Terima kasih kerana menyertai Bulan Alkitab Sedunia!

Terima kasih kerana menyertai Bulan Alkitab Sedunia!

Anda komited kepada membaca Firman Tuhan selama 30 hari … dan anda tidak melakukannya seorang diri.

Anda menyertai lebih daripada 3,000,000 orang yang menyelami Alkitab pada bulan November ini.

Salah seorang daripadanya ialah Pamela.

Sejak kecil, Pamela mengalami banyak kesakitan, luka hati, dan persoalan tentang siapa dirinya itu. Pada waktu itulah dia menemui Alkitab dan Pelan tentang identiti.

“Firman Tuhan menunjukkan kepada saya bahawa identiti saya telah pun diberikan oleh Yesus. Cuma saya belum menemukannya. Kebenaran itu mengubah segala-galanya.”

Pamela, MEXICO

Bulan Alkitab Sedunia mungkin akan berakhir, tetapi Firman Tuhan bukan untuk satu musim sahaja. Ia dimaksudkan untuk menjadi sebahagian daripada kehidupan harian anda sementara anda membenarkan Kebenaran untuk mengubah anda, sebagaimana ia telah mengubah hidup Pamela.

Jadi, teruskanlah! Terus berhubung dengan Tuhan melalui Firman-Nya, dan lihatlah apa yang akan Dia lakukan seterusnya…

Buka Bible App

Share this post:

Ketika harapan seolah-olah mustahil, Tuhan menemui Alice.

Alice-Story-Header-2026-11

Amaran kandungan: cerita yang berikut mengandungi tema mencederakan diri dan kemurungan yang mungkin mencetuskan emosi sesetengah pembaca.

Ketika harapan seolah-olah mustahil, Tuhan menemui Alice.

Ketika Alice berusia 16 tahun, dia berasa terperangkap kerana kesakitan dan kehilangan, dibebani kemurungan dan kesepian.

Dengan rasa putus asa yang semakin berat, dia memutuskan untuk membunuh diri pada suatu malam. Pada ketika itulah sesuatu yang tidak dapat dijelaskan berlaku.

Di atas belebas pangsapuri tingginya, tiba-tiba angin kencang menyebabkan dia jatuh ke belakang dan masuk semula ke dalam biliknya dan bukannya ke hadapan.

Terbaring di atas lantai, terpegun dan menangis, Alice menerima mesej daripada jirannya yang menjemputnya ke gereja. Dia bersetuju untuk pergi, dan di situlah dia mula-mula mengenali Bible App.

Ketika harapan seolah-olah mustahil, Tuhan menemui Alice.

Dia memulakan satu Pelan Alkitab dan melaluinya, dia mengalami harapan dan menyerahkan hidupnya kepada Yesus.

Hari ini, Alice mencipta dan menerbitkan Pelan Alkitab sebagai Rakan Kongsi YouVersion melalui aplikasi yang sama yang telah memperkenalkannya kepada Yesus. Dia bukan sahaja dipenuhi harapan — dia menyebarkannya.

Adakah anda mengenali seseorang yang amat memerlukan Tuhan? Perkenalkan orang itu kepada Bible App, dan mintalah Dia agar memenuhi orang itu dengan harapan.

Share this post:

Anak-anak semakin menyukai Firman Tuhan…

Anak-anak semakin menyukai Firman Tuhan…

Apabila Joshua menyertai program Alkitab untuk kanak-kanak, dia menemui Bible App for Kids. Ketika itulah semuanya berubah.

Dilahirkan buta, dia mengetahui bahawa dia boleh mendengar Firman Tuhan dan dia terus jatuh cinta dengan Alkitab.

Melihat sukacita transformasi anaknya, bapanya pergi ke gereja dan menyerahkan hidupnya kepada Kristus pada hari itu juga. Tidak lama kemudian, seluruh keluarga mereka menerima Yesus.

