1. Piramid Makanan
Makan sedikit – lemak, minyak dan gula
Makan sederhana – daging, ayam, ikan dan kacang
Makan banyak – sayur-sayuran dan buah-buahan
Makan lebih banyak – bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian
a) Ikan, daging dan gantiannya
Kumpulan ini terdiri daripada daging, ayam, ikan, telur, kekacang,
tauhu dan tempeh. Ianya membekalkan protein, vitamin dan mineral di
samping sedikit lemak. Ia akan membina tubuh dan menyembuhkan luka.
b) Susu dan hasil tenusu
Susu dan hasilannya seperti keju dan dadih kaya dengan protein dan
kalsium yang tinggi. Zat-zat ini adalah penting untuk membentuk tulang
dan gigi yang kuat.
c) Buah-buahan dan sayur-sayuran
Makanan ini adalah sumber yang kaya dengan serat, vitamin dan mineral yang membantu menjauhi penyakit.
d) Nasi dan gantiannya
Nasi, mee, roti dan ubi-ubian merupakan sumber utama tenaga untuk anak anda.
Pilih pelbagai jenis makanan dari kumpulan berikut untuk anak anda yang berumur 1 – 6 tahun
Kumpulan Makanan
|
Pilihan Satu Sukatan
|
Bilangan Sukatan Sehari
|
1 – 3 tahun
|
4 – 6 tahun
|
Nasi dan gantiannya
|
½ cawan nasi
½ cawan bijirin sarapan
3 keping biskut kraker
1 biji kentang saiz sederhana
1 keping kuih
1 cawan bubur nasi
|
6
|
8
|
Susu
|
1 gelas
|
2 – 3
|
3
|
Ikan dan gantiannya
|
½ ekor ikan
1 ketul ayam atau daging saiz kotak
2 sudu makan ikan bilis tanpa kepala
1 keping taukwa
½ cawan kekacang
1 biji telur
|
2
|
2
|
Sayur-sayuran
|
2 sudu makan
|
2
|
2
|
Buah-buahan
|
1 potong atau satu biji
|
1
|
|
2. Teruskan penyusuan susu ibu sehingga anak berumur 2 tahun
Susu ibu merupakan makanan yang paling sempurna buat anak-anak sejak
lahir hingga ke usia 2 tahun. Oleh itu, para ibu digalakkan menyusukan
anak-anak pada usia berkenaan dan mengurangkan pengambilan susu tepung.
3. Contoh menu sehari untuk kanak-kanak 1 – 3 tahun
Sarapan pagi
· 1 gelas susu
· 2 keping roti disapu sedikit marjerin dan jem
Minum pagi
· 3 keping biskut
· ½ gelas minuman bersusu
Makan tengahari
· ½ cawan nasi
· 1 ketul ayam goreng kicap
· 2 sudu makan sayur
· Air masak
Minum petang
· 1 keping kuih
· 1 potong buah
· ½ gelas minuman bersusu
Makan malam
· 1 mangkuk mihun sup
Minum malam
· 1 gelas susu
4. Contoh menu sehari untuk kanak-kanak 4 – 6 tahun
Sarapan pagi
· 1 cawan mihun goreng
· 1 gelas minuman bersusu
Minum pagi
· 3 keping biskut
· 1 gelas minuman bersusu
Makan tengahari
· 1 cawan nasi
· 1 ketul ayam masak merah
· 2 sudu makan sayur
· 1 potong buah-buahan
· Air masak
Minum petang
· 2 keping kuih
· 1 gelas minuman bersusu
Makan malam
· 1 cawan bubur nasi campur ikan
· Air masak
Minum malam
· 1 gelas susu
5. Bila anak anda tidak berminat untuk makan…..
✦ Tarik minat anak anda terhadap makanan
✦ Libatkan anak di dalam memilih dan merancang menu
✦ Bawa bersama ke pasar dan ambil peluang ini untuk menerangkan kepentingan pelbagai jenis makanan
✦ Galakkan anak membantu semasa menyediakan makanan
✦ Sediakan makanan yang menarik
✦ Hidangkan makanan yang beraneka warna dan bentuk yang menarik
✦ Gunakan peralatan yang berbagai warna dan bentuk
✦ Hidangkan secara berasingan agar lebih menarik
✦ Jangan mencampur semua makanan dalam satu bekas
✦ Jadikan waktu makan saat yang menyeronokkan
✦ Elakkan memarahi anak anda semasa makan
✦ Jangan ugut anak anda untuk makan
✦ Elakkan berbincang mengenai makanan yang tidak digemari di depan anak-anak
✦ Galakkan anak anda makan sendiri
✦ Makanlah bersama-sama
Kanak-kanak selalunya tidak boleh makan banyak pada sesuatu ketika
kerana perut mereka kecil. Oleh itu, mereka perlu diberi makan 4 – 6
kali sehari. Di samping 3 hidangan utama, makanan ringan yang berkhasiat
juga boleh diberikan. Walau bagaimanapun pemilihan makanan ringan
haruslah daripada bahan yang mengandungi rendah kandungan garam dan
gula.
6. Beri makanan ringan yang berkhasiat
Makanan ringan yang digalakkan
➧ Jagung rebus, sandwic, buah-buahan, susu kacang soya, biskut kraker, susu, dadih, air buah, bebola ikan, keropok lekor
Makanan ringan yang tidak digalakkan
➧ Snek dalam paket, Ubi kentang goreng, Gula-gula, Coklat, Biskut krim, kek manis, Minuman bergas, Sirap
Vitamin Tambahan
➧ Vitamin tambahan tidak diperlukan jika anak anda mengambil
pelbagai jenis makanan dalam sukatan yang mencukupi. Dapatkan nasihat
daripada kakitangan kesihatan sebelum mengambil vitamin tambahan.
Pengawasan berat badan anak anda
➧ Pengambilan makanan anak yang mencukupi akan mendorong pertumbuhan
anak yang sempurna. Oleh itu, adalah perlu anda mengawasi berat badan
anak anda sendiri. Ini boleh dilakukan dengan cara menimbang berat badan
anak anda dan mencatatkannya ke atas kad kesihatan anak untuk
menentukan samada anak anda mencapai berat badan yang sepatutnya.
Sekiranya berat badan anak tidak meningkat, bawalah anak ke klinik untuk
pemeriksaan lanjut.