Manfaat Membaca Al-Quran


1. Ayat-ayat Al-Qur'an yang dibaca setiap hari akan memberi motivasi dan penyemangat bagi si pembacanya.

2. Ketika membaca Al-Qur'an, Allah akan menegur kita pada setiap ayat-ayat-Nya.

3. Bacaan Al-Qur'an yang melibatkan emosi akan memberikan kedamaian dan ketenangan yang tidak bisa dilukiskan, seperti yang dialami dan dirasakan oleh Sayyid Quthb Rahimahullah.

4. Orang yang membaca Al-Qur'an akan sentiasa ingat kepada Allah dan kembali kepada-Nya.

5. Orang yang membaca Al-Qur'an akan selalu berada dalam kecukupan dan nikmat Allah meski ia merasakan serba kurang di dunia.

6. Ayat-ayat Allah akan menjadi penjaganya selama ia hidup di dunia, kerana ia telah menjaga ayat-ayat-Nya.

7. Orang yang paham Al-Qur'an adalah orang yang memiliki banyak ilmu.

8. Orang yang membaca Al-Qur'an bagaikan orang yang sedang menyelami samudera kehidupan dan mengambil manfaat darinya.

9. Orang yang selalu akrab dengan ayat-ayat-Nya akan diberikan jiwa yang sejuk, hati yang damai dan fikiran yang jernih, sehingga membuatnya ingin selalu beramal, kreatif, inovatif dan produktif.

10. Orang yang membaca Al-Qur'an akan selalu berada dalam kegembiraan dan penuh harapan di saat orang lain merasakan kesedihan, kecemasan dan rasa pesimis, kerana diri mereka selalu di pompa dengan siraman ayat-ayat-Nya yang lembut.

11. Orang yang rajin membaca Al-Qur'an akan selalu di beri jalan kemudahan dan petunjuk sehingga tidak mudah untuk menyimpang dan menyerak kerana ayat-ayat Allah akan selalu mengingatkan dirinya ketika dirinya tersandung dosa dan maksiat.

12. Orang yang membaca dan menjaga Al-Qur'an selalu berada dalam lingkungan dan penjagaan Allah.

13. Ayat-ayat Al-Qur'an mengajak pembacanya untuk sentiasa berfikir, merenung dan beramal sebanyak-banyaknya.

Thursday, July 25, 2013

Kelebihan dan Keistimewaan Bulan Syaaban

Bulan Syaaban merupakan di antara bulan yang mulia dan mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan tertentu. Padanya digalakkan untuk memperbanyakkan ibadat seperti mana di bulan Ramadan, Rejab, Muharam dan lain-lain bulan. Di samping itu juga bulan Syaaban ini adalah bulan untuk persediaan bagi menyambut ketibaan bulan Ramadan.


Bulan Syaaban mempunyai keistimewaan tersendiri dalam Islam seperti bulan lain yang turut mempunyai kelebihan sehingga menyebabkan kehadirannya sentiasa ditunggu oleh mereka yang suka beribadat sebagai salah satu jalan untuk mencari dan mendapat keredaan-Nya.


Syaaban adalah antara bulan paling dicintai Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan Baginda akan lebih banyak melakukan ibadat puasa pada bulan ini. Amalan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam patut dicontohi kerana selain memperbanyakkan amal kebajikan ia juga sebagai latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadan.


Keistemewaan bulan ini ialah seluruh amalan manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah Subhanahu Wata'ala, maka sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan.


Antara amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah memperbanyak melakukan puasa sunat, bertaubat dan beristighfar kerana sebagai manusia kita sudah pasti tidak akan terlepas daripada melakukan dosa. Bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah taubat nasuha. Taubat nasuha akan berjaya dilakukan apabila kita menepati syaratnya. Jika dosa itu antara manusia dengan Allah, hendaklah dia meninggalkan dosa atau maksiat itu, menyesali perbuatan maksiatnya serta berjanji untuk tidak akan mengulanginya.


Jika dosa itu berkaitan dengan hak orang lain, hendaklah memohon maaf daripada orang berkenaan, memperbanyak zikir dan berdoa. Zikir ialah ucapan dilakukan dengan lidah atau mengingatinya serta dengan hati yang ikhlas dan mengagungkan Allah. Ini bersesuaian dengan janji Allah bahawa orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia.


Selain itu banyak lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakan pada bulan Syaaban sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadan seperti memperbanyakkan selawat ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, bersembahyang sunat terutama pada waktu malam dan bersedekah. Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada pada bulan Syaaban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala.


Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah ditanya, mengapa Baginda melebihkan berpuasa sunat pada bulan Syaaban berbanding bulan lain? Baginda bersabda yang bermaksud:
"Bulan itu (Syaaban) yang berada antara Rejab dan Ramadan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadahku diangkat ketika aku berpuasa."
(Hadis riwayat Imam an-Nasaie).


Sementara itu, kelebihan malam Nisfu Syaaban disebut dalam hadis sahih daripada Mu'az bin Jabal, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud :
"Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka diampunkan dosa sekalian makhluk-Nya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan."
(Hadis riwayat Imam Ibnu Majah, at-Thabarani dan Ibnu Hibban).


Malam Nisfu Syaaban juga adalah antara malam yang dikabulkan doa. Memetik pendapat Imam asy-Syafi'e dalam kitabnya al-Umm: "Telah sampai pada kami bahawa dikatakan sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu malam Jumaat, malam Hari Raya Aidiladha, malam Hari Raya Adilfitri, malam pertama pada bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban."

Kita boleh menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan memperbanyakkan beribadat seperti sembahyang sunat, berdoa, berzikir dan membaca Al-Qur'an. Kesimpulannya, amalan berterusan ini membuatkan kita lebih bersedia untuk beramal serta menyambut kedatangan Ramadan dengan hati yang bersih dan jiwa yang suci, natijahnya insya-Allah akan mengundang ke arah kecemerlangan hidup.



Sunday, June 23, 2013

Istikharah Cara Yang Betul

Ada orang memandang remeh beberapa pelaksanaan istikharah dan cara melihat hasilnya. Lakukan mengikut jalan yang benar supaya tidak tersasar daripada garis panduan yang dianjurkan oleh Islam.

  1. Mengakui Kesalahan dan Bertaubat
    Istikharah bukan sekadar solat dan berdoa semata-mata. Sebetulnya, seseorang itu perlu membersihkan diri dan hatinya daripada kesalahan dan dosa yang pernah dilakukan dan bertaubat untuk tidak mengulanginya. Apabila hati bersih, ALLAH akan permudahkan baginya untuk mendapat petunjuk yang baik.

  2. Bersih Dalam Pilihan
    Tinggalkan kecenderungan terhadap pilihan yang ada. Bagaimana mungkin seseorang itu ingin meminta kepada Allah supaya dipilihkan yang terbaik buat dirinya, tetapi pada masa yang sama dirinya sendiri sudah ada pilihan? Serahkan sepenuh keyakinan kepada Allah bahawa petunjuk yang datang itu adalah yang terbaik biarpun ia tidak disukai oleh diri sendiri.

  3. Mimpi, Gerak Hati dan Pandangan
    Petunjuk itu boleh datang melalui mimpi. Namun, sebagai manusia biasa yang tidak sunyi daripada dosa dan kesilapan, terkadang petunjuk mimpi itu boleh disalahtafsirkan. Boleh jadi ia betul-betul petunjuk daripada Allah ataupun mainan tidur daripada syaitan. Sebaiknya, ikutlah gerak hati dan mintalah pandangan orang soleh dan yang berilmu.

  4. Mengulangi Istikharah
    Sebaiknya, ulangi istikharah sebanyak tiga kali. Ini berdasarkan peristiwa Abdullah bin Zubayr yang mengulangi istikharah sebanyak tiga kali dalam urusan membaiki Kaabah. Begitu juga Rasulullah s.a.w mengulangi doa Baginda sebanyak tiga kali. Namun begitu, bilangannya tidak dihadkan. Lakukan sebanyak mungkin sebagai tanda kesungguhan kita memohon sesuatu daripada Allah s.w.t.

