Pemerintahan beraja (Jawi:ڤمرينتهن براج, bahasa ringkas: kerajaanكراجاءن) atau monarki (dari bahasa Yunani "monos archein", bermaksud "satu pemerintah") merupakan sejenis pemerintahan di mana ketua negara dilantik dalam kalangan keluarga seseorang penguasa yang berpengaruh lama sepanjang zaman penubuhan negara tersebut (raja atau ratu) dan jawatan tersebut dipegang sepanjang hayatnya sehingga kemangkatan di mana ia diturunkan kepada putera atau puteri. Ia sistem tertua di dunia. Pada awal kurun ke-19, terdapat lebih 900 buah takhta kerajaan di dunia, tetapi menurun kepada 240 buah dalam abad ke-20. Manakala pada dekad kelapan abad ke-20, hanya 40 takhta sahaja yang masih kekal. Daripada jumlah tersebut, hanya empat negara mempunyai raja atau monarki mutlak dan selebihnya terhad kepada sistem raja berperlembagaan berpandukan suatu undang-undang tubuh sambil kuasa wewenang sehariannya diserahkan kepada seorang