala Negara-Negara Afrika 2006 dan juga berada dalam skuad mereka ketika Piala Negara-Negara Afrika 2008 di Ghana. Boka juga dipanggil untuk Piala Negara-Negara Afrika 2010, Piala Negara-Negara Afrika 2012 dan Piala Negara-Negara Afrika 2013. Bersama Côte d'Ivoire, Boka layak ke perlawanan akhir Piala Negara-Negara Afrika pada tahun 2006 dan 2012, dimana mereka tewas menerusi penalti dalam kedua-dua edisi.

Statistik karier

[sunting | sunting sumber]
Sehingga 29 Ogos 2014
Kelab Divisyen Musim Liga Piala Eropah Jumlah
KmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGol
Beveren Liga Pro Jupiler 2002–03 3031000313
2003–04 2915000341
Jumlah Beveren 5946000654
Strasbourg Ligue 1 2004–05 3406000400
2005–06 2703081381
Ligue 2 2006–07 52000052
Jumlah Strasbourg 6629081833
Stuttgart Bundesliga 2006–07 1913000221
2007–08 1703030230
2008–09 1802090290
2009–10 1402060220
2010–11 2322050302
2011–12 1301000140
2012–13 2515181383
2013–14 2510040291
Jumlah Stuttgart 15451813512077
Málaga La Liga 2014–15 10000010
Jumlah Málaga 10000010
Jumlah karier 2801133143235614
K.S.K. Beveren
RC Strasbourg
  • Piala Liga juara: 2005
VfB Stuttgart
Côte d'Ivoire
  1. ↑ "List of Players" (PDF). Confederation of African Football (CAF). Dicapai pada 24 January 2013.
  2. ↑ Picard, Laurent. "Stuttgart capture Boka". skysports.com. Dicapai pada 31 August 2006.
  3. ↑ "Boka staying until 2012". vfb.de. VfB Stuttgart. 14 January 2009. Dicapai pada 14 January 2009.
  4. ↑ "Arthur Boka extends contract with VfB". vfb.de. VfB Stuttgart. 30 May 2012. Dicapai pada 30 May 2012.
  5. ↑ "Arthur Boka changes from Stuttgart to Malaga". Sportal.de. Sportal. 1 May 2014. Dicapai pada 1 May 2014.
  6. ↑ "Valencia manager Nuno Santo gets first home win vs. Malaga". ESPN FC. 29 August 2014. Dicapai pada 3 September 2014.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]