Saturday, June 9, 2012

Banyak Cara Untuk Bersedekah

Hadith: Dari Abu Dzar r.a katanya:"Beberapa orang sahabat Nabi SAW pernah berkata kepada beliau,:"Kaum hartawan memperolehi pahala yang lebih banyak. Mereka solat seperti kami solat, puasa seperti kami puasa dan bersedekah dengan sisa harta mereka." Jawab Rasulullah SAW:"Bukankah Allah telah menjadikan berbagai macam cara untuk kamu bersedekah? Setiap kalimah tasbih adalah sedekah; setiap kalimah takbir adalah sedekah; setiap kalimah tahmid adalah sedekah; setiap kalimah tahlil adalah sedekah; amar makruf dan nahi mungkar (menagajak kepada kebaikan dan melarang kepada yang mungkar) adalah sedekah; bahkan pada kemaluanmu pun terdapat pula unsur sedekah." Mereka bertanya:"Kalau begitu, adakah kami mendapat pahala jika kami memuaskan nafsu syahwat kami?" Jawab Rasulullah SAW " Jika kamu melakukannya dengan yang haram, tentunya kamu berdosa. Sebaliknya jika kamu melakukannya dengan yang halal, kamu mendapat pahala." - (al-Bukhari)

Huraian

  • Sedekah adalah sesuatu yang dapat menambahkan pahala seseorang selain daripada amal ibadat atau kebajikan yang diwajibkan untuk dilakukan.
  • Sedekah yang paling mudah adalah dengan menggunakan anggota badan seperti senyum yang tidak memerlukan sebarang tenaga mahupun wang ringgit. Begitu juga dengan berzikir kepada Allah yang hanya perlu diucapkan dengan lidah atau hati. Malah setiap sesuatu yang dilakukan dengan niat kerana Allah adalah dianggap sebagai sedekah.
  • Orang yang memiliki banyak kelebihan sama ada berupa harta benda, kekayaan, ilmu dan sebagainya selayaknya menginfakkan nikmat Allah tersebut untuk membantu mereka yang memerlukan. Dengan itu hubungan antara anggota masyarakat menjadi lebih kukuh tanpa timbul perasaan dengki dan iri hati antara satu sama lain. 
  • Bersedekah adalah tanda bahawa seseorang itu mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah. Sebaliknya orang yang bersifat kedekut adalah orang yang tamak. Sedangkan Allah SWT sahaja yang memiliki segala sesuatu dan Dia berhak merampas kembali nikmat tersebut pada bila-bila masa yang dikehendaki-Nya. Oleh itu Islam mengatakan bahawa keberkatan rezeki itu adalah bergantung kepada cara bagaimana seseorang menyalurkan rezeki yang diperolehinya sama ada kepada kebaikan atau keburukan.

      Friday, April 9, 2010

      10 Wasiat Imam Syafie

      Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

      "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."
      Pertama : HAK KEPADA DIRI
      Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

      Kedua : HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
      Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

      Ketiga : HAK KEPADA KUBUR
      Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

      Keempat : HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
      Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

      Kelima : HAK KEPADA MIZAN ( NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT )
      Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

      Keenam : HAK KEPADA SIRAT ( TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT )
      Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

      Ketujuh : HAK KEPADA MALIK ( PENJAGA NERAKA )
      Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

      Kelapan : HAK KEPADA RIDHWAN ( MALAIKAT PENJAGA SYURGA )
      Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

      Kesembilan : HAK KEPADA NABI SAW
      Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

      Kesepuluh : HAK KEPADA ALLAH SWT
      Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

      Thursday, April 1, 2010

      Suara Yang Didengari Mayat

      Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga:
      Keluarga, Hartanya Dan Amalnya.

      Ada Dua Yang Kembali Dan Satu Tinggal Bersamanya:
      Keluarga Dan Hartanya Akan Kembali, Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

      Ketika Roh Meninggalkan Jasad...

