Pergi ke kandungan

Joshua Kimmich

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Joshua Kimmich
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1995-02-08) 8 Februari 1995 (umur 31)
Tempat lahir Rottweil, Jerman
Ketinggian 1.76 m (5 ka ​9 5⁄16 in)[1]
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Bayern Munich
Nombor 32
Kerjaya remaja
2000–2007 VfB Bösingen
2007–2013 VfB Stuttgart
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2013–2015 RB Leipzig 53 (3)
2015– Bayern Munich 319 (31)
Pasukan kebangsaan‡
2011 Jerman B17 2 (0)
2013 Jerman B18 5 (0)
2013–2014 Jerman B19 9 (1)
2014– Jerman B21 14 (2)
2016– Jerman 108 (10)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 4 April 2026 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 30 Mac 2026 (UTC)

Joshua Kimmich (lahir 8 Februari 1995) merupakan seorang pemain bola sepak Jerman yang bermain di posisi pemain tengah untuk kelab Bayern Munich dan pasukan kebangsaan Jerman.

Kerjaya kelab

[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal

[sunting | sunting sumber]

Kimmich beraksi di akademi VfB Stuttgart sebelum sertai RB Leipzig pada Julai 2013. VfB Stuttgart seterusnya menjamin untuk membawa masuk Kimmich semula. Beliau melakukan penampilan pertamanya di 3. Liga untuk Leipzig pada 28 September tahun yang sama ketika menentang SpVgg Unterhaching yang berkesudahan seri 2-2. Beliau menjaringkan gol profesional pertamanya ketika menang 3-2 ke atas 1. FC Saarbrücken pada 30 November 2013.

Bayern Munich

[sunting | sunting sumber]

Musim 2015–16

[sunting | sunting sumber]

Pada 2 Januari 2015, Kimmich setuju untuk menyertai Bayern Munich selepas menandatangani kontrak lima tahun dalam perpindahan bernilai kira-kira 7 juta euro. Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Bayern pada 9 Ogos pada pusingan pertama