Pergi ke kandungan

Samsung Galaxy S9

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Siri Samsung Galaxy S9
Samsung Galaxy S9 dan S9+ serta S9 Pro
Samsung Galaxy S9 dan S9+
Nama kodS9: Star
S9: Star 2
JenamaSamsung
PengilangSamsung Electronics
WarnaMidnight Black, Coral Blue, Titanium Gray, Lilac Purple, Burgundy Red, Sunrise Gold, Ice Blue, Polaris Blue
RentetanGalaxy S
Rangkaian serasi2G, 3G, 4G, 4G LTE
Julung diedarkan16 Mac 2018; 8 tahun yang lalu (2018-03-16)
Ketersediaan mengikut rantau
11 Mac 2018
25 Mac 2018
10 juta unit terjual
6 April 2018
Ketamatan20 Februari 2019; 7 tahun yang lalu (2019-02-20)
PendahuluSamsung Galaxy S8
PenggantiSamsung Galaxy S10
Berkaitan
JenisS9: Telefon pintar
S9+: Fablet
UkuranS9:
147.7 mm × 68.7 mm × 8.5 mm (5.81 in × 2.70 in × 0.33 in)
S9+:
158.1 mm × 73.8 mm × 8.5 mm (6.22 in × 2.91 in × 0.33 in)
Jisim
  • S9: 163 g (5.7 oz)
  • S9+: 189 g (6.7 oz)
Sistem pengendalianAsal: Samsung Experience 9.0 berasaskan Android 8.0 "Oreo"
Akhir: One UI 2.5 berasaskan Android 10
Tidak rasmi: LineageOS 23.0 berasaskan Android 16
Sistem atas cip
CPU
  • Exynos: Okta-teras (4×2.7 GHz & 4×1.7 GHz)
  • Snapdragon: Okta-teras (4×2.8 GHz & 4×1.7 GHz) Kryo 385
GPU
IngatanS9: 4 GB LPDDR4X RAM
S9+: 6 GB LPDDR4X RAM
Storan64, 128 atau 256 GB UFS 2.1 (UFS 2.0 pada sesetengah peranti)
Storan bolehtanggalmicroSD, boleh diperluaskan sehingga 400 GB
BateriTidak boleh ditanggalkan
  • S9: 3000 mAh
  • S9+: 3500 mAh - kedua-duanya dengan kelajuan pengecasan 15W (Qualcomm Quick Charge 2.0)[1]
Paparan
  • Skrin sentuh kapasitif Super AMOLED 2960×1440 1440p Infinity Display
  • Gorilla Glass 5
  • S9: 5.8 in (150 mm), 570 ppi
  • S9+: 6.2 in (160 mm), 529 ppi
(kedua-duanya Diamond PenTile)
BunyiPembesar suara stereo ditetala oleh AKG, bunyi keliling Dolby Atmos
Kamera belakangS9: Sony IMX345;[2] Samsung Isocell S5K2L3 [3]12 MP (1.4 µm, f/1.5/2.4), OIS, 4K pada 30 fps (dihadkan kepada 10 minit) atau 60 fps (dihadkan kepada 5 minit),[4] QHD pada 30 fps, 1080p pada 60 fps (dihadkan 10 minit) atau 30 fps, 720p pada 30 fps dan gerak sangat perlahan pada 960 fps (selama 0.2 saat).
S9+: Sony IMX345; Samsung Isocell S5K3L3 Dwi 12 MP (1.4 µm, f/1.5/2.4) + 12 MP ((1.0 µm), f/2.4), Dwi OIS, 4K pada 30 atau 60 fps (dihadkan kepada 5 minit),[4] QHD pada 30 fps, 1080p pada 30 atau 60 fps, 720p pada 30 fps dan gerak sangat perlahan pada 960 fps (selama 0.2 saat).
Kamera depanSony IMX320; Samsung Isocell S5K31[3] 8 MP (1.22 µm, f/1.7), fokus automatik
KetersambunganWi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac (2.4/5 GHz), VHT80, MU-MIMO, 1024-QAM

Bluetooth 5.0 (LE sehingga 2 Mbit/s), ANT+, USB-C, jek fon kepala 3.5mm, NFC, lokasi (GPS, Galileo, GLONASS, BeiDou)

2G, 3G, LTE, LTE-A
Masukan data
Ketahanan airIP68, sehingga 1.5 m (4.9 ka) selama 30 minit
Tapak sesawangwww.samsung.com/global/galaxy/galaxy-s9/ Sunting ini di Wikidata

Samsung Galaxy S9 dan S9+ ialah telefon pintar berasaskan Android yang diumumkan, dikilangkan, dikeluarkan dan dipasarkan oleh Samsung Electronics sebagai sebahagian daripada siri Galaxy S. Peranti ini telah diperkenalkan di Kongres Dunia Mudah Alih di Barcelona pada 25 Februari 2018, sebagai pengganti kepada Galaxy S8 dan S8+. Ia merupakan barisan siri Galaxy S terakhir yang hanya menyokong rangkaian 4G, yang dikeluarkan secara komersil pada 16 Mac 2018. Ia juga merupakan barisan siri Galaxy S terakhir yang mempunyai pengimbas iris, lensa bukaan boleh ubah, dan lampu pemberitahuan. Ia juga siri Galaxy S terakhir yang mempunyai tetapan dwi-kamera belakang sehinggalah kemunculan S25 Edge pada Mei 2025.

Galaxy S9 dan S9+ mempunyai ciri yang hampir serupa berbanding model S8 yang lebih lama, dengan saiz paparan dan nisbah aspek yang sama. Satu perubahan yang dinantikan untuk membezakan antara model tersebut ialah kedudukan penderia cap jari. Walaupun penderia S8 terletak di sebelah kamera, penderia S9 berada tepat di bawah kamera, serupa dengan siri A. Paling ketara, siri S9 menampilkan beberapa penambahbaikan kamera berbanding S8.

Telefon ini mendapat ulasan yang umumnya positif, dengan pengkritik terutamanya memuji kamera yang ditambah baik dan pengimbas cap jari yang ditempatkan di posisi yang lebih baik. Walau bagaimanapun, pengkritik masih mengkritik telefon ini kerana terlalu serupa dengan model terdahulunya. Ia tersedia dalam tujuh warna (Lilac Purple, Midnight Black, Titanium Gray, Coral Blue, Sunrise Gold, Burgundy Red, dan Polaris Blue). Ia digantikan oleh siri Galaxy S10 pada Mac 2019.

Pelancaran

[sunting | sunting sumber]

Pelbagai ciri dan perubahan reka bentuk Galaxy S9 telah dibocorkan beberapa minggu sebelum pelancaran rasmi,[5] dan video pelancaran rasmi telah dibocorkan beberapa jam sebelum pelancarannya.[6]

Galaxy S9 dan S9+ telah diumumkan di Kongres Dunia Mudah Alih di Barcelona pada 25 Februari 2018, sebagai pengganti kepada Samsung Galaxy S8 dan S8+.[7]

Spesifikasi

[sunting | sunting sumber]

Perkakasan

[sunting | sunting sumber]
Samsung Galaxy S9+ yang memaparkan Laman Utama Wikipedia Bahasa Inggeris, menunjukkan skrin melengkungnya dengan jelas

Dari pandangan hadapan, Galaxy S9 dan S9+ kelihatan identikal dengan S8 dan S8+. Kedua-duanya menampilkan paparan Super AMOLED 1440p, dengan nisbah aspek 18.5:9. S9 menggunakan panel 5.8-inci (15 cm), manakala S9+ menggunakan panel yang lebih besar iaitu 6.2-inci (16 cm).[8] Paparan ini mempunyai sisi melengkung yang mencerun pada tepi melintang peranti. Kedua-dua model menyokong HDR dan mempunyai kecerahan puncak sehingga 864 nit.[9]

Kamera pada kedua-dua telefon menerima penambahbaikan. S9+ mempunyai tetapan kamera dwi-lensa di bahagian belakang, seperti pada Galaxy Note 8, manakala S9 hanya mempunyai kamera tunggal di bahagian belakang. Varian Exynos bagi telefon ini menggunakan penderia kamera dalaman Samsung ISOCELL S5K2L3 manakala varian Snapdragon menggunakan penderia Sony Exmor IMX345. Kedua-dua telefon mempunyai kamera belakang Bukaan Dwi (Dual Aperture) yang boleh bertukar antara f/1.5 dan f/2.4, bergantung pada keadaan pencahayaan, menjadikannya telefon mudah alih pertama sejak Nokia N86 (2009) yang mempunyai kamera bukaan boleh ubah.[10][11]

Telefon ini boleh merakam video 4K (2160p) pada 60 bingkai sesaat (dihadkan kepada 5 minit[4][12]), 1080p@240fps dan video "Gerak Sangat Perlahan" 960fps pada 720p selama 0.2 saat, di mana ketiga-duanya ditampilkan buat kali pertama pada telefon utama Samsung.[13][8] Dua kadar bingkai pertama merupakan peningkatan pertama dalam siri ini sejak Samsung Galaxy S5 pada tahun 2014.

AR Emoji, yang serupa dengan ciri Animoji daripada Apple pada iPhone X, merupakan ciri baharu yang membolehkan pengguna mencipta emoji berdasarkan diri mereka sendiri dengan bantuan pengecaman muka realiti diperluas (AR).[14] Sokongan aplikasi pihak ketiga turut disediakan untuk ciri ini.

Satu kemas kini perisian menambah ciri daripada Galaxy Note 9 yang memberi amaran kepada pengguna tentang kecacatan pada foto seperti mata terpejam dan imej kabur.[15]

Pemproses dan storan

[sunting | sunting sumber]

Di kebanyakan negara, kedua-dua S9 dan S9+ dilengkapi dengan SoC Samsung Exynos 9810. Versi yang dijual di Amerika Syarikat, Kanada, China, Hong Kong, Jepun, dan Amerika Latin sebaliknya didatangkan dengan SoC Qualcomm Snapdragon 845.[8]

S9 didatangkan dengan RAM 4 GB, manakala S9+ didatangkan dengan 6 GB.[16][17] Kedua-dua peranti pada mulanya hanya didatangkan dengan storan dalaman 64 GB; varian 128 GB dan 256 GB dikeluarkan pada Mei 2018 selepas storan dalaman 64 GB dikritik ramai kerana terlalu rendah, tetapi ia hanya boleh dipesan melalui laman web Samsung.[18] Kedua-dua telefon mempunyai keupayaan untuk menggunakan kad microSD bagi memperluaskan storan sehingga maksimum 400 GB.[16]

Samsung Galaxy S9+ yang sedang dicas secara tanpa wayar

Kapasiti bateri adalah sama dengan model terdahulu, iaitu 3000 mAh untuk S9, dan 3500 mAh untuk S9+.[17] Bateri ini tidak boleh ditanggalkan oleh pengguna. Sama seperti model sebelumnya, S9 menyokong piawaian pengecasan tanpa wayar AirFuel Inductive (sebelum ini PMA) dan Qi daripada Wireless Power Consortium.[19]

Pengecasan berasaskan wayar menyokong kuasa sehingga 15 W melalui Qualcomm Quick Charge 2.0,[1] manakala pengecasan tanpa wayar disokong sehingga 10 W.[20]

S9 dan S9+ mempunyai pembesar suara stereo yang ditetala oleh AKG, serta sokongan bunyi keliling Dolby Atmos; selain itu, S9 dan S9+ merupakan antara beberapa telefon pintar yang masih mengekalkan jek fon kepala 3.5mm.[8]

Bahagian yang menunjukkan perubahan paling ketara pada S9 dan S9+ berbanding barisan S8 ialah di bahagian belakang telefon. Penderia cap jari telah dipindahkan dari sebelah kanan kamera ke lokasi yang lebih berpusat di bawah kamera seperti pada Galaxy A8 dan A8+ untuk kemudahan pengguna. Kaedah buka kuncian yang lebih selamat telah ditambah, di mana pengecaman muka dan pengimbasan iris telah digabungkan menjadi satu ciri yang dipanggil Intelligent Scan.[21]

Terdapat juga beberapa penambahbaikan binaan berbanding model S8 dan S8+, terutamanya untuk meningkatkan ketahanan fizikal, seperti kaca yang lebih tebal, bingkai logam yang lebih tebal, dan penggunaan aloi logam berbeza (yang kurang terdedah kepada kecacatan bentuk) untuk kerangka peranti.[22]

S9 dan S9+ didatangkan secara asal dengan Android 8.0 "Oreo", bersama Google Mobile Services serta antaramuka dan pakej perisian Samsung Experience. Ia sebahagian besarnya tidak berubah berbanding versi yang terdapat pada S8 dan Note 8, tetapi menambah ciri tambahan seperti pilihan penyesuaian baharu, terjemahan bahasa secara langsung dalam aplikasi kamera, dan sokongan orientasi melintang (lanskap) untuk skrin utama Samsung,[23][21][24] yang mana ketiadaannya pernah dikritik pada Galaxy S3, termasuk oleh Evan Blass pada tahun 2012.[25][26]

S9 dan S9+ juga menyokong Project Treble, membolehkan proses kemas kini perisian dijalankan dengan lebih mudah berbanding generasi peranti Galaxy terdahulu.[27]

Pada Disember 2018, Samsung mula melepaskan kemas kini Android 9.0 "Pie" untuk S9. Kemas kini ini memperkenalkan pembaharuan besar pada pengalaman pengguna Android Samsung yang dikenali sebagai One UI.[28] Elemen reka bentuk utama One UI ialah penataan semula kedudukan elemen antaramuka kunci dalam aplikasi asal bagi meningkatkan kebolehgunaan pada skrin besar: kebanyakan aplikasi menyertakan tajuk besar yang menolak permulaan kandungan ke arah tengah skrin, manakala kawalan navigasi dan gesaan lain kerap dipaparkan berhampiran bahagian bawah skrin.[29][30] Pada Februari 2020, Samsung mula menyebarkan kemas kini Android 10 dengan One UI 2.0 kepada semua peranti Samsung Galaxy S9.[31] Siri Galaxy S9 mencapai penghujung jangka hayat sokongannya (end of life) pada April 2022 dengan tampalan keselamatan April 2022.[32]

Meskipun begitu, versi One UI tidak rasmi yang disokong oleh komuniti masih tersedia, termasuk Android 13 dengan One UI 5.1 melalui FloydROM bagi siri S9 dan Note 9,[33] serta Android 15 dengan One UI 7 melalui NobleROM / DuhanROM bagi siri S9 dan Note 9.[34]

Pemasaran

[sunting | sunting sumber]

Pada pertengahan tahun 2018, Samsung menerbitkan siri iklan sindiran bertajuk "Ingenius" yang memperlekehkan kekurangan fungsi iPhone berbanding Galaxy S9, termasuk ketiadaan jek audio, storan boleh diperluaskan dengan kad ingatan, serta kadar pemindahan rangkaian dan prestasi kamera yang didakwa lebih rendah.

Dalam salah satu iklan tersebut, seorang pelanggan yang tidak berpuas hati gagal mencari slot kad ingatan pada iPhone miliknya, lalu pekerja Apple Store memberitahunya bahawa peranti itu tidak mempunyainya, dan mencadangkan agar dia bergantung pada storan awan sebagai storan tambahan, walaupun ia bergantung pada capaian Internet untuk berfungsi serta mempunyai kadar pemindahan yang lambat dan kependaman yang tinggi berbanding kad ingatan. Pelanggan tersebut menyatakan bahawa dia tidak mahu "maklumatnya disimpan di sana", sebaliknya secara tempatan, lalu pekerja Apple Store mencadangkan agar dia membeli model dengan storan dalaman yang lebih besar.[35]

Penerimaan

[sunting | sunting sumber]

John McCann daripada TechRadar memuji kamera yang dipertingkatkan dan kedudukan baharu penderia cap jari, tetapi mengkritik reka bentuknya yang terlalu serupa dengan model terdahulu (Galaxy S8) serta fungsi AR Emoji yang terhad.[36]

Brian Heater daripada TechCrunch mengulas S9+ pada 8 Mac 2018, dan menyatakan bahawa telefon itu dibina atas "kejayaan [S8] dalam pelbagai sudut".[37]

Computerworld memberikan ulasan positif terhadap telefon ini dan menyatakan bahawa ia "jelas lebih baik daripada model terdahulu", tetapi mengamati bahawa tiada ciri baharu yang benar-benar "menyeronokkan".[38] PC Magazine turut memberikan ulasan positif kepada Galaxy S9 dan S9+.[39]

Todd Haselton daripada CNBC menyatakan pada 8 Mac bahawa S9+ adalah lebih unggul berbanding S9, atas faktor seperti skrin yang lebih besar dan kamera kedua, serta jumlah RAM dan kuasa bateri yang lebih tinggi.[40]

Samuel Gibbs daripada The Guardian memberikan S9+ penarafan 5/5 bintang, dengan tajuk utama yang menganggapnya sebagai "telefon pintar skrin besar terbaik setakat ini". Skrin dan kameranya dipuji, namun ulasan itu memberi catatan bahawa ketahanan hayat bateri boleh ditingkatkan lagi. Beliau juga menghargai kehadiran jek fon kepala, di saat kebanyakan telefon lain sudah mula menggugurkannya.[41]

Kamera S9+ yang lebih besar menerima skor 99 daripada DxOMark, yang pada ketika itu merupakan skor tertinggi yang pernah diberikan oleh mereka kepada kamera peranti mudah alih.[42] Walau bagaimanapun, skor tersebut tidak lama kemudian diatasi oleh Huawei P20 dan P20 Pro, yang masing-masing mencatatkan skor 102 dan 109.[43]

Dan Seifert daripada The Verge memberikan S9 skor 8.5, dengan menyatakan bahawa prestasi, kamera, dan reka bentuknya adalah memuaskan. Namun begitu, beliau kurang berpuas hati dengan hayat bateri yang sederhana dan penambahan pembantu maya Bixby, serta menambah bahawa Samsung mempunyai rekod prestasi yang kurang memuaskan dalam mengemas kini perisian telefon pintar mereka.[44]

Ryan Whitwam daripada Forbes mengamati bahawa pada tahun 2018, RAM 6 GB pada S9+ berbanding 4 GB pada S9 "kemungkinan besar tidak memberikan sebarang perbezaan ketara dalam penggunaan harian" kerana "Android belum memanfaatkan sepenuhnya RAM 6 GB buat masa ini. Mungkin pada masa akan datang, tetapi bukan sekarang."[17]

Samsung menggambarkan jualan Galaxy S9 sebagai "perlahan" dalam laporan kewangan suku kedua (Q2) 2018 mereka. Penganalisis meramalkan bahawa telefon ini bakal menjadi peranti unggul (flagship) siri Galaxy S dengan jualan terendah sejak Samsung Galaxy S5.[45] Sepanjang dua suku jualan pertamanya, hanya 19.2 juta unit terjual, mencatatkan rekod terendah.[46]

Isu skrin sentuh

[sunting | sunting sumber]

Kira-kira seminggu selepas pelancaran peranti ini, pengguna mula mengalami masalah pada skrin sentuh di mana ia gagal mengesan sentuhan pada kawasan tertentu di skrin, walaupun selepas tetapan semula kilang (factory reset) dilakukan.[47] Masalah ini dipanggil sebagai "zon mati" (dead zones) oleh pengguna.[48] Samsung mengeluarkannya kenyataan balas bahawa mereka sedang "mengenal pasti laporan terhad berhubung isu kepekaan skrin sentuh Galaxy S9/S9+".[49]

Isu Black Crush

[sunting | sunting sumber]

Sebilangan pengguna Galaxy S9 melaporkan isu yang dipanggil "Black Crush", di mana paparan menghadapi kesukaran untuk memaparkan ton warna gelap yang berbeza. Samsung menyahut perkara ini dengan kenyataan bahawa mereka maklum mengenai "sejumlah kecil laporan tentang Galaxy S9/S9+ yang memaparkan warna gelap secara tidak tepat dalam keadaan tertentu", tetapi belum menyediakan penyelesaian rasmi bagi masalah tersebut pada masa itu.[50][51]

Isu ketahanan bateri

[sunting | sunting sumber]

Ramai pengguna varian Exynos mengalami masalah bateri yang kurang memuaskan. Penganalisis mendapati bahawa empat teras pemproses buatan Samsung tidak ditetala dengan baik, sekali gus menyebabkan penurunan prestasi bateri.[52] Walau bagaimanapun, masalah ini telah ditangani sebahagiannya melalui pelepasan kemas kini perisian pada Ogos 2018.[53]

Prestasi Exynos 9810

[sunting | sunting sumber]

Pada peranti Galaxy S terdahulu, pemproses Exynos memberikan prestasi yang sebanding dengan versi Snapdragon. Walau bagaimanapun, S9 yang dijana oleh Exynos 9810 berprestasi agak perlahan bagi sebuah peranti mercu berbanding S9 versi Snapdragon. Masalah ini tidak begitu ketara dalam ujian penanda aras sintetik, tetapi lebih jelas kelihatan dalam ujian yang mensimulasikan penggunaan dunia sebenar seperti PCMark.[54][55]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. 1 2 "Galaxy S9: Diese Technologie übernimmt Samsung unverändert vom S8". GIGA (dalam bahasa Jerman). 2018-01-23. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 July 2020. Dicapai pada 2020-07-24.
  2. https://www.techthagaval.com/samsung-galaxy-s9-21-mp-sony-sensor-leaked/ [pautan mati]
  3. 1 2 Singh, Deepak (11 April 2018). "How To Check Camera Sensor Present In Samsung Galaxy S9 or S9 Plus". Diarkibkan daripada yang asal pada 21 October 2020. Dicapai pada 1 September 2020.
  4. 1 2 3 "The S9 records 4K 60fps in high-efficiency codec, but no more than 5 min". Phone Arena. 2 March 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 July 2018. Dicapai pada 30 July 2018.
  5. "Everything we think we know about the Samsung Galaxy S9". The Verge. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 June 2018. Dicapai pada 24 February 2018.
  6. "Samsung's Galaxy S9 launch video leaks out". The Verge. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 June 2018. Dicapai pada 25 February 2018.
  7. "Samsung announces the Galaxy S9 launch, teases "reimagined" camera". Ars Technica (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 16 June 2018. Dicapai pada 30 January 2018.
  8. 1 2 3 4 "Review: Samsung's new Galaxy S9 phones make excellence routine". computerworld. 12 March 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 July 2018. Dicapai pada 13 March 2018.
  9. "Samsung Galaxy S9+ Review". TechSpot (dalam bahasa Inggeris). 2018-04-17. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 May 2024. Dicapai pada 2024-05-09.
  10. "The Galaxy S9's dual-aperture camera is great marketing". theverge. 27 February 2018.
  11. "This is the best look at the Galaxy S9's variable aperture you'll ever get". theverge. 13 March 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 March 2018. Dicapai pada 14 March 2018.
  12. Wong, Raymond (2 March 2018). "Samsung Galaxy S9 can't record 4K video at 60 fps as long as iPhone X". Mashable (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-28.
  13. "Samsung Galaxy S9 – Full phone specifications". www.gsmarena.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 June 2020. Dicapai pada 24 June 2020.
  14. "Galaxy S9: What you need to know about AR Emoji". CNET. 13 March 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 March 2018. Dicapai pada 14 March 2018.
  15. "Samsung Galaxy S9 Will Receive AI Camera Features – TizenHelp". Diarkibkan daripada yang asal pada 17 September 2021. Dicapai pada 17 September 2021.
  16. 1 2 "Samsung Galaxy S9 review: A fantastic phone for the masses, but not an exciting one". Android Central. 8 March 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 April 2018. Dicapai pada 3 April 2018.
  17. 1 2 3 "Galaxy S9 Vs. S9 Plus: Which One Should You Buy?". forbes. 13 March 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 March 2018. Dicapai pada 14 March 2018.
  18. "Samsung Now Offers 128 GB and 256 GB Galaxy S9 and S9 Plus". Digital Trends (dalam bahasa Inggeris). 2018-04-30. Dicapai pada 2022-04-29.
  19. "Samsung Galaxy S9 Specifications". Samsung. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 September 2018. Dicapai pada 31 August 2018.
  20. "The fastest way to charge the Samsung Galaxy S9 and S9+". Ventev (dalam bahasa Inggeris). 2018-08-01. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 July 2020. Dicapai pada 2020-07-24.
  21. 1 2 "Samsung Galaxy S9 review". gsmarena. 9 March 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 March 2018. Dicapai pada 14 March 2018.
  22. "Samsung's Galaxy S9 Has A Great Secret Feature". Forbes. 1 March 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 July 2018. Dicapai pada 7 June 2018.
  23. "Samsung Galaxy S9 and S9+: Everything you need to know, all in one place". PC World. 2 April 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 March 2018. Dicapai pada 3 April 2018.
  24. Duino, Justin (1 March 2018). "How to enable landscape home screen on Samsung Galaxy S9 & S9+". 9to5Google. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 October 2020. Dicapai pada 22 October 2020.
  25. "I'll take my home screen in portrait, please!". phonedog.com (dalam bahasa Inggeris). 8 June 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 September 2020. Dicapai pada 22 October 2020.
  26. "It's 2012, Why Won't My Home Screen Rotate?". Pocketnow. 8 June 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 November 2016. Dicapai pada 22 October 2020.
  27. Rahman, Mishaal (March 16, 2018). "This is the Samsung Galaxy S9 running on AOSP Android Oreo thanks to Project Treble". XDA Developers. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 August 2020. Dicapai pada November 21, 2020.
  28. Bohn, Dieter (29 January 2019). "Samsung begins US rollout of Android 9 Pie and One UI, but slowly". The Verge. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 February 2019. Dicapai pada 20 February 2019.
  29. Bohn, Dieter (19 February 2019). "Samsung's One UI is the best software it's ever put on a smartphone". The Verge. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 February 2019. Dicapai pada 20 February 2019.
  30. Tibken, Shara. "Samsung redesigns its smartphone user interface with One UI". CNET (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 22 February 2019. Dicapai pada 20 February 2019.
  31. "Samsung is rolling out stable Android 10 for the Galaxy S9 series". News. GSMArena. 28 January 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 July 2022. Dicapai pada 25 February 2022.
  32. "End of Software Support For S9 Series". Community. Samsung. 5 April 2022. Dicapai pada April 26, 2022.
  33. "Samsung Galaxy S9 and Note 9 can now run One UI 5 with Android 13, unofficially". MEGA. February 2, 2023. Dicapai pada March 17, 2023.
  34. "[ROM][OneUI 7.0][Galaxy S9/S9+/Note9 Intl/Kor][G960X/G965X/N960X] DuhanROM V4.3 [12/05/2026]". XDA.
  35. "Samsung: Ingenius – Not a stroke of genius – TechPP". techpp.com. 2018-07-31. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 April 2021. Dicapai pada 14 April 2021.
  36. McCann, John. "Hands on: Samsung Galaxy S9 review". techradar. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 February 2018. Dicapai pada 26 February 2018.
  37. "Samsung Galaxy S9+" Diarkibkan 14 Mac 2018 di Wayback Machine, TechCrunch, Brian Heater, 8 March 2018
  38. "Review: Samsung's new Galaxy S9 phones make excellence routine" Diarkibkan 25 Julai 2018 di Wayback Machine, Dan Rosenbaum, Computerworld, 12 March 2018
  39. "With the Galaxy S9, Samsung's Redemption Is Complete", Tim Bajarin, PC Magazine, 12 March 2018
  40. "If you're looking to buy the new Samsung phone, get the Galaxy S9+ instead of the Galaxy S9" Diarkibkan 10 Mac 2018 di Wayback Machine, CNBC, Todd Haselton, 8 March 2018
  41. "Samsung Galaxy S9+ review: the best big-screen smartphone by miles", The Guardian, Samuel Gibbs, 8 March 2018
  42. "Samsung's Galaxy S9 Plus earns best-ever DxOMark camera ratings". CNET (dalam bahasa Inggeris). 1 March 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 March 2018. Dicapai pada 28 March 2018.
  43. Salman, Ali (27 March 2018). "Huawei P20 Pro Features DxOMark Score Greater Than Any Other Smartphone To Date". Wccftech (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 March 2018. Dicapai pada 28 March 2018.
  44. "Samsung Galaxy S9 review: predictably great, predictably flawed". The Verge. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 April 2020. Dicapai pada 19 March 2018.
  45. "Samsung says the Galaxy S9 isn't selling very well". The Verge. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 July 2018. Dicapai pada 1 August 2018.
  46. "Just when you thought Galaxy S9 sales couldn't get any worse, they did". Boy Genius Report. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 October 2020. Dicapai pada 11 September 2019.
  47. "Galaxy S9 screen not responding? Here's how to let Samsung know". CNET. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 April 2018. Dicapai pada 3 April 2018.
  48. "Samsung Galaxy S9 and S9 Plus touchscreen issue causing havoc on some handsets". Android Authority (dalam bahasa Inggeris). 22 March 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 April 2019. Dicapai pada 23 March 2018.
  49. "Samsung is 'looking into' Galaxy S9 touchscreen issues". Engadget (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 18 March 2019. Dicapai pada 23 March 2018.
  50. Elder, Duncan (12 April 2018). "Some Galaxy S9 Plus users are reporting "black crush" screen issues". Android Authority. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 June 2018. Dicapai pada 14 June 2018.
  51. Michaels, Philip (13 April 2018). "Galaxy S9 Screen Complaints Grow (Update: Samsung Responds)". Tom's Guide. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 June 2018. Dicapai pada 14 June 2018.
  52. Bader, Daniel (3 April 2018). "Samsung Galaxy S9 battery problems, explained: Exynos vs. Snapdragon". Androidcentral. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 June 2018. Dicapai pada 8 June 2018.
  53. "Battery Life Of Exynos Galaxy S9 Models Improved With New Patch | Android News". AndroidHeadlines.com | (dalam bahasa Inggeris). 15 August 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 May 2019. Dicapai pada 22 October 2018.
  54. "Galaxy s9+ smartphone review". notebookcheck. 29 March 2018. Dicapai pada 29 January 2019.
  55. "Improving the Exynos 9810". Anandtech. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 April 2018. Dicapai pada 29 January 2019.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Didahului oleh
Samsung Galaxy S8
Samsung Galaxy S9
2018
Diikuti oleh:
Samsung Galaxy S10