      Terdengar Suara Dari Langit Memekik;
      "Wahai Fulan Anak Si Fulan...
      Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia
      Atau Dunia Yang Meninggalkanmu,
      Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Harta Kekayaan
      Atau Kekayaan Yang Telah Menumpukmu,
      Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia
      Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu,
      Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia
      Atau Dunia Yang Telah Menguburmu."

      Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan...

      Terdengar Dari Langit Suara Memekik;
      "Wahai Fulan Anak Si Fulan...
      Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat
      Mengapa Kini Terkulai Lemah,
      Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih
      Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara,
      Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar
      Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa,
      Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia
      Mengapa Kini Raib Tak Bersuara."

      Ketika Mayat Siap Dikafan...

      Suara Dari Langit Terdengar Memekik;
      "Wahai Fulan Anak Si Fulan...
      Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha Allah
      Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah,
      Wahai Fulan Anak Si Fulan...
      Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan
      Nun Jauh Tanpa Bekal,
      Kau Telah Keluar Dari Rumahmu
      Dan Tidak Akan Kembali Selamanya,
      Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan."

      Ketika Mayat Diusung...

      Terdengar Dari Langit Suara Memekik;
      "Wahai Fulan Anak Si Fulan...
      Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
      Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Tobat
      Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat."

      Ketika Mayat Siap Dishalatkan...

      Terdengar Dari Langit Suara Memekik;
      "Wahai Fulan Anak Si Fulan...
      Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan
      Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat,
      Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
      Apabila Buruk Kau Akan Melihatnya Buruk."

      Ketika Mayat Dibaringkan Di Liang Lahat...


      Terdengar Suara Memekik Dari Langit;
      "Wahai Fulan Anak Si Fulan...
      Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia
      Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini
      Wahai Fulan Anak Si Fulan...
      Dahulu Kau Tertawa Kini Dalam Perutku Kau Menangis
      Dahulu Kau Bergembira Kini Dalam Perutku Kau Berduka
      Dahulu Kau Bertutur Kata Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa."

      Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian...

      Allah Berkata Kepadanya;
      "Wahai Hamba-Ku...
      Kini Kau Tinggal Seorang Diri
      Tiada Teman Dan Tiada Kerabat,
      Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap
      Mereka Pergi Meninggalkanmu Seorang Diri,
      Padahal Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintah Ku...
      Hari Ini Akan Ku tunjukan Kepadamu Kasih Sayang Ku
      Yang Akan Takjub Seisi Alam,
      Aku Akan Menyayangimu
      Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya..."

      Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang, Allah Berfirman;
      "Wahai Jiwa Yang Tenang Kembalilah Kepada Tuhanmu
      Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya
      Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba Ku
      Dan Masuklah Ke Dalam Jannah Ku..."

      Sunday, March 21, 2010

      Sikap Bakhil

      Sikap kebanyakan umat Islam adalah bakhil dan kedekut dalam bersedekah. Mereka sangat susah untuk mengeluarkan sedekah walaupun nilainya tidak sampai satu ringgit. Keadaan umat Islam hari ini dapat digambarkan dengan kelucuan seperti ini:

      • Duit $50 terasa besar untuk dimasukkan ke dalam tabung masjid, tetapi begitu kecil apabila dibawa ke supermarket.
      • 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tetapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bolasepak.
      • Betapa lamanya 2 jam berada di dalam masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam berlalu sewaktu menonton TV atau wayang di pawagam.
      • Susahnya merangkai kata untuk dilafazkan apabila berdoa atau solat, tetapi betapa mudahnya mencari bahan bersembang apabila bertemu kawan-kawan.
      • Seruan dan teriakan yang berpanjangan sewaktu pertandingan pasukan bola adalah satu kegemaran, tetapi betapa bosannya apabila imam solat Tarawikh di bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang.
      • Untuk membaca al-Quran 1 juz amatlah susah, tetapi untuk majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habis dibaca dalam masa yang singkat.
      • Orang berebut tempat paling depan untuk menonton bola atau konsert tetapi berebut mencari saf (barisan) paling belakang apabila sembahyang Jumaat supaya boleh cepat keluar.
      • Kita perlu mengundang seawal 3 hingga 4 minggu sebelumnya untuk majlis ilmu supaya boleh dimasukkan di dalam agenda, tetapi untuk acara lain seperti menonton wayang, annual dinner atau high tea jadual kita boleh diubah sekelip mata.
      • Susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah, tetapi mudahnya orang menyertai dan menyebar gossip.
      • Kita begitu percaya apa yang dikatakan orang sebagai e-mail layang di internet, tetapi kita sering menolak, mempermudah serta mempersoalkan apa yang terkandung di dalam al-Quran.
      • Semua orang ingin memasuki syurga tanpa perlu beriman, berfikir, berbicara ataupun melakukan apa-apa.
      • Kita boleh mengirimkan ribuan jokes dan surat berantai melalui email, tetapi apabila mengirim yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir beberapa kali. 

       P/S : Jangan biarkan diri kita menjadi sebahagian daripada kelucuan tersebut.

      Tuesday, March 16, 2010

      Bersangka Baik Sesama Insan

      Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan...

      • Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu : "Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".
      • Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : "Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepada Nya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku".
      • Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : "Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku".
      • Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : "Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan ku perolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah ku capai, mengetahui apa yang tidak ku ketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku".
      • Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."
      • Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk".

      Saturday, March 13, 2010

      Teka-Teki Imam Al-Ghazali

      Suatu hari Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya...


      Imam Al-Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
      Murid 1 : Orang tua
      Murid 2 : Guru
      Murid 3 : Teman
      Murid 4 : Kaum kerabat
      Imam Al-Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran : 185).

      Imam Al-Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?
      Murid 1 : Negeri Cina
      Murid 2 : Bulan
      Murid 3 : Matahari
      Murid 4 : Bintang-bintang
      Imam Al-Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

      Imam Al-Ghazali : Apa yang paling besar di dunia ini?
      Murid 1 : Gunung
      Murid 2 : Matahari
      Murid 3 : Bumi
      Imam Al-Ghazali : Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf : 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

      Imam Al-Ghazali : Apa yang paling berat di dunia?
      Murid 1 : Baja
      Murid 2 : Besi
      Murid 3 : Gajah
      Imam Al-Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

      Imam Al-Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini?
      Murid 1 : Kapas
      Murid 2 : Angin
      Murid 3 : Debu
      Murid 4 : Daun-daun
      Imam Al-Ghazali : Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.

      Imam Al-Ghazali : Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
      Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang
      Imam Al-Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

      Jangan Mengeluh.....

      Kita selalu bertanya………… dan Al-Quran sudah menjawabnya………


      KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

      QURAN MENJAWAB : "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta."
      - Surah Al-Ankabut, ayat 2-3

      KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

      QURAN MENJAWAB : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
      - Surah Al-Baqarah, ayat 216

      KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

      QURAN MENJAWAB : "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
      - Surah Al-Baqarah, ayat 286

      KITA BERTANYA : KENAPA RASA KECEWA (FRUST)?

      QURAN MENJAWAB : "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman."
      - Surah Al-Imran, ayat 139

      KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

      QURAN MENJAWAB : "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta
      bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

      KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

      QURAN MENJAWAB : "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
      - Surah Al-Baqarah, ayat 45

      KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

      QURAN MENJAWAB : "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...?
      - Surah At-Taubah, ayat 111

      KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

      QURAN MENJAWAB : "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
      - Surah At-Taubah, ayat 129

      KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

      QURAN MENJAWAB : "…..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
      - Surah Yusuf, ayat 12

      Tuesday, June 16, 2009

      Fadilat dan faedah mengamalkan membaca Selawat Nabi

      "Ya Allah, sejahteralah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda".

      * Para Malaikat akan berselawat pula ke atas pembaca Selawat itu dan Allah S.W.T akan menurunkan rahmat-Nya.

      * Allah S.W.T akan mengurniakan kekayaan seumur hidupnya. Mereka yang berselawat 500x sehari, Insya-Allah akan memperoleh kemenangan dan keselamatan selama-lamanya.

      * Mereka yang banyak berselawat akan terhapus sifat marah dari dirinya dan terjauh dari bala bencana.