Kini, Joshua dan ibu bapanya melayani di gereja tempatan mereka, membaca Alkitab bersama-sama setiap hari, dan suka berkongsi Bible App for Kids dengan orang lain.

Adakah anda mahu kanak-kanak dalam hidup anda jatuh cinta dengan Firman Tuhan? Sempena Bulan Alkitab Sedunia, terokai Bible App for Kids, dan perkenalkan kanak-kanak kepada Alkitab melalui cerita Alkitab yang interaktif. ⬇️

Buka Bible App for Kids

Share this post:

Kebenaran kini tersebar ke tempat-tempat yang tidak dijangka.

George membacakan ayat Alkitab kepada kanak-kanak kecil

Dengan lebih 700,000 orang, Kibera di Kenya merupakan salah satu setinggan terbesar di dunia.

Kehidupan di sini boleh terasa amat sukar untuk ditempuhi. Setiap hari ada cabarannya—menyara hidup, menjaga keluarga, dan sekadar untuk terus melangkah ke hadapan. Ramai yang tidak nampak jalan keluar.

Kebenaran kini tersebar ke tempat-tempat yang tidak dijangka.

“Orang ramai mendambakan harapan. Mereka memerlukan Firman Tuhan, tetapi tiada sesiapa yang boleh memberitahu mereka. Itulah sebabnya saya memilih untuk berada di sini.”

George, Kenya

George membuka sebuah sekolah di Kibera untuk membantu kanak-kanak mendapatkan pendidikan. Dan, dia telah menemui cara memberi mereka sesuatu yang lain—akses kepada Firman Tuhan melalui Bible App Lite.

Aplikasi luar talian ini dibina untuk tempat seperti Kibera, supaya orang ramai dapat mengakses dan mendalami Alkitab di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa.

Kebenaran kini tersebar ke tempat-tempat yang tidak dijangka.

Kini, George berkongsi Bible App Lite dengan semua orang di sekelilingnya dan aplikasi ini sedang mengubah seluruh komunitinya!

“Saya berkongsi Alkitab dengan semua orang yang saya kenal. Kini Alkitab tersebar ke banyak tempat. Komuniti ini sedang berubah kerana Firman Tuhan.”

Firman Tuhan sedang sampai kepada setiap bangsa, setiap suku, dan setiap insan. Tatkala anda meraikan perkara yang sedang dilakukan oleh Tuhan di seluruh dunia, renungkanlah Wahyu 7.

Baca Wahyu 7

Share this post:

Firman Tuhan boleh mengubah komuniti anda.

George membacakan ayat Alkitab kepada kanak-kanak kecil

Di Kenya, Kibera merupakan salah satu setinggan terbesar di dunia. Kehidupan di sini boleh terasa amat sukar untuk ditempuhi. Setiap hari ialah satu cabaran, dan ramai yang tidak nampak jalan keluar.

Firman Tuhan boleh mengubah komuniti anda.

“Orang ramai mendambakan harapan. Mereka memerlukan Firman Tuhan, tetapi tiada sesiapa yang boleh memberitahu mereka. Itulah sebabnya saya memilih untuk berada di sini.”

George, Kenya

George membuka sebuah sekolah di Kibera untuk membantu kanak-kanak mendapatkan pendidikan. Dan, dia telah menemui cara memberi mereka sesuatu yang lain—akses kepada Firman Tuhan melalui Bible App Lite.

Aplikasi ini dibina untuk tempat seperti Kibera, supaya orang boleh mengakses dan mendalami Alkitab secara luar talian.

Firman Tuhan boleh mengubah komuniti anda.

Kini, George berkongsi Bible App Lite dengan semua orang di sekelilingnya dan aplikasi ini sedang mengubah seluruh komunitinya!

“Saya berkongsi Alkitab dengan semua orang yang saya kenal. Kini Alkitab tersebar ke banyak tempat. Komuniti ini sedang berubah kerana Firman Tuhan.”

Hayati Firman Tuhan secara luar talian, di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa dengan Bible App Lite.

Cuba Bible App Lite

Share this post: