Friday, July 31, 2009

Tazkira Jumaat - Solat bezakan muslim, kafir
Courtesy of http://syukran.wordpress.com




KATA Saidina Umar, sesiapa memelihara solat dan tetap mengerjakannya bererti dia memelihara agamanya dan sesiapa yang mensia-siakannya ia mensia-siakan kewajipan agama yang lain.

Solat adalah tiang agama dan semulia-mulia rukun Islam yang lima selepas dua kalimah syahadah. Tanpa solat runtuh agama seseorang itu.

Jika diibaratkan dengan jasad manusia, kedudukannya ialah kepala. Orang yang tidak berkepala tidak akan hidup, demikian juga tidak akan hidup agama bagi orang yang tidak mengerjakan solat.

Dalam kitab at-Tanwir, Sidi Ahmad bin Ata’illah berkata: Solat amatlah besar kemuliaannya dan keadaannya di sisi Allah amatlah berat. Kerana itu Allah berfirman, maksudnya: “Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar.”

Rasulullah s.a.w ketika ditanya mengenai amalan paling mulia, katanya: “(Semulia-mulia amal) ialah solat yang dikerjakan pada waktunya.”

Baginda juga bersabda maksudnya: “Orang yang mengerjakan solat adalah ia bermunajat (mengadap dan merayu) kepada Tuhannya.”

Perintah terhadap solat dan gesaan supaya memeliharanya banyak dijelaskan dalam al-Quran. Sudah pasti dengan perintah itu, tiada sesiapa dapat menyangkal kewajipan mengerjakannya, walau dalam keadaan apa sekalipun.

Antaranya terkandung dalam surah al-Baqarah, maksudnya: “Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala solat fardu, khasnya solat Wusta (solat Asar) dan berdirilah kerana Allah (dalam solat kamu) dengan taat dan khusyuk.” (al-Baqarah:238)

Solat lima waktu mesti dikerjakan setiap Muslim yang cukup syaratnya, baik lelaki mahupun perempuan, tua dan muda.

Tidak mampu berdiri kerana uzur, dikerjakan dalam keadaan duduk dan jika tidak mampu lagi, dalam keadaan baring, malah jika masih tidak mampu dengan isyarat.

Penegasan ini menunjukkan solat adalah perkara yang besar, tidak boleh diringankan, jauh sekali meninggalkannya.

Malah, solat juga adalah syiar yang membezakan antara Muslim dan bukan Muslim. Syiar Islam dengan sendirinya terpancar apabila umat Islam mengerjakan solat, lebih-lebih lagi dengan solat berjemaah di masjid.

Kita harus berwaspada dengan sabda Nabi s.a.w bermaksud: “Jaminan berbaik-baik di antara kita dengan mereka yang mendakwa dirinya orang Islam ialah mengerjakan solat. Oleh itu sesiapa yang tidak solat, sesungguhnya termasuklah dia dalam hukum orang kafir.”

Al-Quran turut memberikan amaran terhadap mereka yang meninggalkan solat, seperti dalam surah Maryam, maksudnya: “Kemudian mereka (yang taat) digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan solat serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat), maka mereka akan menghadapi azab di dalam neraka. Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh.” (Maryam: 59-60)

Ibn Abbas berkata, seperti yang disebutkan as-Syams az-Zahabi dalam kitabnya al-Kabair: “Mencuaikan solat yang tersebut dalam ayat ini bukan maknanya mereka meninggalkan solat sama sekali, tetapi maksudnya, mereka mentakhirkan (melengahkan) solat sehingga keluar waktunya.”

Perkara itu dijelaskan Said bin Musayib, dengan menyatakan: “Orang itu tidak solat Zuhur melainkan selepas masuk waktu Asar (dan seterusnya mengenai waktu lain).

Justeru, sesiapa yang mati dalam keadaan yang demikian dan dia tidak bertaubat, balasan ditetapkan baginya azab seksa di neraka.

“Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahnya). Dan (ingatlah) sesiapa yang melakukan demikian, mereka itulah orang yang rugi.” (al-Munafiqun:9)

Menurut sesetengah ahli tafsir, mengingati Allah (zikir kepada Allah) di sini ialah solat lima waktu. Sesiapa yang cuai kerana harta benda, anak pinak dan segala urusan hidupnya, jadilah dia orang yang rugi.

Menjadi tanggungjawab bagi Muslim juga mengambil berat terhadap ahli keluarganya, mengajar dan menyuruh mereka mengerjakan solat, malah menasihati mereka supaya sentiasa memelihara solat fardu yang lima.

“Dan perintahkanlah keluargamu mengerjakan solat dan hendaklah engkau tekun sabar menunaikannya….” (Taha:132)

Nabi sendiri sentiasa mengambil berat dan mengawasi keluarganya khusus berkaitan solat. Baginda dan keluarga apabila menghadapi kesukaran, lazimnya mengerjakan solat sebanyak-banyaknya.

Cara seperti ini juga sebenarnya menjadi amalan nabi sebelum Baginda dan ia sewajarnya menjadi sunnah ikutan kita kerana banyak kelebihannya, malah menjadi sebab yang membawa rahmat, murah rezeki dan menolak bala bencana.


Wednesday, July 29, 2009

Weekend Happenings - balik rumah bakal mentua Day 1



Last week lepas keja.seawal pagi aku dengan tunang aku shoot balik ke rumah family tunangku di Beserah Kuantan. Balik dengan Kenari Turbo dia haha kali ni Tunang aku drive .. aku pulak bantai tido coz smalam keja sampai pagi so tak dapat nak describe trip macam mana... macam mana aku nak describe.. aku memang koma.. aku terlelap ja confirm tunang aku merempit macam F1 celik ja dia bantai speeding 140-150 patut aku rasa macam nak terbang jaa kenari tu.. nama pulak Kenari.. aku trus sound sambil mata duk pejam.. "Haippppp laju bawak.. nak bagi abis meter kaa" sengih pulak dia.. "oittt tido pun leh bercakap lagi.." , " aku ngigau daaaaa" .

Plan balik minggu coz nak settlekan urusan wedding aku dgn tunang aku pilih Baju kahwin, catering apa semua.Majlis pun tak lama dah. Lama sebenarnya aku tak balik jumpa future inlaw.. last aku rasa bulan puasa tahun lepas kot. Sampai dalam kul 2 lebih kat Beserah.. trus balik ke rumah dia dulu since bakal mak mentua aku pun nak join pi butik pengantin tu. Sampai rumah.. anak-anak kak ngah si aleeya dengan ateerah pulak ada.. aku sampai depan muka pintu trus terus tersengih2 dua2 budak tu duk blakang mak dia arghhhh memang kena serang dengan dua2 budak tu..si Aleeya tu trus stunt atas aku.. adoii anak buah brutal2.. cepat si Ateerah tu dah membesar dah boleh cakap dah dulu duk dukung dia ja.. skang dah boleh jalan cakap pun dah boleh skit2.. paham tu apa orang
cakap..



Lepas makan aku tunang aku dgn mak dia shoot ke butik pengantin di bandar kuantan. Mom inlaw n tunangku banyak uruskan part2 wedding catering...then check pulak baju pengantin aku.. skali pakai macam tak muat.. tengok size yang ada itu jer.. macam kecik skit.. agak2 laa aku nak turun badan mendadak haha.. so confirm kena tempah baru... So mom inlaw tolong carikan kain material yang sama macam kat butik tu kat luar banyak kedai kain jugak la pusing2 area bandar.. tengok mom inlaw aku tu tau jer kedai2 kain kat situ.. kategori expert dah ni.. tokey2 kedai kain semua kenal dia haha.. kagum jugak aku part tu.. sampai ke kedai kain.. trus tokey sound.. " lama tarak nampak.. " . At last kedai yang ke lima baru jumpa kain yang sama kaler and material.. beli semeter free lagi semeter harga semeter 7.90 kot.. jangan tanya aku pasal kain meter apa semua ni aku gagal.. mom inlaw aku yang settlekan part tu.. aku jadi drebar jaa bawak pi sana sini :).


mentua dgn tunang duk pilih kain



Then shoot balik ke Beserah coz nak tempah baju aku.. mom inlaw aku ada tailor sendiri dekat dgn "Pata" Beserah ( Orang sana panggil Pantai "Pata") :). ..memang area tu ol skool gila kedai2 lama sebijik macam kampung aku kat Parit Buntar kedai2 dekat dgn Pekan lama macam kedai Tay Kuang tepi sungai tu.. tempat aku slalu beli hardware2 alat mancing segala mak nenek tools.


Deretan Kedai2 lama berdekatan Pantai Beserah


Uncle mengambil ukuran


Fames uncle ni.. masuk blog :)

Tapi memang best laa area tu depan skit lagi dah tepi pantai dah.. deretan kedai tu.. memang lama.. aku rasa berpuluh2 tahun tengok2 poster2 dekat kedai uncle tu dah sampai takde kaler dah.. memang serius retro beb.. satu lagi uncle tu berbangsa cina tapi boleh jahit baju melayu.. even mom inlaw aku dah bertahun2 buat baju dengan dia even satu family semua jahit kat situ.. kira consider macam personal tailor dah..


Kedai Tailor tu. Memang old skool

Lepas dah settle, shoot pulak ke Seri Malaysia saja nak survey harga dengan tempat untuk belah family aku nak stay waktu kahwin nanti. Hmm looks like kawasan dia jauh few kilos from Annexe rest house. Annexe pun skang dah naik harga dulu time duduk waktu bertunang dalam RM70 skang dah naik 100 lebih.. perghh.. dah sama pulak rate dia dgn Hotel. So dari price Seri Malaysia, ranging from 140- 200++ . Kalau goverment staff less dalam 20-30 ringgit.


Hotel Seri Malaysia Kuantan

Banyak agenda kali ni balik memenatkan jugak.. then petang skit aku shoot pulak ke pasar dekat pantai beserah beli ikan skit untuk mentua .. pasar sini sampai ke petang.. tapi part yang paling best kat sini.. ikan2 kat sini semua fresh2 baru keluar dari laut.. terus atas meja pasar haha.. unik bukan ?.. serius bagi aku macam unik.. bayangkan ikan tu baru saja melepak2 dalam laut pastu kena tangkap.. pastu dah ada atas meja pasar.. pastu aku beli.. pastu aku goreng.. fuhhh bayangkan betapa fresshh.. rasa pun lain beb


Pasar di Pantai Beserah


Ikan-ikan fresh baru turun dari laut

Since aku dah berada kat kawasan situ.. memang aku tak lepaskan peluang membeli satar ikan.lokasi Gerai tu betul2 mengadap pasar tu.. Serius layan satar ikan ni. First time aku datang beserah bakal pak mentua aku beli satar ikan ni.. trus aku ketagih.. balik beserah kalau tak kena x sah..beb. Satar ni acctually makanan ringan yang diperbuat dari pada ikan basically dari campuran ikan tumbuk mix with kelapa halia dan lada then dibalut pulak dengan daun pisang berbentuk piramid lepas tu dicucuk seperti sate dan di panggang di atas api.


Satar yang masih lagi dipanggang


memang kecur air liur..


Banyak perusahaan kopok lekor di kawasan tu

So end day 1.. balik memang tido awal lepas isyak terbongkang tak sedar mana.

Tuesday, July 28, 2009


Sabotaj



kojaqq!!!! Ni laa keje hantu2 security pepagi buta memang takdak keja.. cari keja... Aku ada keje skit belah malam...Cilakak betul bebudak mainframe dgn windows ni aku lelap kejap nak tunggu script migration habis depa sempat sabotaj aku.. takpa ada lori ada bas.. bobby.. reza.. tunggu laa turn korang.. bukan hangpa tak tidoq lek lek.. demitt.. jambu pulak aku time tido..




.

Monday, July 27, 2009

Ride To Work - Daily Stats 27 /07/09



Route : Equinne - Pekan Serdang - Serdang Raya - Bukit Jalil TPM
Distance : 11:73
Avg Speed : 23.0 km/h
Max Speed: 50.6 km/h
Time: 00.30.35
Tire setting :
Slick tires - Front- CST Traveller semislick Rear-Kenda K-154 26x1.5
Number of doggies : Nil

Riding Mood : leisure ride with zikrullah

Traffic kinda busy today. Lotsa car... had an easy ride, no sprint no rempit no skitching plenty of time to ride since i went out early. Inspired by one of my buddy who also ride to work daily AkmalBikePark , I'm doing Zikrullah while riding to the office today.. hey bro if you reading thisl.. you already got pahala for doing this man.. :). Its good acctually can you imagine.. ur gaining pahala while riding your bike to the office :). Ramadan is coming, i think it is really great to train yourself by filling and occupying your time with zikrullah while riding a bike :).

Oh yaa today is my fiance's birthday.. happy birthday darlin.. love you for ever and ever babe.Moga di panjangkan Umur di murahkan rezeki dan senantiasa di bawah lindungan Allah Taala.

How can she SLAP!! me!!!



Persoalannya di sini.. siapakah yang bersalah di dalam video di atas

A : Pengacara/Host
B: Peserta Rancangan
C: Bouncer yang membelasah Perserta di atas
D: Kesemua di atas

Terbayang aku kalau kat Malaysia - Roda Impian.. lepas sepak orang ramai2 sumbat dia atas meja roda impian tu.. putar jgn tak putar

Friday, July 24, 2009

Movie Trivia - Teracotta


Di suatu malam di lokasi Restoran Ajimal di dalam kawasan jajahan Sri Petaling

Aku menghirup teh tarik yang masih lagi suam kuku secara berhati2 sambil mata bulat memerhatikan layar putih projektor yang menayangkan satu movie yang aku masih kurang pasti.

Reza dan bobby khusyuk bersembang bersama Mike.. aku hanya mendengar..

Mike : uishhhh ini cerita The mummy baru punya.. Jet li ada berlakon

Reza : Yeahh ini The Mummy The Tomb of a Dragon emporer ( kata2 seorang penonton wayang tegar)

Aku : Best ker movie ni..? aku tak tengok pun lagi

Reza: Boleh laa..

Mike : Ini movie best apa.. ada Jetli lagi.. Kung Fu dia fuhhh!!

Aku : Tapi aku rasa macam tak kena jaa The mummy movie patut kat egypt sana.. ni macam cacat tetiba masuk asian pulak.

Mike : Hmm.. aku suka dia punya animation.. apa itu orang panggil.. itu yang ala.. itu orang china yang batu punya ... TARA... TARAKOTE!!!!?



Aku/Reza/Bobby : HAAAAAAAHHHHH!!!!!! (bersembur teh aku.....)



Aku : WOittttt Mike!!... bukan TARAKOTE... TERACOTTA laaa KAH KAH KAH.. TARAKOTE tu sudah jadi lain

Mike : Oh yaakaa.. patut bunyi lain....kih kih

Reza/Bobby : BWAHAAHAHAHAHAHA... lucah laa lu Mike.. BWAHAHAHAH

Tazkirah Jumaat
- 20 Amalan Murah rezeki


Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah .a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:

"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:

"... dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-ra'd: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:

"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya." (Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:

"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.." (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:

"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya..." (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:

"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."

10.. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:

"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:

"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.." (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas .a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:

"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: "... dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 145)

17.. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim." Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan.. Wallahu a'lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19.. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:

"Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya)." (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:

"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab ..a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri "jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." (At-Talaq: 2-3)


.

Thursday, July 23, 2009


Ride To Work : Dugaan





Raining + Pancit (replacing the tube) + Kopratasa - "Masihkah kau ingat" on the radio. "Lalu hujan turun kita basah bersama" = Just nice... the story of my life.... sigh

Monday, July 20, 2009

Siemens Run 2009 - D-day



Ahad lepas aku berpeluang untuk participate dalam Siemens Run 2009. Aku bertolak seawal pagi selepas subuh since aku tak ambil lagi Race kit T-shirt dgn nombor. Aku check dalam web semalam last day untuk collect nombor adalah sabtu. Dangg.. macam mana aku boleh terlupa.. so awal pagi aku dgn Personal Trainer aku merangkap tunang aku shoot ke Dataran merdeka. So far alhamdulillah jalan tak sesak.. gila apa nak sesak pepagi Ahad ni.


Aku sampai dalam pukul 7 macam tu race start 7.30 pagi..aku tengok ramai dah duk dalam padang masing2 sibuk buat streching warmup apa semua.Aku dah berdebar sakan waktu tu.. ntah pasaipa.. maybe ni first time aku masuk run macam ni.. seriously.. ni first time aku participate haha.

Aku mencari parking area tu.. tengok masing2 bantai parking area dataran.. so aku pun parking situ... aku pun bergegas cari pondok untuk ambil Race kit T-shirt dgn nombor dari satu booth ke satu booth.. tak nampak pun sapa2 amik. Aku tengok kat starting grid ada orang jaga pulak. Kena tunjuk nombor dengan bagi satu resit tu. Hmm.. aku dah nampak dah.. takde can laa nak join pagi ni. Then aku bertanya dekat Siemens punya kaunter. At last brader tu cakap boleh collect the pondok Official.



Aku ke sana.. sampai ke kaunter aku pass receipt payment yang aku buat ke Hooha. "Saya nak ambil race kit" . Aku bagitau dia. "Ohh ikutkan dah tutup collection ni you sepatutnya ambil semalam you aware kan date untuk collection" Dengan muka kereknya.. mamat tu sound aku. " Soo macam mana skang..? saya dah bayar... either way saya kena amik jugak.. " Aku bertanya kembali . Last2 dia bagi jugak.. since aku ada dalam senarai depan dia.. gila belagak.. bukan ada apa2 pun kalau bagi .. since benda dah ada..


Timing my run

Aku ke tengah padang semula... mem aku tolong pakaikan nombor.. ikutkan dia nak join lari dengan aku. Tapi aku tengok sapa2 nak lari nak masuk ke starting grid tu semua dia check dari nombor dan resit kena pass kat yang bertugas so nampak gaya takde can nak join. So tunang aku melepak saja laa kat Dataran. So aku masuk ke tempat semua para2 athlete berkumpul di starting grid.




Time ni aku dah berdebar sakan.. tak dapat nak bayangkan macam mana rasa.. mindset aku time tu cuma fikir.. Confirm!!!! aku kena tinggal jauh... aku cuma harap jangan sampai kena angkut naik moto polis balik udah laa haha.Dalam pada tu.. aku duk perati jaa sekor2 semua fit2.. slim2.. mata aku time tu mencari ja. mana spesis bulat macam aku ni.. hahah.. isk.. sekor pun takde.. lagi aku gelabah.. maybe semua duk pulun amik position depan kot.. aku menyedapkan hati aku haha. Hmm.. takpe laa yang penting semput macam mana pun.. yang penting race ni aku dapat completekan..training dah training swiming cycling.. jog.. 10KM beb.. dah consider half marathon ni.


Everyone wearing this.. some running for health some running for charity.. but for me.. im running for my wedding hahaha



Bangg... acara bermula.. part ni yang best.. 1st time dalam sejarah hidup aku berlari beramai2.. trasa macam dalam filem 300 Spartan tengah berperang haha.. aku tak pecut.. aku follow pace aku sorang demi sorang aku potong.. dalam hati aku.. whoa not bad ni.. hahaha.. so far 4 kilo pertama.. aku masih menten.. non stop.. masuk ke kilometer yang ke 5 aku dah macam pancit.. peluh jangan cakap aku rasa lau perah boleh dapat 1 botol mineral penuh dah.Kaki mula rasa cram.. tapak kaki dah rasa pedih sgt.. maybe dah melecet bergeser dgn tapak kasut.. aku push jugak diri aku.. its all in ur mind.. aku menten slow pace.. janji run.. daripada slow walk.. then bila di depan aku jumpa sorang brader ni badan bulat macam aku.. fuhh.. menten jaa.. trus aku follow pace dia.. confident level aku trus naik balik boleh tahan mamat tu.. non stop jugak.

2 Kilo terakhir aku melalui depan jalan tar time ni memang dah penat gila.. dah rasa macam nak berjalan.. shitt.. rasa memang kena workout more next time.. dari jauh aku terdengar macam2 bunyi2 terdengar bunyi gendang2 bunyi lagu.. then bila dah dekat.. baru aku perasan.. kiri kanan bahu jalan.. siap ada orang performance orang main gendang, main tabla.. bagi semangat.. fuh.. time ni memang rasa semangat gila.. happening jer rasa.. hilang rasa penat.. terasa nak speed up pace lagi.. macam2 performance ada time tu..


1st skali aku jumpa yang ni - courtesy of opstupe blog


Then yang ni lagi bertambah semangat lagi aku bedal lari.. speedup pace aku



Skali turn machaa2 ni main pulak.. perghhh lagi aku pecut.. tak hingat



Part ni macam menarik.. tapi aku tak suka.. bayangkan tengah lari2 pecut skali geng2 ni main pistol air tembak geng2 yang duk lari.. abis masuk lubang hidung aku.. lagi cepat aku merempit.. melepasi geng2 ni... skali part last.. aku perasan semua orang makin slow.. aku tak pasti pasal apa..






Sampai part Cheer leader dengan automatic aku jadi slow motion..



Finishing ...Muka macam TAIK!!!



Pancittt!! @#$%^&*


Dapat laa jugak sijil and goodiebag



At last aku sampai.. complete dgn masa 1 jam 20 min not bad.. still ramai lagi kat blakang haha.Tapi damn penat gila.. ada yang sampai muntah2 pun ada time tu. So far the best experience. Gila.. memang aku kena training lagi lari macam taik!!

Friday, July 17, 2009


Tazkirah Jumaat - Amalan - amalan di Hari Jumaat




Sabda Nabi SAW: “Hari terbaik yang memancarkan sinar mataharinya ialah hari Jumaat. Padanya diciptakan Adam AS, padanya dimasukkan dia ke dalam syurga dan padanya dikeluarkan dia darinya. Dan tidak akan berlaku hari Kiamat kecuali pada hari Jumaat.” (Sahih Muslim: 854 )

Sunnah-sunnah di hari Jumaat

1)-Mandi dan berwangi-wangian (lelaki sahaja). Rasulullah SAW berkata: “Mandi pada hari Jumaat itu wajib bagi setiap orang yang sudah baligh. Hendaklah dia menggosok gigi dan memakai wangian jika mempunyainya.” (Shahih, al-Bukhari:880, Muslim:846)

2)-Membanyakkan selawat kepada Rasulullah SAW. Kata Nabi SAW: “Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat keatas ku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.” (Shahih, Abu Dawud:1047, disahihkan oleh al-Arnaouth)

3)-Membanyakkan berdoa terutama diakhir waktu asar. “Pada hari Jumaat terdapat dua belas jam, pada waktu itu tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Dia akan mengabulkannya. Oleh itu, carilah ia diakhir waktu setelas asar.” (Shahih, Abu Dawud: 1048, di sahihkan oleh al-Hakim, adz-Dzahabi, an-Nawawi dan al-Albani)

4)-Membaca surah al-Kahfi. Rasulullah SAW berkata: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (Shahih, al-Hakim:3392, disahihkan oleh al-Albani)

5)-Berjalan kaki dan bersegera ke masjid. Kata Nabi SAW: “Sesiapa yang memandikan atau mandi pada hari Jumaat, kemudian bersegera dengan berjalan kaki, tidak menaiki kenderaan, dan mendatangi imam lalu mendengar (khutbah) dan tidak bermain-main, maka adalah baginya setiap langkah (bersamaan) amalan puasa dan solat selama setahun.” (Shahih:Sunan Abi Daud: 345, al-Albani mensahihkannya)

Kesilapan-Kesilapan di hari Jumaat.

1)-Datang lewat ke masjid. Kata Rasulullah SAW: “Pada hari Jumaat para malaikat duduk di pintu-pintu masjid, bersama mereka lembaran-lembaran catatan. Mereka mencatat (orang-orang yang datang shalat), apabila imam telah keluar (untuk memberi khutbah), maka lembaran-lembaran itu ditutup.” (Hasan, Ahmad:21756, dinilai Hasan oleh al-Albani)

2)-Membaca al-Quran atau memasang rakaman bacaan al-Quran dengan kuat. Kata Nabi SAW: “Ketahuilah sesungguhnya kalian semua bermunajat kepada Tuhan. Oleh itu, janganlah sebahagian kalian mengganggu sebahagian yang lainnya, dan janganlah sebahagian mengangkat suara atas yang lainnya dalam membaca al-Quran”, atau baginda berkata “di dalam solat.” (Shahih, Abu Dawud:1332, disahihkah oleh Ibn Abdil Barr dan al-Albani)

3)-Tidak memenuhkan saf hadapan. Kata Nabi SAW: “Jika kalian atau mereka mengetahui apa yang terdapat dihadapan saf paling hadapan, nescaya akan dilakukan undian. [bagi mendapatkan saf hadapan]” (Shahih, Muslim:439)

4)-Bermain tasbih, bersiwak dan lain-lain ketika mendengar khutbah. “Barangsiapa memegang batu kerikil [ketika khutbah], maka dia telah berbuat hal yang sia-sia.” (Shahih, Muslim:857)

5)-Tidak melakukan solat tahiyatul masjid apabila tiba ketika imam berkhutbah. Kata Nabi SAW: “ Jika salah seorang daripada kalian tiba (di masjid) pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka solatlah dua rakaat dan ringkaskanlah solat tersebut.” (Shahih, Muslim:875)

6)-Masih melakukan urusan keduniaan apabila azan telah berkumandang. Firman Allah: “Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); Yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui ” (Surah al-Jumuah:9)

7)-Bercakap ketika khutbah. Rasulullah SAW berkata: “Jika engkau berkata kepada teman engkau “Diam” pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka engkau telah membuat sesuatu yang sia-sia.” (Shahih,al-Bukhari:934, Muslim:851)

8)- Bersandar ke dinding dan tidak menghadap khatib. Kata Ibn Mas’ud r.a: “Jika Rasulullah SAW sudah berdiri tegak di atas mimbar, maka kami menghadapkan wajah kami ke arah beliau.” (Hasan, at-Tirmizi:509, dishahihkan oleh al-Albani)

Thursday, July 16, 2009


Entry yang bakal meruntun jiwa bagi ....








Aku bukanlah seorang penyokong yang tegar.. apa pun.. aku confirm pakai Jersi Malaysia.. hahah.. anyone wanna go ? :). Buat sapa2 tak dapat pi... gigit bucu bantal laa puak2 ni :). Buat pemain Malaysia.. mintak tolong laa sapa2 tolong taji bebudak2 ManU ni.

Friday, July 10, 2009

Tazkirah Jumaat : Kekuatan Bersedekah


courtesy of Fitrahpower.com

Diceritakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad, seperti berikut :

Tatkala Allah Ta’ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumipun terdiam.

Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya “Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung ?”

Allah menjawab, ” Ada , iaitu besi” (kita mafhum bahawa gunung batupun boleh menjadi rata ketika dikorek/bore dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang dibuat dari besi),

Para malaikat bertanya lagi “Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi?”

Allah yang Maha Suci menjawab, ” Ada , iaitu api” (besi walau sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api),

Para malaikat kembali bertanya “Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api?”

Allah yang Maha Agung menjawab, ” Ada , iaitu air” (api membara sedahsyat apapun niscaya akan padam jika disiram air),

Para malaikatpun bertanya kembali “Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air?”

Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, ” Ada , iaitu angin”
(air di samudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat),

Akhirnya para malaikatpun bertanya lagi “Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua?”

Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, ” Ada , iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya “.

Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih , tulus dan ikhlas tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain .

Berkaitan dengan ikhlas ini, RasulAllah SAW mengingatkan dalam pidatonya ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah : “Wahai segenap manusia ! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat, dan seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya” .

Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat yang ikhlas hanya kerana Allah semata, tanpa berasa ingin dipuji, dianggap dermawan, dihormati, dll yang dapat menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia.


Ganjaran bersedekah

Rasullah S.A.W menganjurkan kepada kita umatnya untuk memperbanyak sedekah, hal itu dimaksudkan agar rezeki yang Allah berikan kepada kita menjadi bertambah berkah.

Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang bersedekah, ganjaran yang berlipatganda (700 kali) dan sebagai ganti, sebagaimana firman-Nya dan sabda RasuluAllah SAW, sbb :

Allah Ta’ala berfirman, ” Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah” .
{Qs. Al Lail (92) : 5-8}

Allah Ta’ala berfirman, “Perumpamaan ( nafkah yang dikeluarkan oleh ) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” .
{Qs. Al Baqarah (2) : 261}

RasulAllah SAW bersabda, “Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia dibumi. Yang satu menyeru, “Ya Tuhan, karuniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah”. Yang satu lagi menyeru ” musnahkanlah orang yang menahan hartanya”


Pembakar semangat lagiii..





Quote from Lia's website

" Ha..sekali lagi ada tukang bakar semangat aku ni…Rezdrake laaa sapa lagi…hang memang la kan..

Aku dah register utk Race for Life 19th July 2009 pukul 11pagi. Insya Allah kalau takda aral aku join la…heheh hari sama lak tu…hahah…it’s a 5k walk, jog or run.

Race for life ni anjuran Cancer Research UK basically untuk raise fund utk pesakit cancer. At the same time I can have new experience and exercise! You can read more from this website:

Race for Life "


Haha.. sungguh ku tak sangka cempedak jadi nangka.. disebabkan blog aku .. secara tak langsung aku selamba lagi membakaq semangat Blogger Cik Lia from "Keindahanalam's weblog" untuk turut serta masuk run jugak. Tapi dia masuk Run dekat UK beb jauh gila aku membakaq semangat hang lia..haha.. apapun lia.. its good to know that at least blog aku ni membawa juga manfaat bagi semangat pada org lain yang membaca.. ye tak :).

Masuk lia.. jgn tak masuk.. support you all da way my pren.. jangan lupa mask pakai jugak.

isk kalau laa aku ada sana.. memang aku masuk dah run tu.. best run kat sana.. Sambil Run sambil cuci mata.. kenyang mata kih kih kih


Thursday, July 09, 2009

Skitch of the Day : Motorcycle with carrier





Skitch this on the way to work. Saw this motorcycle climbing the hill.. took the chance to grab onto the panel of the carrier.. then he saw me grabbing the panel and shocked. I smile back and say.. " Tumpang sat abg panjat bukit". " oit bahaya jatuh karang.. ko nak mati ker.. " he responded back. " kejap jer bang.. " Then he slightly lower his speed .. giving the R U KIDDING face.. i said.. " takpe bang.. menten speed.. nak merempit dgn motor abg ni.. haha" once on the top of the hill.. release back and said. to him.. " Terima kasih bang... bagi tumpang best woo merempit dgn abg .. and he laughed and said.. " haha beskal pun nak merempit dgn aku.. " :)


Read my other skitches :

Skitching is timeless

Skitch Of The Day : The KATO Crane
Skitch Of The Day : The Yellow Truck
Skitch Of The Day : The Rapid KL bus
Skitch Of The Day : The Gas Lorry A.K.A Lori Tong gas Ah seng
Skitch of the Day : The Long heavy Truck

Wednesday, July 08, 2009

Siemens Run 2009




Date : Sunday 19th July 2009
Venue : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

yeah.. insyallah aku akan masuk event ni. kenapa aku masuk event ni..? 1 because of the slogan " What are you running for? "

Im Running to keep myself fit all the time
Im Running for releasing all my stress serabut mabut.. semak dalam pala hotak
Im Running for able to stop smoking

Besides that maybe aku rasa aku dah fit skit rasa confident nak masuk event2 macam ni. Asyik kayuh jer.. skali skala mau jugak try masuk event macam ni. its a 10KM run. So aku rasa aku mampu.. lau tak larat.. jalan jaa apa susah..janji aku complete :). So far lebih dari 2 ribu rasanya orang dah register. Registration dah tutup gila betul kaw kaw punya sambutan even aku tak sempat nak register untuk adik aku and tunang aku untuk run sama2. Baru sempat submit satu online application.. tup tup trus dah close registration. Hmm event on 19 July.. masa untuk training.. jog time petang2 after work yeargh. Harap2 aku dapat settle race ni.. satu kepuasan bagi aku kalau dapat complete the race insyallah

Look foward to join others running event insyallah.

For my info on Siemens run 2009

Monday, July 06, 2009

Rumah Puncak Jalil - Kerja2 wiring



Minggu lepas aku ke rumah Puncak Jalil lagi nak gi buat wiring pasang lampu belakang rumah untuk waktu malam dan juga untuk repair washing machine tunang aku.Sekarang ni pun banyak dah kes pecah rumah.. even baru2 ni rumah tok aku di kampung pun dah kena pecah masuk. Tapi syukur Alhamdulillah waktu benda tu terjadi. Tok aku semua ada di KL. Barang2 letrik hilang tapi aku confirm memang geng2 indon area tu. So disebabkan itu... aku rasa better aku buat satu lampu kat area blakang rumah tu bagi cerah at least someone nak buat something kat blakang rumah tu orang perasan laa jugak. Kalau benda nak jadi jadi jugak.. tapi sekurang kurangnya aku amik inisiatif usaha.. cuba untuk prevent.

As for washing machine tu.. problem tak boleh spin. Aku check balik dekat motor tu. Nampak something dekat motor tu macam disconnected. So aku pasang balik Alhamdulillah dah jalan.. fuhh save duit.. kalau repair luar mau 100, 200 melayang.. lepas tu suruh angkat baru jaa haha



Barang2 yang diperlukan



Socket lampu cost around RM2.00


Bulb philips 100watt .. its better to find lower watt 20w or 30w lebih jimat letrik


Plug cost around RM3-4


Bukak plug. Sebelum nak memasang wire refer diagram di plug tersebut. identify mana earth wire mana live wire mana Neutral wire





Memasang wire ke kepala plug

Buat wire baru untuk socket lampu




Let there be light.. pooofff


Dah siap pasang


Disclaimer !!!! :- Aku tidak akan bertanggung jawab jika sekiranya sesiapa terenjat sehingga terkentut2 dalam pembikinan lampu ini akibat mengikut guide aku yang sengal ini. Sila rujuk kepada tukang letrik atau repair man sebelum melakukan aksi2 diluar tabii. Aku dah pesan..