      * Mereka yang banyak berselawat adalah menjadi kekasih kepada kekasih Allah.

      * Mereka yang mengalami kesukaran untuk mencapai sesuatu yang dihajati, bacalah beberapa kali Selawat Nabi, Insya-Allah akan mudah diperolehi.

      * Mereka yang mengamalkan banyak membaca Selawat Nabi, Insya-Allah akan mendapat rezeki yang berkat, berhasil hajatnya, hilang dukacita dan terlindung dari bala bencana.

      * Mendapat 10 kebajikan daripada Allah S.W.T pada setiap kali berselawat.

      * Allah S.W.T menghapuskan 10 kejahatan pada setiap kali Selawat.

      * Mendapat syafa'at di dunia dan di akhirat.

      * Mendapat keampunan dosa daripada Allah S.W.T.

      * Dapat berdampingan dengan Rasulullah s.a.w di akhirat kelak.

      * Orang-orang miskin yang tidak mampu bersedekah dapat menggantikan amalan sedekah itu dengan amalan membaca Selawat.

      * Mereka yang banyak mengamalkan membaca Selawat akan terkenal di sisi Malaikat dan makhluk-makhluk ghaib.

      * Akan terlepas daripada seksaan dan huru-hara hari kiamat.

      * Mendapat jawapan Selawat daripada Rasulullah s.a.w pada setiap kali berselawat.

      * Menjauhkan daripada papa kerana telah mendapat berkat daripada Rasulullah s.a.w.

      * Tidak tertulis nama "bakhil" bagi seseorang yang suka menjawab Selawat.

      * Tidak merosakkan doa kita yang sedang dibaca, untuk berhenti sekejap kerana menjawab Selawat.

      * Tidak sempurna majlis zikir atau apa-apa majlis agama tanpa disertai bacaan Selawat ke atas Nabi.

      * Kata-kata yang dilafazkan oleh seseorang akan lebih sempurna jika disertai membaca Selawat Nabi.

      * Mendapat berkat pada pekerjaan dan kehidupan orang yang mengamalkan membaca Selawat.

      * Allah S.W.T menerima amalan Selawat Nabi tanpa syarat kerana ia memuliakan Rasulullah s.a.w.

      * Allah S.W.T memuji orang yang membaca Selawat itu di langit dan di bumi.


      p/s : slamat menyambut Maulud Nabi s.a.w

      Sunday, March 8, 2009

      Cara Mengelak & Menyembuhkan Penyakit

      PENYEBAB ROSAKNYA BADAN
      Perkara yang menyebabkan rosaknya badan iaitu perasaan runsing, gelisah, lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullail)

      MENERANGKAN PENGLIHATAN
      Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun).
      Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.

      PENYEBAB WAJAH BERSINAR
      Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya) iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak berbuat dosa.
      Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.

      PERASAAN BENCI
      Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki, berdusta dan suka mengadu domba.

      PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI
      Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail (beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang.
      Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.

      KEFAHAMAN DAN INGATAN
      Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing.
      Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.

      Friday, January 9, 2009

      14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura @ 10 Muharram

      1. Melapangkan masa / belanja anak, suami & isteri (menyenangkan ahli keluarga)
      fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

      2. Memuliakan fakir miskin
      fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

      3. Menahan marah
      fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

      4. Menunjukkan orang sesat
      fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

      5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
      fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

      6. Bersedekah
      fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

      7. Memelihara kehormatan diri
      fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

      8. Mandi Sunat
      fadhilat - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu.
      lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'.

      9. Bercelak
      fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

      10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali
      fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

      11. Sembahyang sunat 4 rakaat
      fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
      lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'
      Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah 11 kali.

      12. Membaca 'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
      fadhilat - Tidak mati pada tahun ini.

      13. Menjamu orang berbuka puasa
      fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

      14. Puasa
      lafaz niat : 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
      fadhilat - Diberi pahala 1,000 kali haji, 1,000 kali umrah dan 1,000 kali syahid dan diharamkan daripada neraka.

      Wednesday, January 7, 2009

       
      B L U E R O S E - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger