Friday, January 29, 2010

Aku, Pakcik JPJ dan Penangan Ride to work




Aku masih lagi belum mulakan sessi Ride To work untuk sessi 2010. Badan pun makin bulat. Perut makin memboyot.Seluar pun dah makin sendat tali pinggang yang dah ditebuk disebabkan habis lubang..kini turun kembali ke lobang2 yang sebelum ni .. semuanya.. hasil dari ternakan Isteri ku yang memasak setiap hari yang membuatkan aku kelebihan selera lebih lagi dari zaman bujangku. Aku tidak menyalahkan Isteri ku.. kerana itu adalah tugas dan tanggungjawabnya menyediakan makan minum aku. Tahniah diucapkan pada aku yang gagal mengawal nafsu serakah yang kuat mengketedarah.(Sambil menepuk2 perut yang boroi ini)

Apa boleh buat.. hati dah senang dah kahwin. takde nak fikir apa dah.. kalau dulu waktu bujang makan pun boleh miss2.. skang dah berdua.. makan tak der miss miss lagi... pagi,tengahari petang malam semua complete makan.. jadual makan yang teratur.. Alhamdulillah bersyukur bila rezeki itu murah.. cukup makan pakai segalanya. Kalau tak sebelum kawin.. ikat perut.. Ride to work makan roti,pisang, nasi pun jarang.. sekarang hari2 melantak nasik.Perghh aku kena start balik demi untuk kesihatan aku. Bila badan tak fit.. otak pun tak fit lembab slow tak agressif tak fokus. A Strong mind starts with a fit body.

Minggu lepas Sepupu aku kahwin. Kali ni sebelah pihak lelaki. Aku book flight Air Asia untuk ayah dan mak aku supaya dorang tak perlu drive ke KL. Selepas maghrib aku dan wife menghantar mak ayah aku ke LCCT.Semuanya berjalan lancar..

Waktu balik ada sekatan JPJ. Lagak aku tenang waktu itu.. umpama tiada apa yang berlaku.. aku menunggu turn bergilir2 dengan berbagai spesis kereta di hadapan.. dapat jugak aku lihat beberapa kereta yang disuruh ke tepi bahu jalan. Sampai giliran aku.. aku mengangkat tangan pada pakcik JPJ tu dengan penuh tanda hormat sememangnya harus untuk aku memberi tanda hormat maklom laa kereta ku dah bikin dengan exzos perang complete dgn body kit seolah2 Vin diesel dalam filem Fast n Furious.

Sekali dia mengangkat tangan lalu menyuruh aku ke tepi.. ahhh sudah... aku masih lagi berlagak tenang.. apa yang perlu aku risau.. aku haram tak melakukan segala kesalahan lalu lintas.. masakan dia mahu kenakan aku.. tapi mungkin jugak dia mahu memeriksa exzos aku yang mampu menyumbat seorang kucing dewasa.

Pakcik JPJ berada di tingkap keretaku. Aku menurunkan tingkap..

Aku : Assalamulaikum tuk.. ada apa2 masalah...?

Pakcik JPJ : Bagi IC dengan lesen memandu kamu..

* Aku membelek dompetku mengeluarkan IC dan lesen memandu lalu memberinya dengan penuh rasa hormat

Dengan menggunakan lampu picit dia menyuluh ke lesen aku..

Aku menunggu dengan tenang.. dan masih tersenyum....


Pakcik JPJ : Lesen kamu dah mati ni...?

Aku : Hahhhhh!!!!! awat pulak mati..?

Pakcik JPJ : yaaa lesen kamu dah mati ni.. dari hujung tahun 2008 ni.

Aku : Ya Allah.. macam mana boleh lupa ni.. ( aku tertanya2)

Aku : Habis tu Tuk.. nak buat lagu mana ni.. saya betul2 lupa

Pakcik JPJ : ini bukan tahap lupa ni.. dari 2008 ni.. macam mana kamu renew Road Tax

Aku: Roadtax insurance saya tolong renewkan...

Pakcik JPJ : Kamu ikut saya..

Aku keluar ke kereta menuju ke Khemah JPJ yang tidak jauh dari kereta ku.. kelihatan 2 orang lagi pegawai yang sedang duduk di meja. Salah sorang pegawai perempuan JPJ yang debab itu sibuk memicit jerawat di depan meja.. aku duduk disitu.. menunggu pegawai JPJ itu menulis segala butiran aku.. memang confirm kena saman...

Aku : Tuk.. kalau boleh bagila can kaa peluang kaa kat saya ni.. baru jaa hantaq mak pak balik penang ni.. kalau tau saya tau saya bagi bini saya jaa bawak kereta.. saya betul2 tak ingat ni.

Pakcik JPJ : ada laa yg saya lepas sebelum2 ni tadi.. tapi kali ni dah nasib kamu saya terpaksa saman kamu

Aku tunduk saja buat muka salah seolah2 terkentut di khayalak ramai

Pakcik JPJ : Kamu ni.. kenapa tak renew lesen kamu.. kamu tahu tak.. kalau tahun depan kamu tak renew lesen ni.. lesen kamu dibatalkan terus.. kamu kena amik pergi belajar balik sekolah memandu.. kan leceh tu.. cuba bagi sebab kenapa kamu lama sangat tak renew lesen kamu tu.

Pengawai JPJ perempuan yang debab tu tersengih2 kat aku.

Dengan segala sifat tawaduk dan jujur serta ikhlas aku menjawab

Aku : Sebenarnya Tuk.. saya kayuh basikal pi kerja .. kereta saya jarang bawak pi kerja.. tu yang tak perasan lesen dah mati tuuu..

Semua pegawai yang berada di bawah khemah kecil itu memerhati aku atas dan bawah.. termasuk Pegawai Debab tuu..

Pakcik JPJ : Kamu kayuh basikal..? pergi keje ?..(dengan muka kehairanan)


Tatkala itu kendengaran gelak tawa dan kenyihannn di bawah khemah JPJ yang kecil itu.


Aku pasrah.. sedar diriku dah makin bulat..


Waktu aku menuju ke kereta bersama surat saman.. salah seorang Pegawai JPJ yang berada di tengah jalan menyapa..

" Hai bang.. sekali skala kena surat Cinta.. apa laa sangat.."


POKEMON!!






Thursday, January 28, 2010

International Mountain Bike Magazine Issue 3 - Free Download Now Available




IMB (International Mountainbike Magazine) just released their third issue. It’s an online-only
mag, so click here to check it out.



Bicycle and self defence

Just stumble this youtube vid. According to the description accompanying this video, a pair of thieves on a motor scooter snatched a purse from a woman in Wenzhou,China. The guy on the bike calmly dismounts and hurls the bike at the would be thieves, causing them to crash.

Bayangkan betapa keras frame besi tu mencium pipi peragut tu..

Sapa kata naik basikal tak boleh belasah peragut.. err yang pakai carbon frame.. fikir dulu sebelum buang.

Seriously i'm impressed







Wednesday, January 27, 2010

A Laptop Killer ?









Super slim


Perghhh.. thats all i can say.. for this sick dumb fuck gadget.. Apple has just released their new Apple Tablet called Ipad. The design so slick and thin. Imagine being able to page through websites, write an email,flick through photos, or watch a movie. All on a big fucking beautiful, multi-touch screen. With just the touch of a finger. I'm not quite sure on the price at the moment. A laptop killer maybe.. time will tell..but im sure this gonna be hype for this year.

For more read up
http://www.apple.com/ipad/features/

Watch the Ipad video
http://www.apple.com/ipad/features/#video





Friday, January 15, 2010

Rezdrake's Kitchen : Take Home Chef



Since aku kerja malam minggu ni.. siang memang aku ada kat rumah. Hari ni macam gatai tangan nak masak. Lama betul tak masak.Dulu2 masa bujang selalu laa masak sendiri.Lepas kahwin.. wife aku yang take overla masak memasak ni.Sekali sekala perlu perasap balik skill2 nanti bila lama dah tak masak.. mula laa terkial2.

Lepas Asar aku ke pasar borong Selangor beli apa2 yang patut ayam, sayur2 sedikit dan beli barang2 dapur untuk topup yang ada. Lengang pasar borong tadi.. tak ramai macam biasa maybe sebab orang belum balik kerja lagi.

So main menu hari ni.. aku try masak Ayam masak merah. Sayur campur dengan finger nugget. Finger nugget aku cuba try pakai Fryer yang aku dapat hadiah waktu kahwin.



Memang betul2 berguna2 convenient gila.. cuma set the correct temperature, set the timer masuk benda2 yang perlu di goreng. Tunggu timer bunyi. Tak perlu lagi nak belek2 hangit ke tak sebelah lagi masak ke tidak. Memang aku suka benda ni.. cuma satu benda yang aku tak brapa suka minyak kena letak banyak. Tapi minyak boleh recycle balik so takde hal laa. Benda2 macam ni bagus bila ramai orang datang rumah buat makan2.. cepat nak ready and serve.



Do you smell what Rezdrake is cooking


Menu Hidangan dari seorang suami mountainbiker heh - ayam masak merah,sayur campur, finger nugget simple2 saja.



Ni dia Ayam Masak merah.. dah macam rendang dah aku masak.


Sunday, January 10, 2010

BBQ makan2 kenduri kesyukuran,House Warming, AJL



Assalamualaikum, lama betul aku tinggalkan blog ni. Lepas kahwin trus senyap menghilangkan diri.. reason aku tak sempat nak update adalah disebabkan.. rumah baru aku masih takde net access di office pulak memang sibuk dengan kerja2 yang menimbun2.. tambah2 baru masuk tahun baru. Rindu sebenarnya nak blogging balik.. tapi apakan daya masa tak mengizinkan.

Hmm banyak entry yang lama2 yang aku simpan dalam palm aku.. hanya tunggu nak dipublish saja. So dalam 2,3 hari ni maybe akan 2,3 entry yang lama2 akan di publish walaupun dah basi..

10 Haribulan Januari merupakan hari lahir aku pada Tahun 2010. Aku bersyukur pada Allah SWT kerana masih lagi meminjamkan aku nafas dan nyawa padaku untuk kecapi kehidupan ini dan jugak untuk beribadat pada Nya.. Aku bersyukur kerana di pertemukan jodoh.. dapat mengecapi alam berumahtangga.. aku bersyukur ya Allah..

Dah lama sebenarnya aku nak buat makan2 dekat rumah aku.. ikutkan aku cuma plan nak buat BBQ untuk kami bertiga saja.. Wife aku, adik aku yang tinggal dengan aku.. dan aku.

Naim pulak dapat text from nana.. cousin aku.. ajak lepak rumah dia.. layan AJL. Kebetulan pulak malam tu ada AJL( Anugerah Juara lagu). Naim dah sengih2 dah confirm si nana tu lone renjer sunyi sebab Namin dah kahwin.. so sure most of the time akan spent time berdua saja. Kebetulan pulak nana bagitau Farid dengan Namin tido rumah mom in law dia kat selayang. So kesian pulak Maklong dgn nana berdua jaa.. kat rumah jadi aku suruh naim jemput depa semua mai rumah aku layan BBQ sama2 sambil melayan AJL kat sini.

Alhamdulillah Maklong dengan nana datang petang tu makan sama2 then suddenly maklong bagi tau Namin n Farid ada ja kat rumah.. apa lagi aku ajak jer semua datang.. seronok bila tengok ramai2 makan sama2... family sendiri.. get together.Rugi Ayah mak aku takdak sini ada kat Penang. Takpa tak lama lagi dorang nak datang sini.. kita ripit BBQ lagi.


Maklong sedang sibuk duk membakar jagung

Aku perap ayam untuk BBQ petang tu.. mem rebus jagung, buat jagung bakar.. naim nana jadi tokey bancuh air. Aku buat Pisang Chocolate Bakar.. haha satu resepi yang Sarjen bagi waktu aku melayan BBQ kat rumah dia kat bagan lalang dulu. Maklong pulak buat tropikal punch. Perghh memang banyak betul makanan..


Limau, Jagung bakar, jagung rebus, Besday kek Jalan Tar aku Ayam bakar penuh meja :)

So sambil makan sambil melayan laa AJL.. fuhhh memang tak rugi buat makan2.. habis.. semua. Aku consider buat makan2 ni sebagai kenduri kesyukuran.. bersyukur umur aku tua setahun lagi.. bersyukur aku dah selamat mendirikan rumahtangga bersyukur Mak ayah aku sihat.. adik2, Maklong dan seupup aku sihat2 .. berjaya dalam pelajaran dan pekerjaan.. bersyukur Namin pun dah selamat mendirikan rumahtangga baru2 ni. Aku bersyukur kerana rezeki aku murah.. ada rumah untuk berteduh suami Isteri.


Muka syur Naim melayan Tropical Punch Maklong :)


Maklong cuba improvised Choc banana bakar dgn menambah kandungan choc dgn lebih banyak.






Gila badan bulat lepas kahwin.. kena workout balik lepas ni


Kepala nana di edit akibat tak pakai tudung.. sian nana.. hehe :)


Semua khusyuk melayan AJL


Waktu Iklan.. naim siap tunjuk bilik baru dia.. semua duk tengok gambar2 waktu namin kawin hari tu


Gila punya khusyuk mentang2 Awek dia(kunun) duk nyanyi hah


Penuh keta depan rumah aku